"You know you falling in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams"
-Dr.Seuss-***********
Seminggu kemudian....
"Awak dah dapat maklumat yang saya nak", tanya lelaki yang memakai sut serba putih .
"Dah tuan, kat dalam sampul ni ada maklumat yang tuan minta", balas penyiasat persendirian itu sambil menyerahkan sampul yang dimaksudkan.
"Okey, ni upah yang saya janjikan. Terima kasih untuk maklumat ini."
Kalau aku ada apa-apa aku cari kau", kata lelaki itu."Okey tuan, just call me anytime and i'll be there", balas penyiasat itu sambil tersenyum.
"Aku gerak dulu", kata lelaki itu sambil berlalu pergi.
*******
Di sebuah restoran,Ziqry tengah menjamu selera di restoran yang agak terkemuka di tengah bandar kuala lumpur.sedang dia menjamu selera dia terpandang susuk tubuh yang dikenalinya.
Ziqry menyapu mulutnya dengan napkin sambil berlalu untuk menyapa seseorang yang seakan dikenalinya.
"Cik Alis?!",sapa Ziqry membuatkan gadis yang membelakanginya sedikit terkejut.
"Ehh, Encik Ziqry kan?", balas Alis kurang yakin.
"Yea saya Ziqry, Cik Alis buat apa kat sini?"
"Oh saya datang nak bayar cukai tanah", balas Alis selamba.
Ziqry terpingga-pingga mendengar jawapan Alis.riak wajahnya hampir sahaja membuatkan ketawa Alis mahu terburai.
"Saya gurau je, saya datang nak makan la kat restoren ni",hehehe Alis ketawa apabila melihat wajah kelat Ziqry.
"Ouh,terkejut saya dibuatnya, saya ingat Cik Alis dah buang tabiat sebab tiba-tiba nak bayar cukai tanah dekat restoren macam ni", kata Ziqry sambil ketawa.
"Wahh ,pandai bergurau rupanya", getus hati Ziqry.
"Tak payah bercik-cik dengan saya. Panggil je saya Alis"."awak datang sorang je ke?",tanya Alis.
"Hm, nampaknya macam tu lah, saya datang sorang je lah sebab takda yang nak temankan saya makan", "Alis pulak sorang diri je ke?"tanya Ziqry.
"Saya tengah tunggu kawan, katanya nak lunch sama-sama tapi batang hidung pun tak nampak ni",balas Alis sambil mengerling jam di tangannya.
Tiba-tiba ada satu suara menegur mereka dari belakang.Alis sedikit terkejut apabila ada tangan yang menyentuh bahunya.
"Maaf Alis aku lambat", sapa suara itu.
Dengar saja suara yang menegurnya Alis sudah tahu siapa gerangan orang yang menyapanya.
"Hm,kau ni kang selalu lambat!" "Aku hempuk jugak kang guna pasu ni baru kau reti nak datang awal!!", bebel Alis tanpa memperdulikan Ziqry di sebelahnya.
"Alahhh, sorry laa,, okey takpe harini aku belanja, kau nak makan apa pun kau makanlah".Kata Ziq
Hmhmhm, atas kepala Alis sudah keluar tanduk, tiba-tiba idea jahat datang menumpang so kita kerjakan budak ni cukup-cukup .
Alis bukannya seorang pembuli atau pemeras ugut ,dia cuma menggunakan peluang yang sedia terhidang didepan mata.Dia bukannya tidak kenal Ziq, ziq merupakan anak antara hartawan yang paling kaya di Kuala Lumpur.
Walaupun dia dari kalangan orang berada tetapi Ziq tidak sombong dan ziq merupakan seorang anak yang pandai berdikari dan tidak mengharapkan harta keluarganya untuk hidup.