Bab 1&2

908 8 1
                                    

Bab 1

"Apa?Minggu depan?" mata Fea dibulatkan malah terus sahaja dia bangun mendadak dari sofa empuk yang terletak di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.Telinganya segera ditenyeh-tenyeh bagaikan penuh semangkuk tahi telinga di situ lalu matanya diarahkan pula kepada Lia Sari.

Wanita yang berusia 46 tahun itu sedang enak duduk di sofa bertentangan sambil minum teh dengan wajah yang sebegitu tenang sekali.Penuh nikmat sambil sesekali matanya dipejam-pejamkan seketika,mungkin saja menikmati aroma teh dari cawannya.Lia Sari angguk dan tersenyum kecil sebelum menyambung minum teh.

"Alah,malaslah mak! Mak pergilah sendiri. Fea tak ada mood!" selamba jawapan yang diberikan kepada Lia Sari.Gadis yang berseluar track hitam dan bertocang satu itu tegas dengan keputusannya apabila nama Arfa disebut.Lia Sari baru saja menyampaikan tentang berita kepulangan Arfa dan keluarganya dari England yang akan sampai di Malaysia pada minggu hadapan dan wanita itu mahu mengadakan majlis menyambut kepulangan mereka.Tok Saif iaitu bapa saudara kepada wanita itu juga yang memberikan idea untuk majlis tersebut sejurus selepas berita kepulangan keluarga Arfa diberitahu kepadanya semalam melalui telefon.

Lia Sari berdecit halus apabila melihatkan reaksi Fea itu.Dahinya pula usah dikata,berkerut bagaikan warga emas berusia 80 tahun.Kemudian cawan teh yang elok berada di tangannya segera diletakkan di atas meja kopi di hadapannya lalu menarik satu nafas panjang.

"Isyh budak ni! Mana boleh tak pergi.Nanti apa pula kata Tok Saif.Lagipun Tok Saif yang suruh mak buat persiapan untuk majlis tu nanti.Ni hah,Tok Saif kau baru saja telefon mak beritahu suruh datang rumah dia malam esok nak bincangkan pasal majlis tu."

Fea menggumam.Penumbuknya pula sudah dikepal-kepal secara sembunyi-sembunyi menahan rasa geramnya.Mahunya dia tak geram.Baru saja dia bercadang hendak pergi bercuti dengan teman-temannya minggu depan,tak pasal-pasal kena cancel pula gara-gara majlis untuk menyambut Arfa sepupu emaknya yang sudah lama tidak pulang ke Malaysia.Spoil!!

"Mak,dah tak ada orang lain lagi yang Tok Saif tu nak minta tolong? Balik-balik kita aje.Apa guna kalau ada orang gaji berlambak-lambak kat rumah tapi tak pakai khidmat diorang tu.Membazir saja,buang duit tau!" bangkang Fea lagi merengus sedikit.Dia menyilangkan tangannya sambil memusingkan badan membelakangi Lia Sari.Lia Sari pula sudah hampir tergelak melihat gelagat anak perempuannya yang umpama budak-budak itu.Nampak tidak matang langsung!!

Dia menghirup sedikit air teh lalu cawan teh di tangannya di letakkan semula ke atas piring di hadapan.Lia Sari menarik nafas perlahan sebelum menyambung bicara.

" Fea,kau fikir Tok Saif tu boleh minta tolong pada siapa selain daripada kita? Nak harap Pak Ngah kau tu?Huh...asyik outstation saja kerjanya.Nak diharapkan bini dia pula sampai kucing bertanduk pun belum tentu nak nampak batang hidung!Sudah , kau jangan nak mengada-ngada ya.Mak tahu kau mesti dah rancang nak pergi mana-mana." Jari telunjuknya sudah diangkat tinggi. Manakala kedua keningnya pula sudah lama bertaut.

"Lupakan,batalkan saja program kau.Kau tu yang asyik sibuk membazir duit sana sini.Suruh kerja tak nak kerja,pemalas! Alasan tinggi kalah Gunung Ledang! Sultan Melaka pun tak nak masuk meminang nanti tau. Alih-alih kau sibuk menghabiskan duit mak saja.Tu hah,beras dalam tong kat dapur tu siapa nak tolong belikan? Mak jugalah kan?!"

Laju saja mulut berapi Lia Sari membebel pada Fea.Geramnya semakin memuncak apabila ada saja alasan anak gadisnya itu.Sudahlah pemalas,banyak songeh pula tu.Kuat menjawab! Dia yakin anaknya itu pasti sudah ada agenda terancang bersama teman-temannya.Bukannya dia tidak tahu anaknya itu memang kuat merayap.Ada saja aktiviti yang disusun setiap hari.Kadang-kadang bila dilihat gaya Fea sudah kalah menteri saja walhal anak gadisnya itu sedang menyandang gelaran seorang penganggur yang hebat!!

Babak TerakhirWhere stories live. Discover now