Bab 6

220 6 8
                                    

Hatinya tidak berapa selesa apabila matanya dapat menangkap renungan dari si jejaka poyo Rizal a.k.a Jai yang duduk bertentangan dengannya.

Eleh,tak habis-habis dengan poyo! Macam hensem sangat.Ingat aku heranlah sangat dengan muka kontemporari dia tu.Mentang-mentang dah kurus,nak tunjuk macho pulak depan aku!

Si Rania pula macamlah aku tak nampak.Dari tadi mata tak lepas memandang aku kemudian mencebik.

Huh,ingat lawa sangat ke mulut kau tu asyik nak mencebik saja? Bibir kalau macam Angelina Jolie tu tak apalah jugak,ini macam Puteri Bunian saja! Eh,Puteri Bunian tu cun lah Fea oi.Hah,macam...macam... orang yang tersilap bedah! Gumam Fea dalam hati.

Aimin menyiku lengan Fea yang duduk bersebelahan dengannya.Waktu itu juga,Fea kembali ke alam nyata.Dia terpinga-pinga namun masih sempat menjeling kecil pada Rizal dan Rania."Kau pergi mana tadi?" ucap Aimin berbisik."Dapur."

"Buat apa?"

"Buatlah apa-apa yang patut.Kau tu pula,ke mana menghilang?Aku ingat kau ada kat porch masa sambut diorang ni datang."

"Aku? Dalam tandas,memerut." Fea memuncungkan bibirnya sebelum memicit hidungnya tanda 'busuk'.Kemudian dia sengih."Masih sempat nak memerut?Isy,tak senonoh!"

"Err...aku tak pergi memerut sebenarnya.Aku...pergi merokok!" bulat mata Fea memandang Aimin."Eh,sejak bila kau pandai merokok balik?Bukan kau dah berhenti ke?"

"Itu pun nak bagi tahu ke?" baru saja Fea mahu membuka mulut menjawab kata-kata Aimin,kedengaran suara pengerusi majlis merangkap PA Tok Saif berkumandang dari hadapan.Belum pun sampai beberapa saat,lagu-lagu Inggeris diputarkan dan bergema ke seluruh pelusuk ruang 'ballroom'.Fea tayang muka bosan.Eh,mentang-mentang sambut orang putih ni balik,kena mainkan lagu Inggeris pulak.Menyampah!

Sepanjang 35 minit mereka sekeluarga menjamu selera,hanya Fea yang mendiamkan diri.Dia malas mahu berbual.Terasa kekok pula dengan saudaranya ini.Lagipun dia sebenarnya tidak ada topik yang mahu dibicarakan.Ikutkan kepalanya yang sedikit gila itu,boleh saja dia bercerita macam-macam.Daripada bab gosip,hiburan,sukan,jenayah sampailah ke dunia politik semuanya dia tahu.Tapi bila bersama dengan keluarga Arfa dan ditambah pula Rizal yang duduk bersetentang dengannya,hilang terus idea-idea untuk berbual.

Mata Fea berulang kali menatap jam dinding yang tergantung tidak jauh dari meja makan.Sesekali dia membelek jam tangannya sampai terasa mahu tembus saja jam jenama BUM yang tersarung di tangan kirinya.Terasa masa begitu lambat bergerak.Kalau difikirkan hari-hari biasanya,sudah tentu waktu itu dia akan bersama Era dan kawan-kawannya yang lain akan melepak di pot biasa mereka.Paling tidak pun dia pasti akan buat kacau di gerai burger Aman iaitu bekas teman sekolahnya.

Aimin yang sedar kegelisahan sepupunya itu lantas mencuit lengan Fea.Fea angkat kening memberi isyarat."Kenapa?"Dia menggeleng kemudian terus saja disuapkan makanan ke mulutnya.

Fea mengeluh perlahan.Suapannya terhenti lalu dia meneguk air kosong dari gelas di hadapannya.Gulp! Alamak,macam mana aku boleh tak perasan dalam gelas ni dah tak ada air? Buat malu saja! Marah Fea dalam hati apabila perasan gelasnya sudah kosong.Dia berkira-kira mahu mengambil jag air berisi air kosong namun tangan Rizal pantas mencapainya.Fea terkaku sendiri namun matanya merenung Rizal.Rizal senyum lalu memberi isyarat.Fea angguk.Gentleman lah pulak mamat seorang ni nak tolong tuangkan air untuk aku!

"Terima kasih." Ucap Fea perlahan."You're welcome." Ujar Rizal menghadiahkan senyumannya lagi.

Fea pantas saja meneguk air dari gelasnya.Tekaknya terasa sedikit lega setelah dibasahi.Gelas ditangan terus diletakkan di hadapan lalu dia merenung pula pinggan nasinya yang sudah kosong.Burp! Tiba-tiba saja dia sendawa.Ceh! Hilang sudah keayuannya di hadapan Rizal.Mahunya dia tidak sendawa,segala jenis lauk pauk dan makanan yang terhidang dibedalnya.Walaupun pada mulanya dia buat-buat jual mahal untuk duduk di situ,akhirnya laku jua makanan itu semua dilahap dek Fea.Fea sengih dalam hati.Mukanya sedikit memerah apabila terasa Rizal setia melihat perilakunya.

Babak TerakhirWhere stories live. Discover now