Bab2
Hari ini hasil jualan mak su agak laris. Tak sampai tengah hari semua kuih-muih mak su dah habis diborong. Itulah rutin harian hujung minggu aku. Teman mak su menjual kuih dan pergi ke pasar, memandangkan mak su takde anak perempuan kecuali aku anak saudara perempuannya ini sebagai peneman. Kalau Farhan si anak bongsu mak su ada, dia rajin juga mengikut, tapi sekarang dia duduk asrama. Dua minggu sekali baru pulang. Usai mengemas gerai tiba-tiba mak su bersuara, meminta aku menemaninya mencari barang basah untuk masak makanan tengah hari nanti. Aku ikut kan saja kehendak mak su itu.
"Hari ni kita nak masak apa mak su?"tanya aku sebaik kami singgah di sebuah gerai sayuran. Aku sentuh sayur kubis sambil membelek-belek salah satu dari timbunan itu. Nak cari yang lebih elok. Mana tahu kot-kot dapat masak tom yam sayur sedap juga!
"Kita masak sayur kangkung belacan nak?" cadang mak su. Di tangannya sudah tergenggam seikat sayur kangkung yang kelihatan agak layu sedikit.
"Hmmm... Sedap jugak tu. Dah lama tak makan sayur kangkung campur belacan dengan ikan bilis. Mak su kita pilih yang segar-segarlah kangkung tu!" rengekku sedikit sambil memaut lengannya kemas. Muka pula dibuat comel manja gitu.
"Dinalah yang pilih mak su nak beli ayam dan ikan bilis sekejap,"ujar mak su seraya dia meletakkan sayur itu kembali di tempat asalnya. Mak su sudah mengatur langkah untuk mencari lauk-pauk pula.
Aku mengambil alih tugas mak su. Kangkung yang berlonggok aku belek teliti. Hati kecil tiba-tiba menjadi gelisah dan resah saja. Seolah ada seseorang sedang memerhatikan gelagat aku. Bila aku toleh ke kiri dan ke kanan tiada orang. Pelik ditambah dengan seram pulak aku rasa sekarang.
"Dik, ni ada orang kirim tempe untuk adik,"suara penjual sayur sambil menghulurkan plastik putih yang berisi tempe sebanyak 3 bungkus di dalamnya.
Aku tercengang seketika sebelum menyambut plastik itu. "Hah! Siapa yang bagi pak cik?" soalku cuak sedikit.
"Pak cik pun tak pasti. Katanya suami kamu," balas pak cik itu sambil tersenyum bermakna.
Suami...? Hey! Bila masa pulak aku kahwin?
"Tak payah nak buat muka berkerut-kerut sangat. Ambik saja lagipun dia dah bayar. Rugi pula kalau kamu tak ambik," pak cik itu nampak beria-ia. Seolah telah disogok.
"Err...Baiklah," teragak-agak aku nak ambil. Nak tolak pak cik tu cakap memang ada orang bagi dekat aku, tapi siapa? Anggap saja rezeki aku untuk hari ini. Agaknya ada orang nak bersedekah tapi tak nak heboh. Bak kata, tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu.
"Dina! Dah siap dah? Mehlah kita balik. Eh! Kamu beli tempe ke?" soal mak su bila mendapatkan aku.
"Tak delah. Ada orang yang kasi," balasku pendek.
"Siapa?" soal mak su lagi.
Aku mengangkat ke dua bahu tanda aku sendiri tidak tahu.
"Eh! Bekas mak su tertinggal dekat gerailah. Dina tunggu sini mak su pergi ambil sekejap,"mak su cuba menahan pergerakan kami. Segala beg plastik diserahkan kepada aku. Aku membiarkan saja mak su balik kembali ke gerai kami di hujung sana.
"Allahuakbar!"
Aku lantas menoleh ke belakang bila terdengar suara mak su menjerit kuat. Bila tengok mak su sudah tersungkur di bawah aku dengan pantas berlari untuk mendapatkan mak su.
"Mak su kenapa ni?" soalku cemas. Serentak itu juga aku cuba membangunkan mak su.
"Ada budak terlanggar mak su tadi," ujar mak su dengan suara menahan sakit sambil menggosok punggungnya.
YOU ARE READING
JACKS
רומנטיקהBelum sempat bergelar isteri kepada Dani Riqfi saat lafaz akad nikah diucap, Irdina Awfa dipaksa kahwin dengan bakal abang iparnya sendiri. Irdina meroyan tidak mahu berkahwin dengan orang lain kerana baginya simbolik cintanya hanya untuk Dani. Dem...