Bab 3

359 9 0
                                    

Pagi yang damai itu benar-benar mengasyikkan.Jauh dari hiruk pikuk kenderaan yang kebiasaannya membuat bising semata-mata berlumba-lumba di jalanan menuju ke lubuk rezeki masing-masing.

Walaupun langit pada pagi itu sangat cerah dan matahari agak terik menyinar di ufuk timur,angin sepoi-sepoi bahasa yang sesekali menyapa begitu mempesonakan.Lia Sari senang dimanjai dengan angin luar.Pintu utama rumahnya dibuka seluas-luasnya.

Dia melepak di ruang tamu sambil ditemani oleh suara DJ dari radio.Wanita itu,seperti kebiasaannya akan melakukan rutin hariannya dengan meneliti dan memeriksa stok jamu yang berada dalam simpanannya.

Sesekali punat-punat di kalkulatornya berbunyi kasar akibat hentakan jarinya mengira jumlah untung rugi jualan jamu yang sudah lama menjadi sumber rezekinya.Dalam kelekaannya mengira keuntungan,suara seseorang dari arah luar pagar bergema.Dia kalut bangun mendekati pintu untuk mengintai siapakah tuan punya gerangan.

"Assalamualaikum! Lia Sari!Lia Sari!"

"Waalaikummussalam.Hah,Khaty.Sekejap aku buka pintu pagar!" jerit wanita itu,terkocoh-kocoh mencapai kunci pintu pagarnya yang diletakkan di atas meja kecil di tepi pintu rumah.

"Cepatlah Lia Sari oi,panas ni.Cair lemak-lemak aku berdiri kat luar ni!" desak wanita bernama Khaty yang hampir seusia dengannya.

"Baguslah kalau lemak-lemak kau cair.Tak payah kau nak pergi buat rawatan laser buang lemak dan selulit kat klinik tu." Usik Lia Sari membuka pintu pagar hadapan.

''Ke situ pula kau ni."

''Jemputlah masuk.Kau datang ada hajat apa ? Jamu dah habis ke ?''

''Bukanlah.Ada lagi kat rumah tu.Dari bulan lepas tak habis-habis pun.''

''Hah,tak habis lagi?Patutlah aku tengok lemak kau makin banyak ni.Kau tak ikut cadangan pemakanan macam yang aku bagi ke,Khaty?'' suara Lia Sari sudah sedikit keras apabila Khaty menyatakan bahawa jamu yang dibelinya dari Lia Sari bulan lepas masih belum habis.Lia Sari memegang lemak-lemak di perut Khaty yang semakin ketara.Khaty segera menolak tangan Lia Sari.Dia duduk di sofa berdekatan diikuti oleh Lia Sari.

''Macam mana aku nak makan sedangkan bau saja pun buat aku loya.'' ucap Khaty lagi sambil memegang tekaknya seolah-olah geli geleman dengan jamu.

"Loya pula?Hisyh,bau jamu memang kuat sikit tapi kalau kau tak makan macam mana nak cantik? Nanti merungut kat aku pula cakap badan tak lawalah,tak slim lah.Nanti kalau laki kau cari perempuan lain macam mana ?Kau juga melopong kan?Aku bukan nak membebel kat kau Khaty,aku sekadar bagi nasihat.Bukan apa,umur macam kita ni,kena jaga kesihatan.Pemakanan tu yang paling utama.Jaga betul-betul.Silap sikit saja dah boleh kena macam-macam penyakit.Semput,lelah,asma,kencing manis,darah tinggi,kanser....hah,semua tu bahaya tau! Kalau dah terkena,susah! Asyik kena menghadap muka doktor saja.Jadi lebih elok kalau kita mencegah dulu sebelum terlambat.Macam iklan kat tv ,mencegah lebih baik dari merawat.Tak gitu?"

"Eh,kau ni Lia Sari.Tutup sekejap topik jamu kau tu.Rasa kembang tekak aku ni.Aku datang sini bukan nak cerita tentang jamu tapi aku ada cerita lain nak beritahu kau!"

"Cerita apa pula? Nak gosiplah tu!" teka Lia Sari yang sudah duduk bersila di bawah untuk menyambung kerja-kerjanya tadi.

"Isyh,tak baik tau tuduh macam tu.Bukan gosiplah.Tapi aku datang sini nak beritahu kau,esok ada krew filem nak datang rumah si Mona."

"Krew filem pergi rumah Mona?Nak buat apa?"

"Dengar kata,ada produser filem bayar Mona untuk buat penggambaran filem kat rumah dia.Lia Sari oi,glamor kita nanti." Ucap Khaty teruja sambil mengipas-ngipas wajahnya.

Babak TerakhirWhere stories live. Discover now