5

382 20 0
                                    

" kami semua dha bincang dan kami dha bersetuju untuk menikahkan Eisya dengan Iskandar " ujar Tengku Zalikha mummy Iskandar kepada Farisya . Farisya hanya tersenyum hambar , tidak tahu apa yang patut dikatakan . Farisya seorang anak yang susah untuk menidakkan atau membangkang permintaan mama dan papa nya walaupun hal itu merangkumi masa depannya sendiri .

" dia senyum tanda setuju lha tu .. " ujar Dato Mustapha sebelum mencetuskan gelak tawa mereka kecuali Farisya yang masih teragak agak mengenai pernikahan yang telah dirancang oleh keluarga mereka .

***

Parrrmmm !! Satu tamparan hinggap dipipi Aqil sebaik sahaja Farisya muncul dihadapannya yang sedang bermesra dengan seorang perempuan . Kelihatan Aqil mengusap usap pipinya .

" you nie dha kenapa ?? Datang entah dari mana terus tampar i " ujar Aqil berang .

" siapa perempuan nie ? " Aqil tersenyum sinis sebelum menjawab soalan itu .

" salah ke aku cari perempuan lain yang boleh layan aku ? " bicara Aqil selamba . sekali lagi Farisya mengangkat tangannya tapi belom sempat tamparan itu hinggap dipipi Aqil . Aqil sudah menampar pipi gebu milik Farisya . Bukan sahaja Farisya tetapi Iskandar yang sedari tadi memang ada bersama Farisya turut terkejut dengan tindakan Aqil . Iskandar terus mencengkam kolar baju Aqil , sebelah tangan sudah diangkat sedia untuk melepaskan tumbukan pada Aqil tapi dicegah oleh Farisya .

" kau nie siapa ? Nak tunjuk hero plak ? " soal Aqil .

Iskandar yang bengang terus menjawab " aku nie bakal suami dia "

" bakal suami ? Huh " Aqil tergelak seperti mengejek . Farisya yang sudah tidak dapat menahan tangisan terus melangkah meninggalkan tempat itu . Iskandar terus melepaskan tumbukan yang tadinya terbantut kerana Farisya . Iskandar terus mengejar langkah Farisya . Farisya masuk ke dalam kereta Iskandar dan air matanya sudah tidak ditahan tahan lagi . Iskandar hanya membiarkan Farisya melayani perasaannya sepanjang perjalanan pulang ke rumah Farisya .

" Eisya ! " panggil Iskandar sebaik sahaja Farisya membuka pintu keretanya kerana sudah sampai dihadapan rumah Farisya .

" yee ? " bicara Farisya tidak jadi melangkah keluar dari kereta itu .

" abang sebenarnya dha lama nak bagi tahu hal nie pada Eisya tapi abang tak tahu macam mana nak cakap .. "

" tak apa , bagi tahu je . Eisya dengar " Iskandar menceritakan semua tentang Aqil yang sudah meminjam duit ah long yang juga merupakan abang kepada gadis yang telah dihamili oleh Aqil . Sekali lagi air mata Farisya berjurai .

" macam mana abang tahu semua nie ? "

" abang minta tolong dari kawan abang selepas saja kita pulang dari pd hari tu " eisya hanya mengangguk mendengar penjelasan dari Iskandar .

" Eisya tolong jangan berkawan dengan Aqil tu lagi , lagi pun Eisya dha tahukan soal perjodohan kita ? "

" Tapi abang , Eisya tak cintakan abang . Abang pun mesti tak cintakan Eisya kan ? So, kita tak boleh kahwin kalau tak ada perasaan cinta pada pasangan kita." Yakin sahaja Farisya mengemukakan alasan.

" Siapa cakap kalau nak kahwin kena ada perasaan cinta tu ? Eisya mesti pernah dengarkan bercinta selepas kahwin lebih baik. Selepas kita kahwin nanti boleh je pupuk rasa cinta . " jelas Iskandar walaupun hakikatnya dia tersangat mencintai gadis itu .

" Tapi kalau lepas kahwin pun masih belum ada perasaan tu macam mana? Abang nak ceraikan Eisya ? " Soal Farisya lagi . Farisya perlukan kepastian . Ini soal hidupnya yang sangat penting.

" insyaAllah Eisya akan jadi isteri abang sampai akhir hayat. Jangan risau abang pasti akan buat Eisya jatuh cinta dengan abang ." Farisya terdiam seketika apabila mendengar kata-kata Iskandar . Dia buntu sekarang ni , tak tahu sama ada dirinya sudah bersedia atau tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Diri sendiri pun tak terjaga lagikan nak kena jaga anak orang. Dia merasakan dirinya banyak kekurangan dan dia tidak pasti sama ada Iskandar boleh terima dirinya seadanya atau tidak. Tak apa kalau dia merungut nanti aku hempuk je dia. Eh.. mana boleh hempuk-hempuk suami ni. Berdosa. Er.. suami? Gaya macam setuju dah aku ni. Getus hati Farisya

" Eisya , eisya .." Farisya tersentak apabila mendengar Iskandar memanggil namanya . ' Aduh.. kantoi pula aku berangan. Eh.. bukan berangan la, berfikir ok ' merah muka Farisya menahan malu . Farisya memandang ke arah Iskandar yang masih dengan muka seriusnya.

"Er.. suka hati abang lha , Eisya ikut je." Farisya terus keluar dari kereta Iskandar tak tahulah sama ada keputusan yang dia ambil itu betul atau tidak . Dibuatnya nanti Iskandar suka-suka hati je ceraikan dia macam mana . Tapi tadi Iskandar sudah cakap dia takkan ceraikan aku. Aduh.. pening-pening. Pikir Farisya .

Perancangan Terbaik (Short Story)Where stories live. Discover now