Bab 1
Buku-buku yang tersusun cantik di rak, aku pandang kosong. Hari-hari mengadap timbunan buku rasa dah naik berpinar biji mata aku ni. Mana taknya hampir 5 tahun aku kerja dekat buku ini mahu tak bulat mata! Sebuah kedai buku yang tidak besar dan tidak kecil. Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Menjual semua jenis buku. Buku untuk budak-budak sekolah, majalah, novel termasuklah buku-buku agama. Di sinilah punca rezeki aku. Di sini jugalah aku banyak mengenali pelbagai jenis ragam manusia. Walaupun gajinya tak lumayan tapi cukuplah untuk tampung diri sendiri.
Aku hanya sebatang kara di dunia ini. Hidup pun menumpang kasih sayang dekat pak su sekeluarga. Berkongsi kasih dengan lima orang lagi anaknya yang semuanya lelaki. Aku sangat terhutang budi dengan mereka.Walaupun tak mewah, tapi kasih sayang terlebih mewah. Sehingga sampai satu tahap aku tak pernah merasakan diri ini tidak beribu dan berayah.
"Dina!Dina!" Aku tersedar dari lamunan panjang sebaik Fara, rakan sekerja melaung memanggil nama aku di depan kaunter sana. Aku yang sedang menyusun buku-buku terus kalih ke belakang.
"Apa?"
"Tadi kata nak balik kan? Dah lewat ni pergila balik!"
Aku kerling jam tangan di pergelangan tangan kiri. Jarum jam sudah menunjukkan hampir pukul enam setengah petang. "Ya Allah!" Aku tepuk dahi sendiri.
"Apa hal pulak tu?" Fara menjerit lagi mungkin terkejut bila lihat aku dah menepuk dahi sendiri.
"Betul cakap kaulah Fara aku dah terlebih lewat ni. Balik dulunya. Kejar tren. Heee..." Aku tayang wajah suci.
"Tahu sangat dengan perangai kau tu. Dah pergilah, lagipun shift kau dah habis dari pukul 5 tadi lagikan?"
Aku senyum manis kemudian mengangguk laju sebelum bangkit untuk berlalu ke bilik belakang. Beg sandal diambil sebelum aku keluar dari bilik yang dikhaskan untuk staf sahaja.
"Aku balik dulu ya Fara, nanti bagitahu Kak Am sekali ya?" ujarku kepada Fara sebaik kelibat Kak Am isteri kepada bos aku Encik Khalid tiada di situ.
"Okey, hati-hati balik tu." Sempat lagi Fara menjerit memberi pesanan. Aku yang sudah melangkah keluar dari kedai hanya angkat tangan saja tanpa menoleh kepadanya.
Aku mengagau mencari kad touch and go di dalam beg sandar. Dari tadi lagi duk cari tapi tak jumpa-jumpa jugak. "Ish, mana pula pergi kad ni? Pagi tadi elok aje ada dalam beg ni. Time kelam-kabut ginilah dia nak buat hilangkan diri pula!" ngomelku sendiri. Mata masih menjenguk ke dalam beg dengan kaki melangkah. Tiba-tiba...
"Aduhh!"
Aku terlanggar seseorang dari hadapan.
"Err...Maaf, saya tak sengaja encik!" Aku tunduk memohon maaf. Macam manalah boleh terlanggar orang ni. Lelaki pulak tu!
"Dina! Dina kan?"Aku terus mendongak. Dahi sedikit berkerut. Lelaki itu menegur. Seolah dia dah kenal dengan aku.
"Siapa ya?" soalku kembali. Wajah itu gagal untuk aku mengecam di dalam memori otak ketika ini.
"Amboi, mentang-mentang lama tak jumpa! Dah tak kenal dekat aku ya? Akulah Hafis. Yang pernah ngorat kau dulu tapi tak sempat dek kerana kena penampar dekat abang kau. Eh! Abang Faiz dekat mana sekarang, dia sihat tak?"
Aku ketuk dagu seketika. Cuba mengecam figure lelaki di hadapan aku kini asyik duk pot pet sorang.
"Hafis...Hafis... Haa...Baru ingat! Hafis Daniel kan? Oit, tetiba tanya pasal Abang Faiz ni mesti rapat gila dengan dia kan?" usikku sambil mengerling sekilas pada orang seorang lelaki lain di sebelah Hafis yang tidak berkelip memandang aku.
YOU ARE READING
JACKS
RomanceBelum sempat bergelar isteri kepada Dani Riqfi saat lafaz akad nikah diucap, Irdina Awfa dipaksa kahwin dengan bakal abang iparnya sendiri. Irdina meroyan tidak mahu berkahwin dengan orang lain kerana baginya simbolik cintanya hanya untuk Dani. Dem...