Bab 9&10

237 5 0
                                    

Bab 9

Fea bersenang lenang di depan kaca televisyen.Memang begitulah tabiatnya.Pantang saja ada masa lapang,mesti duduk melepak depan televisyen.

Kalau tak di depan televisyen,mesti dia sibuk tercongok depan PC lama-lama sampai naik juling mata menatapnya.

Sambil makan kacang yang turut dibeli bersama air kotak semasa berkunjung ke kedai Pak Cik Morad,Fea sibuk menekan-nekan punat di alat kawalan jauh.

Berkali-kali dia menukar siaran rancangan.Ada saja yang tak kena.Habis satu rancangan,yang lain pula menyusul sehingga dia tidak sedar bila Lia Sari melangkah masuk ke rumah.

"Fea,kau boleh biarkan pintu rumah terbuka?Buatnya pencuri ke perogol ke masuk,kan susah!" marah Lia Sari menanggalkan kaca mata hitamnya.Fea toleh pada wanita itu yang sudah duduk di sofa sambil melepaskan lelahnya.Fea yang lebih senang melepak di atas lantai sekadar sengih.

"Nak kacang mak?" bungkusan kacang Cap Tangan itu dihulurkan pada Lia Sari.

Lia Sari menggeleng.

"Tak naklah.Mak dah makan tadi."

"Makan kacang jugak?" tanya Fea bodoh.

"Bukan kacang,mak makan nasilah.Mak dah kenyang.Auntie Arfa belanja makan kat Hotel Hilton."

Fea mencebik.

"Patutlah eksyen! Satu hari tak nampak batang hidung mak.Mak pergi mana sebenarnya?"

"Mak temankan Auntie Arfa dan Uncle Mokhtar pergi tengok rumah."

"Rumah?Untuk apa?"

"Untuk dibeli.Takkan diorang nak duduk selamanya dengan Tok Saif?"

Fea mengangguk."Ya tak ya juga."

"Pukul berapa kau balik rumah?Rizal dan Rania macam mana?Okey?"

Fea buat muka.

"Sebelum tengah hari lagi dah sampai."

"Aik,awalnya?Ingatkan kau temankan Rania dan Rizal tu kat rumah Tok Saif sampai petang."

"Sampai petang? Alamat ributlah banglo Tok Saif tu mak!" sinis saja bunyinya.Fea terus menyambung makan kacang.

"Kenapa pulak?"

"Mat saleh dua orang tu lah mak! Mengada-ngada betul.Itu tak kena,ini tak kena! Mengada-ngada! Malas nak layan!"

"Kau ada buat apa-apa tak kat diorang tu?Kau ni bukan boleh diharap sangat.Entah-entah..."sengaja Lia Sari mematikan ayatnya sambil pandang wajah Fea penuh curiga.

"Mak,suka tau menuduh orang bukan-bukan! Nak buat macam mana kalau orang tu dah memang mengada-ngada tahap dewa? Ingat Fea ni rajin sangat ke nak layan kerenah diorang tu?Baru je satu hari sampai ke sini dah buat hal! Sebab tu Fea tak suka nak tidur rumah Tok Saif bila budak berdua tu ada.Tapi mak yang paksa!"

"Eh,kau ni Fea.Cuba layan diorang tu baik-baik.Takkanlah diorang tu saja-saja nak buat hal kalau kau sendiri yang tak mulakan?"

"Mak ni,betullah Fea tak buat apa-apa pun! Eh...mak...mak..tadi kan Pak Cik Morad tanya pada Fea pasal mak!" Fea ubah topik.Sengaja dia mahu melarikan diri dari di 'serang' oleh Lia Sari.

Mata Lia Sari bulat.Dia pandang Fea dengan tanda tanya.

"Kenapa dengan Pak Cik Morad tu?"

"Macam-macam dia tanya pasal mak.Itulah inilah.Tapi yang paling tak tahan tu,dia tanya mana mak,Fea pun jawablah mak tak ada pergi dating dengan Kalimuthu a/l Murugan.Terus berubah air muka dia."galak Fea bercerita.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 19, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Babak TerakhirWhere stories live. Discover now