Chappy 35

14.6K 664 20
                                    

Assalamualaikum dan selamat malam.. Setelah berjuang dan berperang sehingga ke titisan peluh terakhir (cewaahhh XD), akhirnya... Chappy 35 telah selamat diupdate. Yuhuuuu..! Enjoy your reading time, guyysss!!


Daripada tadi, Aqira sudah pening melihat adengan tarik menarik antara Dani dan Amanda. Seorang nak yang ini, seorang nak yang itu! Berebut sabun badan? Sungguh tak padan!

"Amik je lah dua-dua." kata Aqira selamba lalu bersila di atas lantai pusat membeli-belah itu. Penat kepalanya memandang Dani dan Amanda silih berganti. Terbantut aktiviti berebut sabun. Amanda menolak sabun tadi kepada Dani.

"Nah! Ambiklah. Malas nak layan awak." Amanda segera mencangkung di hadapan Aqira yang sudah memuncung.

"Kesian anak mama ni. Jom, mama belanja Cookie Crisp! Kita tak payah layan papa. Buat sakit hati je." Tanpa menunggu lama, Amanda mendukung Aqira dan meninggalkan Dani bersendirian. Dani menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terkulat-kulat juga dia kat situ. Asalnya saja je nak bergaduh dengan Amanda. Last-last dia yang ditinggalkan di sini. Akhirnya , dia mengambil sabun pilihan Amanda.

Mereka bertiga pulang ke rumah setelah penat bergaduh memilih barang.

"Fuh.." Dani sudah membaringkan dirinya di atas sofa. Amanda menggeleng melihat tabiat baru suaminya. Asal balik je, baring atas sofa. Asal baring atas sofa je, balik. 'Huh.. apa lah yang aku merepek ni..?'

Amanda menyingsing lengan bajunya bagi memudahkan kerjanya menyiang ikan. Sedang Amanda menyiapkan kerjanya, suara memberi salam kedengaran dari luar rumah.

"Qira.. tolong mama buka pintu pagar kejap." jerit Amanda dari dapur. Amanda mencuci tangannya dan berjalan ke ruang tamu. 'Umi dengan babah dah sampai kut..?'

Sangkaannya tepat tatkala dia ternampak Haji Izwal dan Hajah Raziah sedang bersalaman dengan Dani.

"Umi, babah." Amanda segera mencium tangan kedua orang mertuanya.

"Umi dengan babah sihat?" tanya Amanda berbasa basi.

Hajah Raizah tersenyum. Aqira sudah selamat dalam pelukan Hajah Raizah.

"Umi dengan babah sihat orang tua lah Manda.."jawab Haji Izwal. Amanda senyum sebelum tangannya menghulur untuk mengangkat beg yang dibawa Haji Izwal. Tetapi, Dani lebih pantas mengambil beg tersebut dan dibawa ke bilik tetamu yang terletak di tingkat bawah. Maklumlah, Haji Izwal dan Hajah Raziah tidak berdaya untuk naik turun tangga. Amanda hanya melihat langkah Dani ke bilik tetamu.

"Umi dengan babah duduk dulu. Manda buatkan air. Nanti kita makan tengah hari ye." pamit Amanda sebelum berlalu ke dapur.

"Abang, Izah tengok Dani tu macam sihat je." Hajah Raizah memulakan perbualan.

"Siapa kata dia sakit? Dia kan hilang ingatan je.." jawab Haji Izwal sambil menonton berita.

"Ish, abang ni. Loya buruk pula dia. Izah cakap dia tak nampak macam orang hilang ingatan pun. Kita pun dia layan macam biasa." Hajah Raizah agak geram dengan jawapan yang diberikan oleh suaminya.

"Alah, kalau dia sihat tu, baguslah. Mana tahu dia hilang ingatan yang sekejap tu je. Sebab tu la dia ingat kita lagi." Mata Haji Izwal masih di kaca televisyen. Hajah Raizah sudah malas mahu berborak dengan Haji Izwal jika suaminya itu sedang menonton berita.

"Minumlah umi, babah." jemput Amanda sekembalinya dia dari dapur dengan sedulang air. Amanda kemudian mengambil tempat di sebelah mak mertuanya.

"Umi dengan babah duduk la sini lama sikit." kata Amanda sambil tersenyum.

"Kalau boleh, memang umi nak duduk sini lama sikit. Tapi babah kamu ni ada kerja di kampung. Nak menguruskan tanah orang di kampung tu." jawab Hajah Raizah serba salah.

"Kalau babah ada masa, babah datang ke sini lagi dengan umi, ya?" Kata Haji Izwal cuba memujuk menantunya. Amanda senyum dan mengangguk.

Dani keluar dari bilik tetamu dan duduk di sebelah Amanda. 'Apalah laki aku ni buat lama sangat dalam bilik tetamu tu..'

"Lama babah dengan umi duduk sini?" tanya Dani pula. Amanda mula rasa tak selesa apabila Dani sibuk memandangnya. Tanya orang lain, pandang orang lain.

"Dalam dua tiga hari je, Dani. Babah kamu ada kerja di kampung. Tak boleh duduk KL lama-lama." Hajah Raizah menjawab bagi pihak suaminya.

"Umi dengan babah minum dulu. Manda nak sambung memasak kat dapur." kata Amanda seraya melangkah ke dapur. Entah kenapa dia rasa tak biasa dengan renungan yang Dani beri kepadanya tadi. Mungkin sebab Dani yang sekarang tak sama dengan Dani yang dulu.

Di dapur, Amanda masih tekun memasak gulai ikan patin, makanan kegemaran bapa mertuanya. Bau ayam panggang di dalam oven sudah memenuhi ruang dapur.

"Awak buat apa ni?" tanya suara dari belakang. Amanda menoleh. Dilihatnya Dani sedang bersandar pada pintu dapur dengan tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Basuh baju." jawab Amanda sepatah lalu menyambung kerjanya memotong sayur untuk dimasak.

"Cantik mesin basuh awak." kata Dani sambil merenung oven. Amanda mengetap gigi.

"Yang awak kacau saya ni kenapa? Pergilah layan umi dengan babah." Sayur yang sudah dibasuh Amanda letakkan di kaunter dapur. Tangannya mengacau gulai yang sudah masak. Ditutup api dan dimasukkan ke dalam bekas kaca.

Dani hanya memerhati.

"Kalau awak setakat nak tengok je, baik tak payah." sindir Amanda.

"Tadi awak kata saya kacau awak. Sebab tu saya pun tak nak lah 'kacau' awak." Dani senyum senget.

"Awak nak saya kacau awak ke?" tanya Dani dengan senyum sinis. Amanda merengus.

"Ish, awak nih. Pegilah depan. Tak payah kacau saya kat sini. Shushhh.." usir Amanda sambil menolak bahu sasa Dani. Dani mengekek ketawa.


Ooookayy.. That's it untuk bab kali ni. Panjang tak dari sebelum ni? Saya tak pasti pula pasal tu, leka sangat menaip. hahaha. Saya tak pasti bab ni kena dengan taste korang ataupun tak :(

Drop your comment about this chappy. Best ke? Tak best ke? Bosan ke? Pendek sangat ke? Atau apa-apa je lah. Hahaha.. Malas nak taip panjang-panjang. Lenguh jari saya,, huhu

Don't forget to vote! Love you guys..

P/s: so sorry for the mistake tadi. tak tahu pulak tak boleh sambung tulis pada draft sebelum ni. Dah tersesat pulak chappy 35 tu tengah2 chappy 19 dan 20. Maaf ye.. :(

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now