semalam?." Tanya Puan Alisya sambil tersenyum manis. Dia menuangkan Nescafe susu dan menyerahkannya pada Umairah.
Umairah menyambutnya dan tersengih habis...
"Lena ibu." Jawab Umairah sambil buat simbol 'peace' dan mengenyitkan matanya.
"Macam mana tak lenanya ibu, sampai tak sedar jatuh dari katil tu." Satu suara sindiran yang muncul di hadapan Puan Alisya menyebabkan muka Umairah merona merah.
"Jatuh dari katil?." Soal Puan Alisya sambil melihat Ameer Shafwan yang duduk di hadapannya itu.
Hj. Bakri sudah tergelak di situ apabila melihatkan Umairah dah memuncungkan bibirnya bak Donald Duck!
Ameer Shafwan merenung Umairah siap dengan senyuman sinis sambil kening terangkat-angkat!
Umairah membalasnya dengan hidung sengaja dikembangkan-kempiskan! Ada lori, ada bas...Kejap lagi akan kubalas! Tunggulah wahai 'suamiku tersayang'! Ugut Umairah sambil mengunyah nasi goreng dengan gaya tak puas hati!
Hj. Bakar dan Puan Alisya hanya tersenyum-senyum. Bagi mereka, hubungan antara Ameer Shafwan dan Umairah dah bertambah baik. Bukan seperti 4 bulan yang lepas, masa diaorang mula-mula kahwin dulu...Habis rumah ni dibuat padang pertempuran diaorang! Masing-masing tak nak mengalah. Dengan Ameer Shafwan yang kuat menyakat dan sikap Umairah yang tak nak mengalah!
Walau bagaimanapun, dipanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi dengan kebahagian dan kegembiraan Ameer Shafwan dan Umairah. Biarlah ia berkekalan hingga ke hujung nyawa. Itulah doa mereka berdua. Amin...
*.........................................*
YOU ARE READING
Cinta Kita OVERDOES !!!
RandomCinta bukanlah sepenuhnya antara suka dengan suka .. mungkin dengan magnet suka dan duka membuatkan kita menjadi bahagia.. Kerana cinta itu bukan dusta !!