Adreena mengeluh perlahan saat hendak berjalan ke keretanya.. badannya terasa amat penat harini.. mungkin juga kerana hari pun sudah lewat malam, namun Adreena masih belum berkesempatan untuk berehat lagi.. itu sebabnya dia letih.. dalam hatinya sibuk mengutuk diri sendiri.. kenapalah parkir jauh sangat dari kedai?
Sambil berjalan, Adreena bermain dengan telefon.. itu pun untuk menghilangkan rasa takut berjalan seorang diri di lorong belakang kedai.. tiba-tiba dia rasa tak sedap hati.. naluri hatinya mengatakan bahawa dia diperhatikan dari jauh.. segera nombor Aniq didail namun tidak berjawab
"Kak"
"Ya Allah.. Astaghfirullahaladzim.. awak.. terkejut akak" Adreena mengurut dadanya.. sudahlah dia sedang dalam ketakutan, tahu tahu sahaja ada yang datang menyapa pula
nasib baik budak yang sama.. bukannya orang jahat atau penyangak mana-mana.. lama juga Adreena ambil masa untuk menenangkan diri
"Biar lah saya teman akak pergi ke kereta.. macam jauh je" dia meluahkan hasrat dihati.. atas dasar empati dan simpati
"Itu lah.. jauh sikit.. tadi tak ada parking yang dekat" luah Adreena kesal.. itulah ujian kena hadap kalau keluar tak minta izin suami.. ha
"Sini memang susah parking kak" ucapnya sambil tersenyum
"Itu lah" Adreena memandang ke kiri dan kanan.. entah kenapa, rasa tak sedap hatinya masih terasa biarpun dia berteman
Pin!!
Bunyi hon mengejutkan Adreena dan juga lelaki itu.. cermin kereta diturunkan.. terserlah wajah Aniq yang seperti tidak berperasaan.. seketika Adreena dapat merasakann aura Aniq yang lain itu.. sah, lelaki itu marah!!!
"Eh, awak.. tak apa lah.. ni, suami akak dah sampai.. terima kasih teman akak" segera dia menghalau dengan cara halus.. sebelum adanya salah faham, baik dia mengelak secepat mungkin
Aniq turun dari kereta dan segera menarik tangan Adreena menghampirinya.. takut jika lelaki itu punya niat buruk terhadap Adreena.. lengan bajunya yang panjang itu sudah dia tarik.. bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan
"Awak, ni.. dia tolong saya bayar tadi.. sebab QR saya tak boleh guna" Adreena senyum kelat.. kalut dia menerangkan segalanya
"Bang," tangannya diangkat pada Aniq sebelum menghadiahkan satu senyuman pada Adreena.. Adreena menghantar pandangan pada lelaki tadi
"Memang nak tercegat kat situ ke apa?" suara Aniq menghentikan lamunan Adreena.. baru dia perasan yang Aniq sudah lama bersandar di keretanya dan melepaskan genggaman tangannya
"Seronok keluar tanpa izin suami?" wajah Aniq berubah serius tanpa segaris senyuman pun diwajahnya
Adreenaa telan air liur.. kecut perut melihat amarah yang dipamer Aniq.. tentu sahaja lelaki itu marah apabila dia bersikap degil seperti ini
"Saya lapar, saya mengidam-"
"Mengidam makanan ke mengidam kasih sayang orang lain?" sejurus itu dia tertawa kecil.. lebih kepada mengejek Adreena
Kepalanya tertoleh semula pada Aniq.. jelas riak wajah lelaki itu amat melukakan hatinya.. bukannya marah, malah Aniq tertawa pula
"Astaghfirullahaladzim.. awak cakap apa ni? janganlah salah faham pula" tubir matanya terasa panas.. sanggup lelaki itu menuduhnya sebegitu?
Terbang rasa bersalahnya.. dia berkecil hati dengan kata-kata Aniq.. bukannya lelaki itu hendak risaukan keadaannya, malah menuduhnya yang bukan bukan pula
"Fiyadh tak cukup ke? nak tambah berapa orang lagi" bicaranya lembut namun sakitnya bagai dihunus pedang yang tajam.. bait kata yang keluar bukan sahaja menyakiti pendengarnya, malah yang menyatakannya juga terasa sakitnya
YOU ARE READING
Absquatulate love [|completed✓|]
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
![Absquatulate love [|completed✓|]](https://img.wattpad.com/cover/304106772-64-k238915.jpg)