BAB 2

336 7 3
                                    


Keletak-Keletuk-Keletak

Kasut ini saya tidak dapat siapkan kerana hari sudah mula gelap. Selain kilat, gelap juga merupakan musuh bagi saya. Kedai saya tidak mempunyai lampu. Kalau berlampu nescaya saya akan beroperasi sama seperti 7-Eleven. Memakai lilin adalah sama sekali tidak cool bagi saya. Ianya mungkin cool di mata penagih dadah dan ahli kumpulan metal hitam. Langit yang tadinya biru kini bertukar jingga. Matahari mula terbenam berdikit-dikit. Kalau di pantai, ini adalah saat yang di tunggu oleh jurugambar. Malangnya ini bukan pantai. Tetapi di kota Kuala Lumpur ini tidak kurang hebatnya, menikmati keindahan alam dengan sulaman bunyi kenderaan yang bingit dan bau hamis jalan yang bercampur asap kenderaan dan segala macam pencemaran. Saya memejamkan mata sambil memuji kebesaran Tuhan yang menciptakan kejadian alam. Cantik dan tidak terkalah oleh buatan manusia.

Usai menutup kedai, saya berjalan pulang. Ya, saya ke tempat kerja hanya dengan berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam. Saya selesa begini. Selain jimat, ia juga membuatkan saya dapat mengenali kerenah manusia. Apabila saya berjalan kaki, saya akan berjumpa dengan ramai orang. Saya suka memerhatikan gelagat manusia. Manusia ini bermacam ragam. Ianya sedikit sebanyak memberikan pengajaran kepada saya. Saya perlu berjalan sedikit untuk ke LRT Masjid Jamek. Saya lebih senang menggunakan LRT berbanding bus Rapid yang kadangkala tiba lewat pada masanya. Itu membuatkan saya menjadi berang dan mahu menanduk pemandunya. Saya bergurau sahaja. Kesesakan lalu lintas membuatkan saya gemar menaiki LRT.

Saya memiliki kereta. Ianya pemberian ayah saya. Ayah telah hilangkan diri sejak... Maaf, saya tidak dapat teruskan cerita tentang ayah. Saya namakan kereta tersebut sebagai Kuda Merah. Badannya yang berwarna merah dan sering membuat bising sewaktu saya menghidupkannya. Maka ianya layak menerima gelaran Kuda Merah. Besar harapan saya jika ia boleh memecut laju sama seperti Ferrari 485 Italia. Saya sayang Kuda Merah sama seperti saya menyayangi emak, walaupun kereta itu pemberian ayah. Memandu kereta di tengah kota Kuala Lumpur akan menambahkan lagi kesesakan lalu lintas. Biar saya yang mengalah demi kesenangan orang lain. Saya selesa begitu.

Seingat waktu saya mula mengambil lessen kereta, pegawai JPJ yang menguji saya itu memiliki muka yang bengis persis malaikat Malik. Namanya saya ingat sehingga hari ini. Murad. Encik Murad yang bertanggungjawab mengagalkan saya kerana saya lewat bagi signal untuk masuk ke simpang kanan. Saya tidak menyalahkan encik Murad walaupun apalah sangat dengan lambat memberi signal. Tetapi bila saya fikirkan kembali, lambat memberi signal juga mampu menyumbang ajal kepada pengguna jalan raya yang lain. Lambat bagi signal juga boleh di maki tanpa di minta. Dan lambat bagi signal juga boleh gagal dalam ujian JPJ.

Saya sudah sampai di stesen LRT Masjid Jamek. Waktu kemuncak sebegini, orang ramai berpusu-pusu dan membuatkan manusia menjadi hilang akal. Mereka seperti monyet. Bertolak tarik seperti tiada sistem. Mujurlah apa yang saya katakan itu tidak berlaku di Malaysia. Di Trinidad and Tobago mungkin. Saya kemudianya masuk ke dalam perut tren. Pintu gelangsar yang tadinya terpelahang buka kini di tutup. Saya meragas palang monyet itu sebagai alat sokongan saya menahan diri dari jatuh akibat inersia yang kuat. Tiada tempat duduk yang kosong dan semuanya di penuhi orang. Mata saya sememangnya liar. Liar memerhatikan manusia sekeliling. Dalam keadaan yang sesak dan sempit itu tidak membataskan saya untuk memerhati sekeliling. Di sebelah saya ada seorang lelaki yang saya fikir sama usia dengan saya. Dia mengenakan pakaian yang pelik. Berbaju kemeja kotak-kotak dan berseluar jeans berwarna hijau. Dia terlalu gelap untuk berpakaian sedemikian. Maaf, mungkin tidak pelik kerana AC Mizal juga berpakaian sebegitu. Tetapi AC Mizal kacak dan lelaki itu tidak. Bagi orang lain mungkin ya, tetapi tidak bagi saya. Dia juga sama seperti saya, meragas palang monyet. Bezanya kami pada tika itu, dia memiliki aroma yang sangat menjentik hidung. Saya fikir mungkin hobinya adalah mengunyah bawang. Mungkin dia vageterian.

KIAMATWhere stories live. Discover now