Bab 5

347 10 4
                                    

"Cepat!! Aku kira sampai 10.Kau mesti lari,kalau kau tak lari,aku humban kau dalam tali air tu!!" Jerit Rizal tidak langsung mahu bertolak ansur dengan gadis kecil molek itu.

Gadis itu memandang wajah Rizal dengan takut-takut.Badannya menggeletar,tangannya menggigil.Dia hanya mampu mengangguk namun bibirnya kelu tidak terkata apa.

"Apa tunggu lagi?Cepatlah!" herdik Rizal garang.Matanya mencerlung memandang gadis itu tanpa belas.

"Ce..cepatlah..kira." ucap gadis itu takut-takut.Sungguh dia terasa kepala lututnya lemah longlai mendengar jerkahan dari budak lelaki berusia 10 tahun yang mempunyai saiz fizikal yang jauh berbeza darinya.Memandangnya sahaja sudah membuatkan gadis itu kecut perut apatah lagi mendengarkan suaranya yang bagaikan halilintar.Ah,dia tidak punya pilihan.

"Cepat!Aku kira,kau mesti lari! Kalau tak lari tahulah apa nasib kau!" ucap Rizal sekali lagi mengulang ayat yang sama terhadap si gadis.Memang tidak punya perasaan bersalah langsung malah dia berasa seronok mengawal dan mengarah-arah gadis itu."Satu...dua...tiga..." Fea cepat-cepat mengatur langkah seribunya,berlari seperti yang diarahkan oleh Rizal.

Itulah yang terpaksa dia hadapi apabila Rizal sudah muncul di depan mukanya.Dia tahu,Rizal memang suka main sorok-sorok.Sebab itulah budak lelaki itu sengaja menyuruhnya melarikan diri dari situ dan menyorok di mana-mana tempat yang dirasakan selamat supaya Rizal dapat meneruskan misi memburu 'mangsa'.

Fea benar-benar tidak tahu mahu berbuat apa apabila Rizal sering datang ke rumah neneknya terutama pada musim cuti sekolah bersama-sama keluarganya.Maka,ibu bapa mereka pasti menyuruh Fea mengajak Rizal bermain bersama-sama.Huh,kalaulah semua orang tahu bahawa Rizal selalu membulinya sudah pasti dia tidak dibenarkan bermain di luar.

Tercungap-cungap nafas gadis kecil itu.Dia segera mengambil tempat yang agak selamat di belakang satu pondok kecil berdekatan dengan perigi yang terletak di belakang rumah kayu milik neneknya yang sudah disewakan kepada orang kampung.Dia dapat merasakan bahawa tempat itu agak selamat dari dikesan oleh 'si monster' bernama Rizal.

"Warghhhh!!" jerkah Rizal sambil tunjuk senyum nakal.Fea menjerit nyaring lantas dadanya diurut.Terkejut!!

"Hahaha...yes!! Aku dapat jumpa kau!! Bangun cepat!" Arah Rizal lagi sambil menarik kasar lengan Fea.Fea menggeleng,takut benar dengan Rizal yang kuat membuli.Entah ilmu apa yang dipakainya sehingga mahu melawan pun dia tidak mampu.

Rizal...bukannya kuat mana pun.Mahu kata gergasi macam Big Foot tidak juga apatah lagi macam Godzilla.Oh,mungkin macam Doraemon saja cuma perangai nakal itu semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.Mentang-mentanglah badannya kecil dan comel senang-senang saja si Doraemon ini mahu membulinya.Doraemon tembam!!

"Hoi! Bangun! Bangunlah...degil sangat kenapa?" marah Rizal.Mulutnya yang penuh dengan gula-gula sempat lagi mengherdik Fea.Fea pandang wajah Rizal sekali lalu namun dia gagahkan jua dirinya untuk berdiri.Kalau tak mengikut arahan nanti,sahih dirinya akan diikat di pohon rambutan macam minggu lepas akibat kalah dengan Rizal dalam permainan congkak.Kalau tidak pun sudah tentu mulutnya akan disumbat dengan pasir sungai yang diambil dari sungai berhampiran rumah nenek Fea.Ceh,bikin sakit hati saja!

"Awak nak suruh saya...bu..buat apa,Rizal?"

"Kau jangan banyak tanya! Jom ikut aku!" tanpa membuang masa Rizal segera mengheret tangan Fea mendekati perigi.Hati Fea sudah cuak melihat perigi sudah dekat dengan mereka.Dalam fikirannya,pelbagai perkara bakal berlaku hari ini.Sah,aku bakal kena tolak dalam perigi!!Oh,tidak!! Esok mesti cerita aku masuk berita muka surat depan!!

"Janganlah Rizal! Awak nak bawa saya pergi mana?" suara Fea kendur.Air matanya sudah merembes cuba meronta-ronta minta tangannya dilepaskan namun Rizal tidak menghiraukannya.Budak nakal itu masih setia menggenggam erat lengan Fea malah makin dieratkan pegangannya sambil menarik kasar menghampiri perigi itu.

Babak TerakhirWhere stories live. Discover now