"Sungguhlah orang kata,kadang tuhan ni Dia nak pujuk hati kita,ada ja cara Dia nak hantaq.Untuk kita belajaq sesuatu."
Terkadang kelakar bila fikirkan segagah kudrat yang masih mampu berfungsi dengan baik,tapi kadang tu gagal sujud di tikar sejadah pada awal waktu subuh.
Rasa bersalah tu hadir pun seketika.
"Alah,asalkan aku qada sudah.janji buat."
Qada sambil lewa,dengan harapan Dia terima.Bagaimanalah agaknya jika Dia punya "hati" seperti kita,pastinya hati itulah yang paling rabak.
Malu pulak rasanya jadi hamba.
Aku ingat lagi,
Hari tu memang betul-betul kusut.
Sewaktu Dr. Umar Fawwaz tengah mengajar,hujan turun.Tiba-tiba dia berhenti menulis,pandang lama pada hujan,sambil tersenyum.
Dia berpaling pada kami,lalu berkata:"Tahukah kalian,tiap titisan hujan ini adalah tanda kasihnya Dia?
Tahukah kamu bahawa butir-butir yang gugur itu adalah dari tasbihnya para malaikat?yang sentiasa berzikir memuji kebesaranNya."Dia diam.Lama.
Sambungnya:"Betapa pemurahnya Dia,hingga dalam hujan pun diwujudkan doa,agar kita tak berhenti meminta.
Sukanya Dia untuk mengizinkan tasbih para malaikat diangkat menjadi satu bersama doa-doa para hambaNya.
Anggaplah hujan ini seperti hadiah.Siapa saja yang tidak suka kalau diberi hadiah secara tiba-tiba,bukan?
Kerana yang lebih tahu apa yang tersimpan di hati,hanya Dia."Sambil tangannya di tunjuk ke atas.Pandangan Murabbi ditala kembali pada hujan.Kali ini lebih lama dan sayu.Aku kenal pandangan tu.
Buat aku termenung lama pada dia dan hujan diluar."Lelaki ni,dia suka pendam rasa dia dalam hati.Apa yang dia nak cakap,dia simpan."
Cis,cecair apa pulak yang hangat mengalir kat tepi pipi ni?
Kabur.
-20|8|15