6

472 23 0
                                    

Farisya duduk bersimpuh diatas kusyen untuk majlis akad nikah. Dia mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna krim. Begitu juga Iskandar memakai baju melayu cekak musang berwarna krim. Farisya menggengam tangan nya yang mula berpeluh meski ruang tamu dipasang penghawa dingin . Farisya kelihatan sungguh gementar . Sesekali Farisya memandang belakang Iskandar yang duduk berhadapan dengan Dato Mustapha yang akan menikahkannya . Dengan sekali lafaz Farisya sah menjadi seorang isteri. Menitis air matanya . Tidak tahu untuk apa kerana dia sendiri keliru dengan perasaannya ketika itu . Iskandar datang kepada Farisya untuk acara membatalkan air sembahyang . Farisya hanya menunduk sahaja .

"Assalamualaikum isteri abang. " Ucap Iskandar perlahan supaya hanya didengari oleh mereka berdua sahaja .

"Waalaikummussalam." Jawab Farisya . Iskandar mencapai tangan Farisya dan menyarungkan cincin di jarinya . Farisya tunduk mencium tangan Iskandar . Lama gara-gara ramai cameraman yang ingin merakam detik itu. Setelah itu Farisya pula menyarungkan cincin di jari Iskandar .

" Terima kasih berikan abang peluang untuk bahagiakan sayang " Giliran Iskandar pula mencium dahi Farisya selepas itu. Ciuman pertama dari seorang lelaki yang bergelar suami . Berdebar Farisya rasa ketika itu. Selepas itu mereka bangun dan bersalam dengan mama dan seterusnya bersalam dengan Tengku Irfad dan Tengku Zalikha yang telah pun menjadi ibubapa mentuanya . Iskandar sentiasa berada disisi Farisya sepanjang majlis hari itu dan tangan Farisya juga sentiasa berada di dalam gengaman tangan Iskandar . Majlis pada hari itu berjalan lancar dengan izin yang maha kuasa .

Hari ini sudah genap 2 tahun perkahwinan mereka . Mereka telah dikurniakan seorang putera yang sangat comel pada tahun pertama perkahwinan mereka . Farisya tersenyum melihat suaminya sedang melayan kerenah anak tunggal mereka itu . Dia bersyukur telah dikurniakan suami dan anak yang baik dan soleh . Aqil plak dikhabar kan sudah meninggal dunia seminggu selepas pernikahan mereka akibat dibelasah teruk oleh Ah long . Ah long itu juga telah ditangkap oleh polis akhir tahun lepas atas tuduhan membunuh dan mengedar dadah .

Perancangan Terbaik (Short Story)Where stories live. Discover now