4

362 24 0
                                    

' terima kasih cinta kau buatku bahgia tanpa jemu dan lemah o o oh terima kasih cinta jangan pernah berubah ... ' handfon Farisya menyalak minta diangkat .

" Assalamualaikum " kedengaran suara yang dikenali sebaik sahaja Farisya menerima panggilan itu .

" waalaikumsalam abang " balas Farisya . Dia menjadi rapat dengan Iskandar semenjak majlis yang diadakan dirumah pemuda itu . Lagi lagi selepas dia mendengar cerita tentang keakraban mereka sewaktu kecil dulu . Mereka juga sudah beberapa kali keluar bersama , kadang kadang bersama dengan keluarga mereka sekali . Iskandar 4 tahun lebih tua jika dibandingkan dengan Farisya .

" Eisya , hujung minggu nie abang nak pergi camping dengan kawan kawan abang dekat port dickson , Eisya nak tak ikut abang ? Abang pun dha tanya dekat papa Eisya . Dia izinkan , cuma minta abang tanya sendiri pada Eisya .. "

" urm , kejap .. Biar Eisya pikir dulu .. "

" eisya , please jangan pikir lama lama .. "

" okay , Eisya ikut tapi abang kena janji satu benda dengan Eisya "

" apa dia ? " tanya Iskandar teruja setelah Eisya menerima pelawaannya itu . Apa pun yang gadis ini minta , akan cuba dipenuhi walau bintang dan bulan sekalipun . tersenyum Iskandar sambil memikirkan betapa dia mendambakan cinta gadis kecil molek itu .

" abang kena janji yang abang akan belikan apa saja yang Eisya nak " jelas Farisya .

" okay , no problem . anything for you .. Asalkan Eisya jadi ikut " bagi Iskandar permintaan Farisya itu bukan lha masalah buatnya yang merupakan pemilik syarikat Danny & co. . syarikat architecture yang termuka di kuala lumpur itu . Danny diambil dari nama penuhnya Muhammad Danish Iskandar . Syarikat itu dibuka beberapa tahun yang lepas dengan sedikit bantuan daripada Tengku Irfad ,walaupun tak besar tapi akhirnya syarikat itu kini mampu berdiri dikaki sendiri .

***

" abang janji taw yang abang tak kan lupakan Eisya , Eisya sayang abang " kata tubuh kecil itu seraya menghulurkan jari pinky nya .

" abang janji " sambut seorang lagi sambil menghulurkan jari pinky nya untuk dipaut pada jari halus gadis itu .

" abang , nanti besar abang nak tak kahwin dengan Eisya ? "

" boleh ker ? "

" mestilah boleh " jawabnya selamba sambil membelek belek patung boneka yang sedari tadi berada di tangannya .

Tersenyum Iskandar tatkala mengingati kisahnya dan Farisya 20tahun lalu . Rasa dingin malam itu menghentikan lamunan Iskandar .

***

Selepas siap khemah dipasang , Iskandar menghidupkan unggun api lagipula hari sudah semakin gelap . Pada malam itu mereka mengadakan permainan true or dare disamping dialunkan dengan petikan gitar yang dimainkan oleh Khairi yang merupakan kawan baik Iskandar .

Farisya memilih true sebaik sahaja gilirannya terkena .

" have a boyfriend ? " soal Khairi .

" .. Ada .. " jawab Farisya ringkas .

" ouh , men .. Terlepas .. " semua tergelak mendengar tutur yang dibicarakan Khairi itu . Pada Iskandar pula , ini pertama kalinya Farisya membuka cerita berkenaan kekasihnya semenjak dia bertemu semula dengan gadis itu setelah beberapa bulan . Dadanya seakan mahu pecah mendengar cerita Farisya mengenai kekasihnya .

Farisya menjauhkan sedikit jaraknya dengan kawan kawan lain sebaik sahaja mendapat panggilan dari Aqil .

" sayang , sayang pergi mana ? Penat i cari you taw .. "

" i dekat pd "

" what ??!! " selepas beberapa jam menerima panggilan dari Aqil itu , Aqil sampai ke pantai saujana tempat Farisya mendirikan khemahnya . Tapi Aqil tidak datang berseorangan , dia ditemani oleh dua orang lelaki berbadan sasa .

" sayang , tolong jangan buat i risau macam nie please ? " awal bicara dari Aqil sebaik sahaja menemui Farisya .

" you nak apa sampai cari i kat sini ? "

" apa soalan you nie ? I nie kan boyfriend you . mestilah sebab risaukan you . you nie , datang sini dengan siapa ? Kenapa tak bagi tahu dulu dekat i ?? "

" straight to the point please . you nak apa ? And who's that guy ? "

" okay fine . sayang , tolong i . i nak pinjam sikit duit dari you . dorang tu datang sebab nak mintak sewa rumah yang dha tertunggak 4bulan n kalau i tak bayar , malam nie juga i kena keck dari rumah tu .. "

" berapa you nak ? " tanya Farisya malas hendak melayan cerita Aqil .

" Rm3000 "

Farisya menyerahkan Rm3000 pada Aqil sebaik sahaja mengeluarkan duit daripada mesin atm yang berada dipetronas berhadapan dengan pantai tempat dia berkhemah .

" thanks sayang , i tahu i boleh harapkan you . i janji i akan bayar balik bila i gaji nanti " ujar Aqil kemudian terus meninggalkan Farisya disitu .

" siapa tu ? Kenapa Eisya bagi duit dekat dia ? " soal Iskandar yang sejak dari tadi mencuri curi memerhati Farisya dan Aqil .

" Aqil "

" boyfriend ? " tanya Iskandar untuk memastikan , Farisya hanya mengangguk , kemudian berjalan untuk melintas ke pantai itu semula .

" selalu ke dia mintak duit Eisya ? " soal Iskandar . Sekali lagi Farisya hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk ke dalam khemah untuk melelapkan mata .

Perancangan Terbaik (Short Story)Where stories live. Discover now