"Hish, apalah adik ni! Manja sangat! Iman tak segajalah...Itupun nak nangis! Cengeng!." Perli Iman lalu mengambil patung tak berkepala itu di tangan Inas. Dalam beberapa minit, patung tu sudah serupa patung. Dah ada kepala!
Ameer Shafwan menggelengkan kepala...
"Iman...Tak baik tau cakap kat adik macam tu. Okey, sekarang cakap kat papa...Ini salah siapa?." Tanya Ameer Shafwan sambil melihat Inas dan Iman.
Terus saja Inas menuding jari pada Iman. Kemudian, memeluknya semula...
Iman hanya berdiri disitu dengan muka tak bersalah. Terus kening Ameer Shafwan terangkat... Hish, serupa macam mama dia! Omel Ameer Shafwan di dalam hati.
"Yalah, Iman yang salah...Tapi, Iman tak sengajalah." Bidas Iman.
Ameer Shafwan tersenyum kecil di situ...
"Iman, kalau dah buat salah...Sengaja atau tak, kita perlu buat apa?." Soal Ameer Shafwan sambil melihat anak lelakinya itu.
Iman tayang muka tak puas hati. Tetapi, tidak lama kemudian terdengar keluhan kecil dari anaknya itu.
"Yalah, Iman minta maaf..." Ucap Iman sambil mendepakan tangannya pada Inas.
Pada mulanya Inas teragak-agak...Tetapi, tidak lama kemudian dia menyambut tangan abangnya itu. Iman memeluk tubuh adiknya itu...Erat!
Ameer Shafwan hanya tersenyum dengan tingkahlaku anak-anaknya itu. Kedengaran ketawa kecil dari Inas sambil memeluk patungnya itu. Ameer Shafwan mengambil Nescafe di atas meja dan dihirupnya perlahan.
"Abang ni kejap baik, kejap jahat...Senget!" Sindir Inas tiba-tiba.
Tersembul keluar air Nescafe itu dari mulut Ameer Shafwan. 'Senget'... Amboi, macam pernah kudengar ayat itu?! Bisiknya di dalam hati.
Kedua-dua anaknya itu tayang muka hairan sambil melihat wajahnya. Kemudian, Ameer Shafwan ketawa kuat sambil mengusap-usap kepala Inas. Bapak borek, anak rintik...Gumamnya di dalam hati.
"Apa yang abang ketawakan tu?." Tanya satu suara.
Ameer Shafwan mendongak dan mengukirkan senyuman manis buat insan teristimewa di dalam hidupnya itu. Umairah!
Ameer Shafwan mendekatkan dirinya pada Umairah...
"Terima kasih sayang sebab hadir dalam hidup abang." Bisiknya perlahan sebelum mencium pipi Umairah.
Umairah terkedu. Kemudian, tersipu malu. Malu pada anak-anaknya yang sedang melihat adegan romantik papa dioarang ini...
"Mama aje ke? Iman/Inas pun nak juga..." Kata Iman dan Inas serentak.
Ameer Shafwan dan Umairah berpandangan antara satu sama lain. Kemudian, ketawa bersama-sama sambil memeluk buah hati pengarang jantung mereka itu. Moga kebahagian ini berkekalan hingga ke nafas terakhir. Amin....
YOU ARE READING
Cinta Kita OVERDOES !!!
De TodoCinta bukanlah sepenuhnya antara suka dengan suka .. mungkin dengan magnet suka dan duka membuatkan kita menjadi bahagia.. Kerana cinta itu bukan dusta !!