Bab3
"Dina, malam lusa mak su hajat nak buat majlis kesyukuran untuk Fazlee. Dia dah dapat kerja dekat Pahang," suara mak sumemecah suasana sepi pada malam itu. Aku yang duduk bersila menonton rancangan berita di bawah kaki mak su terus kalih belakang untuk mengadap wajah mak su.
"Fazlee dah dapat kerja ke mak su?"soalku kembali.
Tak silap aku Fazlee baru dua bulan bergelar siswazah Ijazah Sarjana Muda Perhotelan dari UTM . Sekarang ni pun dia duduk dekat Johor buat kerja sambilan. Tup-tup mak su bagitahu dia dapat kerja sebagai pengurus sebuah hotel di negeri Pahang.Siapa tak terkejut? Rezekinya memang murah. Tidak perlu menganggur terlalu lama untuk mendapat satu pekerjaan.
"Aah," balas mak su ringkas sambil membelai rambutku yang semakin panjang mencecah punggung.
"Oo..."jawab aku balik. Juga ringkas.
"Oo... je?" soal mak su sambil tersengih bermakna.Aku pelik bila melihat muka mak suasyik tersenyum saja.
"Habis tu?" soalan dibalas dengan soalan. Dahi sudah berkerut.
"Ajaklah si Dani sekali,"ujar mak su lagi. Senyumannya semakin melebar.
"Buat apa mak su?" bantahku.
"Ingat mak su tak tahu ke? Sejak dua tiga hari ni tangan tu asyik pegang telefon," usik mak su sambil menepuk sedikit bahuku. "Lepas tu tersengih-sengih.Nampak sangat tengah dilamun cinta.Dulu tak nak mengaku, kawanlah konon. Tengok sekarang apa yang jadi, asyik berSMS aje kerjanya," sambung mak su lagi.
Aku tergamam sekejap. Pipi sudah memerah malu. Rupa-rupanya segala perbuatan aku dapat dihidu oleh mak su.
"Err...mana ada. Mak su saja ajekan?"dalihku.
"Jangan nak mengelak lagi nanti suruhlah keluarga dia datang, boleh kenal-kenal," pinta mak su.
"Insha-Allahmak su, Dinaakan ajak nanti,"balasku dengan senyuman nipis. Rahsia sudah pecah!
"Jangan tak ajak pulak,ya!" Mak su sudah memberi amaran.
"Baiklah puan!" Aku mengangguk laju. Siap tabik lagi. Tidak lama kemudian aku melentok manja di pahamak su.
"Bestnya... Abang Faiz dah jadi pegawai polis, Fazlee pulak dapat jadi Pengurus Hotel lepas ni, Faizal bakal jadi doktor,Faizur mungkin akan masuk U dan akhirnya Farhan mungkin jadi chef terkenal. Mak su dan pak su memang patut dianugerahkan sebagai ibubapa mithali ini. Pandai didik anak-anak," ujarku riang.
"Ada-adalah Dina ni.Tulah dulu masa mak su dan pak su suruh sambung belajar tak nak. Kalau tak pasti Dina dah jadi peguam.Tak perlu jadi kuli orang,"balas mak suseraya menarik hidungku. Aku terkekek.
"Peguam pun kuli orang juga mak su. Dina bukan taknak tapi tak sanggup berjauhan mak su dan pak su, nanti demam rindu!" Aku cuba membela diri sambil tersengih.
Aku masih ingat lagiperistiwa 5 tahun yang lalu, ketika aku dapat surat tawaran sambung belajar dari Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Perundangan.Ikutkan hati memang aku nak pergi tapi, masa tu pak su lebih memerlukan duit untuk menyara anak-anaknya. Jadi aku korban pelajaranku demi mereka dengan menyembunyikan surat tawaran itu. Apabila pak su dapat tahu hal itu dia sangat marah dan kecewa dengan tindakan bodoh aku itu.
Hal ini terbongkar dua mingguselepas tarikh pendaftaran. Itupun mak su terjumpa surattawaran aku dalam almari pakaian ketika dia mahu meletak pakaian aku di dalamnya. Hampir dua hari jugalah pak su tidak bercakap denganku. Dia kecewa sangat. Dia bukan marahkan aku tapi, marahkan dirinya kerana gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanah oleh ke dua orang tua aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/47754232-288-k306221.jpg)
YOU ARE READING
JACKS
Любовные романыBelum sempat bergelar isteri kepada Dani Riqfi saat lafaz akad nikah diucap, Irdina Awfa dipaksa kahwin dengan bakal abang iparnya sendiri. Irdina meroyan tidak mahu berkahwin dengan orang lain kerana baginya simbolik cintanya hanya untuk Dani. Dem...