Bab 13 + Bab 14

4.7K 47 19
                                    

13

Aku sampai pejabat dan Jora dah siap-siap barang untuk aku hantarkan. Alamat: Bukit Damansara. Penerima: Dijah Dijon


14

Abang tak puas hati. Dia kata ada satu lagi tempat yang harus kita cari. Kelantan. Abang ada kawan kembar dekat sana. Budu dan Bubu. Mereka berdua tinggal dekat Bukit Bunga. Sebenarnya B.B yang bagi gambar tu kepada abang. Abang tak cakap banyak. Selang beberapa hari selepas Krabi, abang keluarkan tiket keretapi ke Tanah Merah. Situ stesen yang paling dekat dengan Bukit Bunga. Malam sebelum bertolak guna Senandung Wau, abang cakap satu benda dekat aku.

"Aku rasa ini penamat dia. Kita akan jumpa semua jawapan dekat sana."

Bertolak pukul 7:30 malam, ia akan ambil masa sekurang-kurangnya 12 jam. Dari 12 jam itu, banyak benda boleh terjadi. Aku keluarkan semua tanya dari kepala dan semua rahsia yang belum dicerita kepada abang dan Raihan. Semalam yang hangat membuatkan malam ini hujan lebat. Aku selak langsir katil. Malam tak sepatutnya dirai dengan tutup langsir ketika tidur. Aku biar buka. Aku harap ahli-ahli koc yang lain juga buka, tetapi tidak. Hanya kami bertiga yang buka. Aku cuma mahu roh aku punya kawan dalam kesepian. Aku tak mahu dia sejuk lalu hanya terperuk dalam penjara katil yang ada. Dia harus keluar, ambil angin, dan duduk bersembang dengan teman. Roh juga punya perasaan dan manusia sering kali tidak perasan. Hujan-hujan yang menggomol cermin masih tidak lepas mahu masuk. Seolah-olah gerombolan sperma yang berenang laju dan tidak cukup kuasa lalu mati di situ juga. Aku tengok cermin dan cermin tengok aku. Aku tidak tengok luar walaupun cermin itu lutsinar. Aku pegang muka yang muncul dalam cermin. Aku belek sikit-sikit sambil fikir cerita seterusnya. Juga sambil tengok botol wain putih dalam beg silang yang aku bawa. Ah Peng bagi masa aku hantar barang dekat dia sebulan lepas. Ikutkan hati, aku dah malas nak minum. Aku kena ikut ajaran Sultan sebagai seekor rakyat. Sultan mana pernah minum wain. Tapi kali ini aku hendak ingkar. Tunggu semua orang tidur dulu.

Laga wain kami tidak berbunyi. Masakan berbunyi sebab aku hanya bawa cawan kertas Nescafe saja. Kami minum di zon larangan merokok dan larangan buka pintu semasa tren bergerak. Aku dan abang duduk sandar di pintu sebelah lain-sebelah lain. Raihan duduk di kerusi yang dilekap.

"Mana dapat?"

"Kawan aku, Ah Peng yang bagi."

"Sedap."

Aku cucuh rokok. Atau sebenarnya kami masing-masing cucuh rokok dalam masa yang serentak. Dalam koc sejuk sangat. Ini saja cara bagi reda. Sedut yang pertama sambil tutup mata, aku beritahu abang semuanya.

"Aku minta maaf sebab tipu korang semua dari mula cerita."

Sebenarnya aku tahu tentang apa yang disangka tidak tahu. Aku juga seorang perisik sama macam Jen dan Ali Gila. Lama dahulu, kerajaan telah tubuhkan satu projek yang bernama Gratis. Atau lebih dikenali sebagai Government Rats of Risik. Sebahagian daripada perisik adalah novelis-novelis haluan kiri. Mereka ditangkap dan dibakar novel-novel mereka. Lalu direkrut untuk menjadi sebahagian daripada perisik. Jika tidak mahu, satu saja caranya. Dibunuh ahli keluarga. Mereka bilang novelis itu orangnya pintar-pintar. Pemikir yang mampu menggegar dan sentiasa peka kepada alam sekitar. Yang paling kritikal sebabnya, mereka itu banyak membaca dan kerap merantau ke serata dunia. Kerajaan perlukan orang-orang sebegitu untuk memihak kepada mereka. Jika tidak, kerajaan akan musnah tanpa mereka. Tiada pengatur strategi, tiada pemancur budaya, dan tiada pemayung ekonomi. Dan yang paling penting, kerana kerajaan kurang membaca.

Aku dari Risik 7. Ali Gila dan Jen dari Risik 12. Sebenarnya setiap platun berbeza dan tak akan pernah tahu tentang maklumat perisik yang lain. Itu sebab Jen tak syak apa-apa dekat aku. Aku sekarang tengah siasat tentang Kanchung Kapitol. Itu rahsia kerajaan yang aku sendiri tak tahu inti rahsia tu. Yang aku tahu, aku cuma ada dua sasar yang harus aku kejar tanpa mereka sedar. Bos dan Auntie Nini. Tiga sebenarnya kalau ikut-ikutkan iaitu Latif Jamhadi. 3 tahun aku siasat. Sepanjang bergelar perisik, aku tak pernah jumpa lagi Latif ini. Telefon yang abang dapat daripada Raihan itu ialah telefon aku sendiri. Sengaja aku buat sebagai umpan. Dari ketiada-tiadaan kepada ada. Dan aku hanya tersenyum apabila mendengar suara aku sendiri yang dirakam tapis itu. Tentang bungkusan yang punya baju, resit, dan kadbod juga aku yang poskan. Aku harus umpan Raihan keluar. Untuk pengetahuan, Shereen memang belum mati. Tapi aku tidak sangka yang Shereen ada di Kelantan sekarang dan aku yakin yang Shereen memang ada kaitan Aku juga yakin yang Budu dan Bubu tu juga sebenarnya perisik. Semasa di bilik mandi, aku sebenarnya tengok semula rakaman Go Pro Shereen. Kawan kepada kawan kepada kawan Latif yang beri kepada aku. Aku cuba cari klu-klu kalau ada. Dan tujuan aku bawa go pro semasa pergi ke utara tempohari bukannya untuk merakam pornorama, tetapi aku dapat rasakan yang ada orang ikut dari belakang. Aku harus timbulkan banyak tanda tanya kepada abang dan Raihan supaya tali yang bersimpul itu akan terus menjadi simpul. Aku sengaja bawa mereka masuk dalam tadika aku. Untuk main-main jet-jet semut dan ligan sembunyi.

DANDAN - sebuah novel Asyraf BaktiWhere stories live. Discover now