" Eisya .. " panggil Dato Mustapha . Farisya hanya memandang papa nya yang sedang berjalan menuju kearahnya yang sedang bersantai pada kerusi rotan yang terletak disalah satu balkoni di banglo mereka .
" ada apa pa ? " tanya Farisya sebaik sahaja papanya sampai dihadapannya .
" malam esok Tengku Irfad kawan papa tu akan adakan majlis ulangtahun perkahwinannya dengan Tengku Zalikha .. Kamu ikut sekaliya " terang Dato Mustapha .
" malaslah Eisya papa , Eisya bukan kenal pun kawan papa tu . mesti ramai orang tua yang sibuk bincang pasal business " tergelak Dato Mustapha mendengar kata kata anak manjanya itu .
" kamu nie .. Ada ada je lha " kata Dato Mustapha . " ha , nanti dekat sana kamu boleh lha kenal kenal dengan anak tengku Irfad tu , dengar kata dia baru balik dari London " sambung Dato Mustapha sebelum meninggalkan Farisya sendiri di balkoni itu .
***
Melihat mama dan papanya sedang rancak berbual dengan tengku Irfad dan tengku Zalikha . Farisya meminta izin mengundurkan diri untuk ketempat lain . Farisya membawa diri kekolam renang yang terdapat diluar rumah agam itu , dia menempatkan dirinya disebuah pondok yang terdapat disitu . Dilihatnya langit yang penuh dengan bintang bintang .. Cantik tapi keindahan suasana malam itu seperti sedang mengejeknya yang tatkala ini masih berduka .
" hai , termenung jauh nampak " tegur satu suara terus mematikan lamunan Farisya sebentar tadi . Farisya menoleh kearah empunya suara . kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum kearahnya . Manis , terserlah lesung pipit di kedua belah pipi jejaka itu . Siapa pulak mamat nie ?? Kacau betul lha , baru nak feel jiwang jiwang malam nie , ta nampak ker ?? Getus hati Farisya . Tapi handsome gakk mamat nie , hilang mata bila senyum . hahahah .
" kenapa awak gelak , ada apa apa ke dekat muka saya ? " soal Iskandar sambil membelek belek wajah dan pakaiannya . Mana tahu ada apa-apa pada mukanya , tak pun pakaiannya tidak kena . Fikir Iskandar .
" ehh , tak bukan " cepat Farisya menidakkan . Merah mukanya kerana tak sangka gelaknya akan terlepas .
" habis tu ? "
" tak ada apa-apa " jawab Farisya lalu menguntum senyuman , Iskandar membalas lalu mengambil tempat disebelah Farisya . Farisya hanya memerhati .
" dulu saya suka duduk dekat tepi kolam nie bila ada masalah .. " Iskandar memulakan bicara . Mereka berkongsi pelbagai cerita pada malam itu . Iskandar melirik kearah jam tangannya sebelum menoleh semula kearah Farisya .
" jum kita màsuk , dha lewat nie . tak elok berembun "
" okay jum " mereka jalan beriringan masuk ke rumah itu semula selepas hampir sejam meninggalkan majlis .
" My " panggil Iskandar sebelum Tengku Zalikha , Tengku Irfad , Dato Mustapha dan Datin Umairah serentak memandang kearah mereka . Farisya mendapatkan mamanya .
" kami baru ingat nak kenalkan korang tapi tak sangka plak anak mummy nie lagi cepat " perli tengku zalikha . Iskandar hanya tersenyum .
" bukan kenalkan tapi temukan , kan mereka dha berkawan sejak kecil " ujar Datin Umairah . Farisya hanya tersenyum bingung .
YOU ARE READING
Perancangan Terbaik (Short Story)
Короткий рассказPercintaan antara Farisya dan Aqil selama hampir setahun tidak membawa kemana kerana sikap Aqil yang suka meminta duit dan memaki hamun itu . Kepulangan teman semasa kecil Farisya iaitu Iskandar bersama perjodohan yang sudah dirancang oleh keluarga...