Kehiduoan di dunia yang fana ini seperti melalui jalan raya,
Ada garisan putih yang membahagikan kedua-dua
Belah jalan ,
Jika kita patuh dan tidak melangkaui garisan tersebut,
In sha allah kita akan selamat.
Begitu juga dengan perintah allah
Kalau kita patuh dan tidak melanggar batas kita akan selamat"
~Sang pengembara~**********************************
Setelah siap berbelanja dengan uminya,Ziqry menyusuri lebuh
raya untuk pulang ke rumahnya bersama uminya.hari ni banyak umi berbelanja macam nak
simpan untuk setahun padahal bukannya ramai pun penghuni dalam rumah agam milik walidnya.Setelah sampai di rumah Ary terus membawa masuk barang barang ke dapur.nanti uminya lah yang akan mengurus dan menyusun barang tu semua.
Kalau nak harapkan dia memang tak la.Nanti habis tak jumpa barang barang yang diperlukan time nak masak.mengamuk laa puan Aida kesayangan semua nanti.Usai mandi dan solat zohor,
Ary terus baring atas tilam embuknya.Terasa penat setelah dekat dua setengah jam mengikuti uminya berbelanja barang dapur.
Seksanya ermm memang tak payah cakap.Dia hairan dengan abangnya Alfi yang memang suka ikut uminya pegi market.Alfi kalau bab memilih barang dapur ni memang cerewet sangat,macam mak nenek.umi pun tak macam tu.
Bila terkenang kembali
pertemuan dia dan alis di market
tadi tidak semena mena bibir Ary mengukir senyuman."manis betul orang nya, mungkin dialah calon yang paling sesuai untuk Alfi.
Ary begitu yakin sekali dengan pilihannya ini. Tapi yang jadi masalah nya nak ke Alis kenal dengan abangnya tu.
Entah-entah dia tunang orang ke,bini orang ke?! Tak ke naya nanti orang kata cuba nak goda bini orang.'betak hati ary
No no no!!!mesti dia single lagi.
Ya,aku mesti siasat latar belakang Alis.Nanti senang la nak aturkan strategi memikat..
Yes,wait and see! Hahahaaha
~~~~~~~~~~~~~~~~
Matahari sudah mula melenyap kan cahayanya ,bulan pula sudah bersedia menjalankan tugasnya.
Menggantikan shifSubaru imprenza milik Alfi menyusuri lebuh raya yang kelihatan indah di waktu senja.
Suasana diatas jalan raya yang sudah tidak terlalu sibuk melancarkan perjalanan alfi untuk pulang ke rumah.
Usai solat magrib di pejabat tadi alfi terus pulang ke rumah setelah menyelesaikan tugasan yang penting.
Sambil mendengar dj radio
era sedang berceloteh ,
Alfi terkenang kembali blind date yang diatur oleh Ziqry dengan kenalan nya.'Aryy ,aku malu la kita cancel jer lah date ni kita balik rumah nak tak?
Ary mendengar saja rungutan dari Alfi,haishh harapkan badan je sador tapi dalam hati ada tamann.
Kau tak payah nak malu sangat lah.kau ikut je apa yang aku rancang
Dah pegi sekarang"!arah Ziqry sambil menolak bahu alfi untuk ke meja yang sedang diduduki oleh seorang wanita.Hai sorry lambat ,you dah lama tunggu?sapa alfi dengan lemah lembut.
Ohh hai, it's ok i pun baru je
sampai.balas wanita itu dengan suara yang lembut sekali.Wahhh suara dia memang lembut sangat.boleh cair mana-mana lelaki yang mendengar suara dia.
Nama i Aqif Alfian,panggil alfi jer.
Alfi mengenalkan diri nya.dia lebih selesa perkenalkan diri dengan aqif alfian berbanding dengan panggilan tengku di hadapan jika berkenalan secara tidak formal.Nama i Shila panggil she je,
umur 25, asal kuala lumpur,anak tunggal Tan Sri Hisham dan Puan Seri Nasibah,Lulusan University of Boston BA dalam Law.i suka sangat belajar dekat boston dulu.i ada ramai mber-member.nenek i dulu keturunan,, bla bla bla...
Shila asyik berceloteh..What!!!biar betul perempuan ni.!
Dia nak suruh aku tulis biodata dia ke ni.?habis datuk nenek moyang
dia punya nama dia sebut.Setelah sejam setengah shila mendominasi berbualan dengan berceloteh sampai merah telinga alfi tidak tahan untuk mendengar cerita shila lagi.
Sepatah alfi tanya
Berpatah-patah shila jawab.
naik jenguh alfi untuk
mendengar.buat-buat dengar je lah.FAIL!!!
Tak sanggup alfi nak layan kalau shila jadi isterinya.mungkin sebab dia belajar law so mungkin dia sudah terbiasa mendominasi perbicaraan di mahkamah.biasa la semua peguam mesti petah berkata-kata kalau nak hidup lama dalam bidang perundangan ni.
Setelah selesai dinner sambil mendengar shila berceloteh.
Akhirnya mereka mengikuti
haluan masing-masing untuk pulang ke rumah.~~~~~~~~~~~~~~~
Alfi tersenyum apabila terkenangkan perangai shila
yang tak habis-habis bercerita
pasal kehidupannya.Setelah setengah jam menyusuri lebuh raya untuk pulang ke
rumah melalui lebuh raya plus.Akhirnya alfi sampai ke rumahnya,
Badan sedah terasa pegal sebab
lama duduk di atas kerusi.
Lumrah bekerja kalau tak letih jangan panggil bekerja.Alfi mendaki tangga menuju kebiliknya.Tilam empuknya sudah melambai-lambai dah tu.
Air suam membasahi tubuh sasa milik alfi,terasa kesegarannya.Terus hilang rasa lenguh-lenguh
di belikatnya.matanya terasa lebih segar sedikit setelah selesai mandi dan menunaikan solat insya'Dia bersandar di kepala katil miliknya,alfi berpaling kearah pintu apabila bunyi pintu biliknya dikuak.
Kepala milik Ziqry terjengah untuk melihat abangnya sudah tidur ke belum.nasib baik belum tidur.
Ary masuk kedalam bilik Alfi tanpa dipelawa.
"Nasib baik kau tak tidur lagi aku ada berita baik untuk kau"Berita apa sampai tak boleh tunggu besok pagi.kau cerita kat aku pagi esok lah aku penat sangat hari ni.
Alahh kau dengar je lah.aku bukannya suruh lau buat lompat katak pun.tolong pinjamkan telinga kau je.