Hari minggu yang memang ditunggu-tunggu tak kira pelajar mahupun pekerja,hari minggu boleh diibaratkan hari paling bahagia berbanding hari-hari yang lain.
Hari ni aku dah janji dengan minah-minah kepoh nak keluar jalan-jalan kat mall.minah-minah kepoh ni lah kawan baik aku dari prasekolah sampailah sekarang.
Mulut sorang-sorang tu boleh dikatakan memang takde insyuranlah,tapi tu la yang aku suka kawan dengan diorang tu.kami boleh cakap apa saja yang kami suka tak perlu nak berselindung sangat sebab memang paham sangat perangai sorang-sorang.
Bukan macam sesetengah kawan tu,depan kita masya allahh baik tu tak payah cakap,dia punya pujian tu setahun makan pon tak habis tapi belakang kita herhhh serba mak bapak datuk nenek dia maki kita.pujian entah jatuh dasar lautan antartika mana entah.
Hermmm..back to the story aku janji nak jumpa pukul 12 kat mall tapi dah dekat setengah jam aku terpacak depan mall ni ,batang hidung minah-minah kepoh tak nampak-nampak pon..haishhh
Baik aku telfon diorang kalau tak boleh mati berdiri aku tunggu diorang ni..dah laa panas,mall ni tak bukak econ ke hapa arhhh!,
"Tutt tutt..arr hello key..korang kat mana hahh??".."dah dekat setengah jam aku tunggu ni bayang2 korang pon tak nampak!!".
"Hello alis.."sorry sorry kitorang tengah otw nii".,"kejap lagi kitorang sampai tengah parking kereta ni"..
"Ni semua Ziq punya pasal,dia yang bangun lewat.kau tunggu kejap erhh""Aku tak kira baik korang sampai cepat kalau tak aku balik" ."
hahh biar padan muka korang!!"
Ceyhhh boleh plak main ugut-ugut macam la kau tu tuan puteri orang nak ikut arahan kau..arhhh lantak lahh.."Ok ok kejap lagi kitorang sampai".."kejap jer lagi, kau tunggu yea alis"."ok aku chow dulu..bye assalamualaikum."
"Ok.cepat tau jangan nak menggatal plak!!".."aku bagi korang masa 15 minit lambat aku balik!"..bye waalaikumussalam..
"Hahahaaha!!." "Mesti diorang buat maraton kejap lagi kat mall ni.aku acah-acah jer nak balik kalau lambat bukan selalu pon diorang datang lambat..
biasanya aku lah ratu yang paling lambat sampai kalau ada date macam ni..almaklum lahh aku kan anak manja so nak bawak kereta pon takut tunggu abang teksi la yang bawak aku kehulu-kehilir kalau tak pon papa aku."Pak cik tumpang lalu sikit, erhhh!, abang abang tepi sikit!!.warhhhh cepat cepat.. yeahhh!!, aku sampai dulu"!!
Riuhh satu mall dengan suara minah-minah kepoh tu.terkejut aku dibuat nya.!.kan aku dah cakap mesti jadi pertandingan maraton punya.tapi diorang buat muka tak bersalah je lah..buat muka dua plosen.
Hahh!! "akhirnya sampai jugak korang," "dah naik lenguh dah kaki aku ni tunggu korang"
"Larhhh!!". "kenapa kau tak duduk dekat kerusi kosong tu".."hah aku tengok banyak kerusi2 kosong tu yang kau tunggu sambil berdiri tu apasal??",.
Jawab Ziq sambil tunjuk kerusi kerusi kosong depan kitorang."Ehhh yea tak yea jugak."macam mana laa aku boleh tak perasan ada banyak kerusi kosong, get us hati Alis.
"haaaa!! "tu laa asyik sangat duk berangan entah ke bulan bintang planet mana entah!!". Bidas key kat aku.
"Bukan aku taknak duduk, tadi ada mak cik n pak cik yang duduk kat bangku tu so aku berdiri je lah kat sini" !!hahh yang korang lambat tu apasal??
Baik aku tukar sebelum diorang baham aku cukup cukup kejap lagi. bukan aku tak kenal diorang ni kalau dah start baham orang memang boleh meleleh air mata woo."Ekk elehh yea la tu ada mak cik duduk" .balas yaya yang dari tadi hanya jadi pendengar tak berbayar kat situ..
'Hahh ni semua Ziq punya pasal"."Boleh pulak dia bangun lewat aku dengan yaya dah naik kematu dah tangan call Ziq".,"dah laa tak angkat haishh habis topap aku dah laa topap kena gst"!!..haishh!!
Luah key dengan tangan tangan sekali..tapi Ziq macam biasa laa dengan muka ada-aku-kisah-dia tu..huhu nasib baik laa muka dia cantik kalau tak memang makan penampor free la jawab nya.
"Hm.yelah yelah salah aku"!. "sudah sudah jom kita pergi makan aku belanja.".,pelawa Ziq,
"kan sebab aku kita lambat so kali ni aku belanja korang kat secret recipy..order je korang nak makan apa hari ni aku belanja."Ziq membuat penawaran megasale.Walaweyhh bagai orang mengantuk disorongkan bantal
Cepat jer reda marah key..siap tersengih sengih lagi,mana tak nya dia dah dua hari termimpi mimpi nak makan kek enak bercrim secret recipy ni..yaya tak payah cakap laa sedah terlompat lompat macam monyek kat zoo terlepas dah aku tengok.."Ok jom jom."aku pon dah kebulur dah ni"..jawab aku,."hari ni Ziq belanja so kita makan puas puas kawan2"!! ,,hahahaaha
"Ikut suka korang lah yang penting korang happy sooo kita enjoyy!!"
"Kitorang sayang kau Ziq!!"..balas kami 3 orang serentak n then cium pipi Ziq..kalau orang tengok ni mesti ingat kitorang ni lesbian
"Arhhh lantak lah orang nak pikir apa pon yang penting kami tahu kami tak salah"..