A real girl not perfect,
And perfect girl is not real.
-Harry Style-***********
Damian pulang ke rumah setelah agak lama berada di hospital.Dia meletakkan keretanya di porch,dan berlalu kedalam rumah.Mama dan Papanya tidak kelihatan di ruang tamu,mungkin ada acara di luar barangkali.Tuntas Damian di dalam hati.
Damian mendaki tangga untuk ke biliknya,badannya sudah terasa melekit setelah seharian berada di luar.
Damian membuka pintu bilik mandi untuk membersihkan badan.Deruan air yang mengena tubuhnya terasa sangat mendamai dan menyegarkan.
Damian merendamkan badannya kedalam tab mandi.Dia memejamkan mata untuk menenangkan otak dan badannya.Terimbas kembali kejadian di hospital tadi.~~~~~~~~~
Damian mengangkat tubuh wanita tersebut untuk dibawa ke unit kecemasan.Dua orang nurse yang melihat Damian bergegas untuk menyambut pesakit itu,Nurse menyuruh Damian membawa pesakit ke katil untuk rawatan kecemasan.
Damian menunggu diluar tirai yang memisahkannya dengan wanita tadi.Dia mundar-mandir diruang menunggu,"Ian?",tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang.Dia menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang menegurnya.
Dia terkejut apabila melihat wajah yang cukup dikenalinya.Ekspresi diwajahnya sudah tidak dapat disembunyikan lagi.Dia gembira kerana dapat bertemu dengan teman lamanya semasa sama-sama belajar di England dulu.
"Hey yo Ary,apa khabar kau sekarang bro,?" tanya Damian dengan gembira sambil bersalaman.
"Alhamdulillah,aku sihat walafiat."
"Kau pulak macam mana,?"tanya Ziqry."Aku sihat,alhdulillah,"balas Damian.
"Ehh,kalau sihat kua datang buat apa kat sini?,Mami kau sakit ke?,"tanya Ziqry
"Ai,kena sakit dulu ke baru boleh datang hospital?","taklah aku terlanggar seorang gadis tadi,dia terus pensan so aku bawak la ke hospital," apabila sebut pasal gadis itu dia terus trtingatkan gadis itu.Macam manalah keadaan dia,teruk ke tak kecederaan dia.Damian risau kalau-kalau terjadi apa-apa dengan anak gadis orang,naya dia dibuatnya.
Ziqry perasan yang Damian sedang mengelamum apabila soalan yang ditanyanya tiada balasan.
Ziqry melambai-lambai tangannya dihadap Damian namun tiada respon.Ziqry menolak bahu Damian sederhana untuk menyedarkan Damian."Ahh yea?"balas Damian apabila tersedar dari lamunannya.
Ziqry hanya menggelengkan keepala sambil tersenyum."Encik yang hantar gadis di tabir itu tadi?", tanya nurse yang bertugas kepada Damian sambil menunjukkan tirai yang dimaksudkan.
"Yea saya,macam mana dengan keadaan gadis tu?",tanya Damian segera.
"Dia tidak apa-apa,cuma sudah jalankan pemeriksaan lanjut untuk pastikan tiada kecederaan dalaman berlaku."kata nurse itu.
"Cik boleh ambil ubat di kaunter 3," kata nurse itu sebelum berlalu."Jom ikut aku pergi tengok gadis tu,aku seganlah tak pergi sorang-sorang,"ajak Damian.
"Hm,okey jom aku temankan,"balas Ziqry.
Damian menyelak tirai yang tertutup itu,dia melihat wajah gadis itu nyenyak tidur,tidak sampai hati untuk mengejutkan gadis itu.Dia dapat melihat ada kapas yang dilekatkan dipenjuru dahi gadis itu.
"Mesti sakitkan luka tu,aduii habislah muka dia yang cantik imi berparut",getus hati Damian,dia rasa bersalah sangat.