Masih terngiang ngiang ditelinga Farisya maki hamun kekasihnya siang tadi .. Uppss , bekas kekasih .
" kau ingat aku nie banker ko ker ? " soal Farisya sebaik sahaja Aqil menyatakan dia ingin meminjam duit sebanyak Rm4000 , padahal baru minggu lepas dia meminjamkan Rm5000 kepada lelaki itu . Walaupun perlahan dan mendatar , pertanyaan itu pasti sahaja memanaskan telinga yang mendengar . Baru semalam mereka bertengkar soal khabar angin yang Farisya dengar mengenai Aqil yang merupakan kaki kikis duit perempuan dan kaki enjoy itu . Tanpa memberi penjelasan Aqil memarahi Farisya kerana kononnya mudah percaya kata kata orang yang katanya sengaja memburuk-burukan namanya pada gadis itu .
" kalau tak nak bagi pinjam pun , tak payah lha nak kata aku nie jadikan kau tu banker aku , kau ingat aku nie tak ada perasaan ke bodoh . kau pekak ke bangang ?? Tak dengar ke aku kata aku pinjam ? Ataupun kau nie memang bodoh sampai tak dapat nak bezakan pinjam dengan mintak ?? .. " berdesing telinga Farisya mendengar kata kata Aqil . Bukannya Farisya tidak mahu mempercayai kekasih yang telah dia kenal sejak setahun yang lalu itu tetapi kerana Aqil sendiri enggan memberi penjelasan Tentang tujuan sebenar dia meminjam duit daripada gadis itu . lagi pula , walaupun Aqil menyuarakan yang dia ingin meminjam duit dari Farisya tetapi ada nada memaksa dalam percakapannya membuatkan Farisya terhembur persoalan yang bermain-main dikepalanya sejak beberapa hari yang lalu . Tindakan Aqil yang memaki hamun Farisya tanpa usul periksa itu membuatkan Farisya lebih yakin tindakan yang dibuatnya itu betul . Farisya tersenyum mendengar kata-kata lancang yang tampaknya lancar sahaja keluar dari mulut Aqil , bukan kerana dia suka tapi sebab terkilan dan rasa menyesal sudah menerima jejaka itu untuk menjadi kekasihnya . Pada siang itu , hampir sejam Farisya membiarkan hatinya remuk menelan perkataan dari Aqil .
" Mulai hari ini , aku dengan kau dha tak ada apa-apa . Aku akan pastikan kau tak kan nampak aku lagi , aku pun tak hingin nak hadap muka kau .. Kau ingat kau tu cantik sangat ke ??!! Aku haramkan kau jejak kaki dekat rumah aku lagi and kalau apa-apa jadi pada aku . Aku tak nak tengok muka kau dekat hospital . Kalau aku mati , kubur aku pun aku haramkan kau jejak !! " kata kata terakhir aqil sebelum menamatkan panggilan .
Farisya memejamkan matanya , tidak semena mena air matanya mengalir membasahi pipi . Tidur Farisya ditemani air mata pada malam itu .
***
Telefon bimbitnya menyalak minta diangkat . hari ini sahaja hampir seratus kali Aqil menelefon Farisya tapi sekali pun tidak diangkat , kadang kadang handfonenya sengaja dimatikan kerana hatinya masih sakit mengingat kata kata yang dilemparkan kepadanya . Bertalu talu mesej yang diterimanya .
sayang , abie mintak maaf .. Abie tahu abie salah , abie ta patut cakap macam tu kat sayang . abie cintakan sayang . abie tak boleh hidup tanpa sayang
huh , you are right .. Tak boleh hidup tanpa duit aku . getis hati Farisya sebaik sahaja membaca salah satu dari pesanan ringkas itu .
YOU ARE READING
Perancangan Terbaik (Short Story)
Short StoryPercintaan antara Farisya dan Aqil selama hampir setahun tidak membawa kemana kerana sikap Aqil yang suka meminta duit dan memaki hamun itu . Kepulangan teman semasa kecil Farisya iaitu Iskandar bersama perjodohan yang sudah dirancang oleh keluarga...