BAB 5

141 5 1
                                    

Langit menjadi bertambah gelap, gelap yang menakutkan. Walaupun hari baru melangkah ke tengahari, suasananya persekitaran sama seperti waktu senja. Angin yang bertiup bukan biasa-biasa. Ini ribut. Segala objek yang tidak terpasak di bumi akan diterbangkan bersama angin jahat itu. Semua yang berada di dewan mengalihkan pandangan kearah luar dewan. Langit seperti mahu kiamat. Gumpalan awan seperti gula kapas yang berwarna hitam itu menakutkan mata yang. Seperti mahu mennyedut hasil bumi dengan rakusnya.

Majlis penyampaian keputusan SPM itu tamat dengan ucapan dari Cikgu Mansur sebentar tadi. Semua yang berada di dewan mula bersurai. Ada yang masih duduk di dalam dewan kerana risau dengan keadaan di luar. Tamim dan Mak Esah juga masih berada di dalam dewan. Mak Esah mengajak Tamim pulang kerana kain di ampaiannya masih belum diangkat. Tamim mengangguk tanda setuju. Kemudian dia kembali mencari Fatin yang mula hilang dari pandangannya kerena orang ramai berpusu-pusu keluar dari dewan dengan cara yang tidak sistematik. Fatin tidak ada di dalam dewan. Pada fikirannya mungkin Fatin juga telah pulang untuk mengangkat kain jemuran. Mungkin.

"Mim jom lah balik sebelum hujan lebat" Mak Esah menarik tangan Tamim sambil berjalan ke luar dewan. Kepala Tamim masih tertoleh-toleh mencari Fatin.

"Haa yelah mak jom jom"

Ramai keluarga dan pelajar masih lagi berkumpul di ruang legar sekolah berhadapan dengan tempat perhimpunan sekolah tersebut. Rata-rata pelajar yang datang menaiki motorsikal dan mereka mungkin bimbang di tengah jalan akan dibasahi hujan. Tamim tidak berhajat untuk tunggu di situ, hujan masih lagi belum turun namun angin yang bertiup cukup kencang. Tamim dan Mak Esah terus berjalan untuk ke tempat parkir sekolah.

"Mim, aku nak cakap sikit dengan kau. Kejap je" Sapa Fatin yang muncul secara tiba-tiba setelah ternampak Tamim.

"Tapi Fatin, dah nak hujan lebat ni aku nak kena balik ni"

"Tamim please...penting"

Tamim memandang muka emaknya. Mak Esah mengangguk faham. Dia juga tahu yang anaknya memang cukup rapat dengan Fatin dan dia juga sukakan Fatin. Pernah diimpikannya agar Fatin itu menjadi menantunya kelak. Tetapi angan-angan itu hanyalah sekadar angan-angan kerana keluarganya jauh berbeza dengan keluarga Fatin. Mana mungkin enggang mampu bersarang di sarang pipit. Begitu atur hidupnya.

"Fatin kejap, aku hantar mak aku ke kereta dulu"

"Jom mak" Tamim memimpin tengan emaknya menuju ke kereta. Angin yang bertiup bukan biasa-biasa. Pergerakan mereka menjadi perlahan kerana melawan rintangan angina kuat tersebut. Orang sekeliling hanya memerhatikan gelagat mereka dua beranak yang masih mahu juga balik walau dalam keadaan cuaca yang sebegitu mencemaskan.

"Mak...mak tunggu dalam kereta ni, Tamim hidupkan enjin. Nanti tamim datang. Kejap je"

"Tak pe. Mak faham, kau pergilah"

Tamim meninggalkan Mak Esah sendirian di dalam kereta. Dia kembali masuk ke dalam sekolah untuk berjumpa dengan Fatin. Awan mula menitikkan air. Terasa titisan air yang makin lama semakin deras. Hujan lebat turun membasahi bumi. Keluarga dan pelajar yang tadinya berkumpul di ruang legar itu kemudiannya berlari masuk kedalam kelas.

"Haa ada apa kau nak jumpa ni Tin. Macam lah esok tak boleh jumpa. Hishh"

"Mim. Apa plan kau lepas ni?"

"Plan?"

"Yela plan belajar kau. Sambung ke mana?" Soal Fatin sambil memandang tepat ke mata Tamim.

Tamim merasakan perbualan mereka pada ketika itu sangat berlainan berbanding biasa. Tamim cukup kenal dengan Fatin. Dia tidak pernah berkelakuan sebegini sebelum ini. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Fatin.

KIAMATTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang