BAB 6

222 11 6
                                    

Allahuakbar Allahuakbar

Allahuakbar Allahuakbar

"Astarfirullah Halazim"

Lamunan saya yang membawa ke masa lampau di sedarkan oleh laungan azan yang menandakan sudah masuk waktu Isyak. Pipi saya yang basah air mata dilap dengan tuala kecil yang tersangkut di kepala katil. Tuala itu memang sengaja saya sediakan di situ untuk memudahkan saya mengelap peluh ketika panas di waktu malam. Di flat Seri Muaffakat ada terdapat sebuah surau kecil yang bersebelahan dengan taman permainan. Bagi saya sudah tidak nampak seperti taman permainan lagi. Tiada kanak-kanak yang bermain di situ. Tempat itu menjadi semakin tidak terurus. Terdapat jongkang-jongket dan papan gelongsor di situ, tetapi semuanya tidak lagi selamat dimainkan. Retak menanti belah. Pihak pemaju sepertinya melepaskan tangan dengan hal tersebut.

Abdul Samad memang sudah tahu akan kewajipannya selaku bilal. Tiada majlis rasmi dari ajk surau untuk melantik Abdul Samad menjadi bilal. Ini atas kerelaan diri sendiri. Tiada bayaran. Surau itu tidak mempunyai ajk sejak dari pergaduhan merebut jawatan imam lima tahun lalu. Surau itu juga tidak lagi meriah seperti dulu. Hanya satu saf saja. Adakalanya Abdul Samad saja yang menunaikan solat di situ. Saya tidak tahu kenapa hal tersebut boleh berlaku. Islam mereka hanya pada nama. Tidak lagi bersatu.

Saya segera menyarungkan kembali baju melayu yang saya buka tadi dan bergegas untuk turun ke surau. Saya memang cukup ingat dengan pesanan Pak Ismail Chin.

"Bila kau dengar je azan, maka wajib kau solat di mana azan tersebut dilaungankan. Kecuali uzur"

Jadi perkataan wajib itu membuatkan saya menjadi takut. Kerana apabila saya tidak mengikutinya, maka jatuhlah dosa ke atas saya. Semasa menuruni tangga saya berselisih dengan Damia. Damia adalah anak kepada Encik Latif iaitu jiran saya. Damia baru berusia tujuh tahun. Di tangannya ada sebatang ais cream berwarna krim. Saya pasti ais cream tersebut berperisa vanilla.

"Ehh, mia pergi mana ni sorang-sorang" tegur saya sambil mengusap lembut kepala Damia

"Mia beli eskem"

"Kenapa beli sorang-sorang ni sayang. Bahaya la"

Damia hanya memandang tepat ke dua bebola mata saya tanpa sebarang jawab balas. Anak kecil itu dibiarkan bersendirian tanpa ada pengawasan orang tuanya. Saya mendukung Damia dan bawa pulang ke rumahnya. Saya memang sayangkan kanak-kanak. Mereka umpana nyawa buat saya. Memandang wajahnya saja mampu membuatkan hati saya yang sedang duka menjadi suka. Anak sebersih ini tidak patut dibiarkan sebegini. Hidupnya seperti tidak ada kasih dan sayang. Dibiar begitu tanpa pengawasan. Saya cukup kenal ibu bapa Damia. Peniaga di pasar malam. Mereka menjual nasi ayam Hainan walaupun masing-masing tidaklah ada darah cina. Rupa cina memang jauh sekali. Melayu asli. Tetapi mungkin mereka meminati perniagaan nasi ayam Hainan. Mungkin.

Damia anak tunggal keluarga itu. Tiada abang dan tiada kakak. Anak kecil ini comel dan pendiam. Saya jadi senang apabila bersamanya. Apabila saya sampai di depan pintu rumahnya, saya ketuk dan tidak ada sebarang jawapan. Tombol pintu itu saya pulas dan saya buka.

"Takde orang" Tiba-tiba Damia bersuara seraya dia menjilat ais creamnya.

Kepala saya geleng dan terdetik rasa marah kepada kedua orang tua Damia. Saya menjengoi kepala kedalam untuk memastikan memang tiada orang di dalam rumah tersebut. Damia yang berada di dukungan saya ini mukanya kosong sambil menjilat baki ais cream yang tinggal. Anak kecil itu tidak menangis. Dia seperti sudah biasa dengan keadaan begitu.

"Mia tanak duduk rumah"

"Ye sayang. Mia ikut acik Mim ye

-angguk

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 26, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KIAMATWhere stories live. Discover now