Tidak kira kemana jua kamu merantau,asalkan kamu bersama dengan yang tersayang, that always called a home"
**************
Sudah sekian lama Alis menjadi penganggur terhormat dirumah nya akhirnya Alis mendapat pekerjaan yang ditawarkan oleh sahabat mamanya.walaupun jauh terpesong dari bidang yang dipelajarinya tapi dia tidak kesah.Apa ada kes,bidang yang kita belajar tidak semestinya sama dengan pekerjaan yang kita dapat.Bak kata abang long" Adik kerjalah jadi apa-apa pon dik,yang penting halal dan duit masyukk", untung ada abang yang gila-gila macam tu.
Hari pertama kerja di kedai bunga dekat jalan Bangsar yang agak terkenal dengan kualiti penghantaran dan bunga-bunga yang fresh.Kedai yang besar dan tempat yang strategik di tengah-tengah bandar menyebabkan kedai ini terkenal di kalangan peminat bunga.Alis dikenalkan dengan pekerja-pekerja dekat situ,hanya 3orang sahaja pekerja termasuklah Alis.
"Hah Sue!.mari akak kenalkan ,ni pekerja baru kedai kita", kata Tengku Aida kepada pekerja yang dipanggil Sue tadi.
"Hai,nama saya Nur Alis Qaisara, panggil je Alis", Alis memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.
"Hai, panggil je akak kak Sue, akak dah lama dah kerja kat sini",balas kak Sue ramah.
"Hai,nama saya mey lin,boleh panggil saya mey ataupun nak panggil lin pom boleh",tiba-tiba sapa satu suara dari belakang kak sue.
"Hahh,kau dari mana mey, tiba-tiba muncul ni?", balas kak Sue apabila melihat mey lin di belakangnya.Mey lin dan kak Sue saling berbalas kata tanpa menghiraukan Alis.
Alis hanya tersenyum sambil mengenalkan dirinya demula.Apabila melihat keakraban kak sue dengam Mey lin , Alis teringat akan 2 orang sahabat baiknya iaitu Yaya dan Key yang sedang bekerja di sabah sekarang ni sebagai arkitek.
"Haishh,jauh mengelamun Alis, dah sampai mana?", tanya kak sue.
Alis hanya tersenyum menahan malu apabila ditangkap sedang mengelamun.
Apabila sudah dikenalkan dengan selok belok kedai dan pelbagai jenis bunga yang ada serta pelbagai lagi benda yang dikenalkan di kedai itu, Alis memulakan tugas pertamanya iaitu mengenal bunga dan jenis-jenis racun organik yang sesuai dengan jenis bunga.walaupun nampak senang je kerjanya tapi naik jenuh juga alis menghafal nama-nama bunga dan jenis racun yang perlu digunakan.
Yelah,masa jadi penganggur kat rumah dulu manalah nak ambil tahu pasal bunga-bunga yang mamanya tanam sekitar kawasan rumah tu.Suruh siram bunga tu okey la,tu pun mamanya sudah tidak percaya sangat dengan alis selepas Alis siram sampai keluar akar pokok bunga kesayangan mamanya.Satu hari satu malam mamamya membebel,mana tak nya bunga kesayangan mamanya yang dijaga rapi selama berbulan-bulan tup-tup habis jahanam Alis kerjakan.
Kerja di kedai bunga tidaklah memenatkan.Sudah hampir seminggu Alis bekerja di kedai bunga itu,dan skill menggubah bunga alis semakin lama semakin bagus hasil tunjuk ajar kak sue dan mey lin yang tidak jemu-jemu mengajar Alis yang tidak tahu apa-apa pasal gubahan ni.
"Selamat datang,yea encik boleh saya bantu?", sapa kak Sue kepada pelanggang yang baru masuk.
"Erm,tolong gubahkan bunga rose merah 7 kuntum dengan rose putih 3 kuntum", balas lelaki itu sambil melilau matanya memandang bunga-bunga yang ada.
"Okey,ada apa-apa lagi ke yang encik nak tambah?",tanya kak sue.
"Hm.bagi saya kad satu and ada pen tak?",tanya lelaki itu sambil menanggalkan sunglasesnya.
"Ni kad dan pen","encik tunggu sebentar ya", kak sue berlalu meninggalkan lelaki itu di meja yang disediakan untuk menolong Alis menggubah bunga yang dipesan.