Bab 15 + Bab 16

2.9K 34 5
                                    

15

Kadang terfikir juga, melalui gelap kita lebih belajar untuk hilang takut dan lebih menghargai gelap.

Apabila duduk dalam penjara terlalu lama, rasa untuk melarikan diri tu masih ada tapi dah hilang 97 peratus. Lagi 3 peratus itu disimpan di dalam sebuah bekas kacang yang kita cakap setiap hari. Kita bercakap dengan bekas kacang bukan kerana kita gila. Tapi kerana kita tahu, rahsia-rahsia yang disimpan dalam bekas kacang lebih senang daripada bercakap dengan orang-orang yang ada. Kita tutup bagi kedap dan biarkan selama berpuluh tahun dan ia takkan pernah luput atau habis.

Apabila duduk dalam penjara terlalu lama, kita akan dapat kenal bunyi tapak kasut siapa, bunyi dehem, bunyi batuk dan bunyi berlahak. Jika si dia tengah membaca majalah atau suratkhabar juga dapat dibaca dan jika si dia tengah makan nasi atau kacang juga dapat diteka.

Dinding yang ada dalam penjara boleh kita kira lubangnya ada berapa. Apabila terlalu lama dalam penjara, segala kecil yang tidak diteliti sebelum ini akan terus diteliti setiap hari. Aku kadang-kadang dapat dengar bunyi vespa setiap minggu. Bunyi vespa adalah bunyi syurga bagi aku. Aku sangat suka kerana di rumah tinggal aku, ada satu vespa yang aku masih guna dan simpan.

97 peratus itu lebih kepada ketenangan dan kawalan emosi. Apabila aku sudah dapat menyerap hawa-hawa dari penjara, segala-galanya mudah bagi aku. Tetapi tentang bakar buku itu yang sangat aku marah. Membakar tidak pernah menyelesaikan masalah kerana akan timbul lagi satu amarah.

Harini dah masuk hari ke-280. Aku tak dapat banyak benda semasa dalam penjara. Sampai ke hari ini, mereka hanya boleh bagi aku pen dan juga sebuah buku kosong. Aku cuba minta buku-buku atau suratkhabar untuk dibaca, tetapi mereka tidak bagi. Mereka cuba seksa aku dari segi mental. Mereka tak bagi aku mandi selama beberapa hari dan kadang-kadang gelapkan terus sel dan tidak buka lampu lorong. Menulis dalam gelap sememangnya membawa satu getar yang lain. Aku tetap terus tulis dan tulis walaupun tanpa ada sebarang cahaya. Mula-mula memang susah, tapi bila aku berjalan seiring dengan susah, susah menolak aku untuk terus tulis dengan gigih. Itu saja cara untuk aku bunuh bosan. Aku dah tiada pilihan. Mereka tetap juga menyuruh aku beri negatif filem yang sememangnya tiada pada aku. Sebenarnya aku dapat pen dan juga buku kosong ini dengan harga yang mahal.

Mereka dah ambil lidah aku. Aku tak tahu selepas ini jika mereka ambil mata ataupun tangan pula. Kalau jadi macam itu, senang cerita, aku akan bunuh diri. Aku bukan putus asa. Aku dah ada seseorang yang boleh aku percaya. Aku harap dengan novel yang aku tulis dan walaupun akan dibakar, akan ada seorang dua yang masih lagi sempat simpan. Sebelum-sebelum ini, aku dan rakan-rakan penulis yang lain akan ada satu upacara untuk bakar buku sendiri. Buku-buku selama ini kami tulis yang dituduh memburukkan kerajaan. Sebenarnya aku yang paling banyak melawan. Kawan-kawan lain ada juga yang melawan tetapi tidak sekeras aku. Aku tumbuk dia pada malam aku kena bakar buku aku sendiri. Mungkin sebab itu aku seorang saja yang masih lagi belum lepas. Tapi kami dah berjanji dari balik unggun buku yang marak. Walau buku apapun yang kami tulis, nama Latif Jamhadi juga yang akan kami guna.

Anak kecil main api

Terbakar rumahnya sepi

Ilmu tiada guna lagi

Jika takut terus bersemi.

Hidup berani, Latif J.


16

Tak banyak yang boleh dapat dari cebisan-cebisan diari. Hanya mampu mengesahkan yang bukan Latif seorang yang menulis novel-novel dia. Ada lagi tangan-tangan lain yang bergerak secara sendiri. Semestinya kerajaan geram gila dengan Latif kerana dia terseksa di dalam, tetapi tulisannya masih terbang hinggap di luar. Latif tahu dengan tulisan saja tidak cukup, itu sebab perlu ada negatif sebagai bukti yang lebih tegap. Pastinya gratis-gratis yang lain bukan semuanya taat. Pasti ada juga yang palat dan semestinya yang palat itu datang daripada geng Latif.

DANDAN - sebuah novel Asyraf BaktiWhere stories live. Discover now