Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Chappy 31 dah diupdate walaupun agak lambat. Kekangan masa yang tak dapat dielakkan. Maaf! Sebagai peringatan, bab kali ni mungkin agak boring sebab saya takde idea yang menarik untuk bab ni. Tapi bab-bab seterusnya mungkin akan lebih menerujakan. Mungkin! Apapun, harapnya pembaca berpuas hati :)
"Manda!"
Tubuh Amanda dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan. Amanda turut membalas pelukan tersebut dengan senang hati.
"Kenapa tak bagitahu nak datang? Aku tak masak apa-apa lagi.." kata Amanda selepas pelukan terlerai.
"Rindu! Hehe.." Rihan tersengih.
"Rindu la sangat.." Amanda menjulingkan matanya ke atas.
"Yelah.. aku seorang je yang rindu kat kau. Kau tak rindu aku pun." balas Rihan dengan lagak merajuk.
"Kau ni.. aku pun rindu kau.. tapi, cakap la awal-awal nak datang. Aku boleh masak special sikit. Kat rumah aku ni, takde apa yang nak dimasak. Aku baru balik hospital semalam." kata Amanda panjang lebar.
"Hmm.. tulah. Aku ada melawat kau masa kau admitted hari tu. Tapi kau tak sedar. Aku balik kampung lepas sedara aku call kata mak aku sakit. Sorry lah tak dapat temankan kau.."jelas Rihan dengan bersalah.
"It's okay lah. Dani dah bagitahu." ujar Amanda lembut. Serius dia tak ambil hai dengan perkara tersebut. Bukan salah Rihan pun. Keluarga mesti diutamakan dulu, ye tak?
"Hmm.. okay then. Tapi untuk tebus salah aku, kau tak payah masak harini. Kita shopping!! Yeayy.. " ujar Rihan ceria. Amanda tergelak kecil.
"Okay. Tapi nanti Qira balik macam mana?" tanya Amanda setelah tawanya berhenti. 'Takkan nak biarkan Qira sorang-sorang pulak?'
"Qira... kita bawaklah! Aku pun rindu dengan budak kecik tu." Serta merta Rihan teringat dengan telatah Aqira yang mencuit hati. 'Tak sabar nak jumpa Aqira!'
"Dani?" tanya Amanda lagi. Rihan mengeluh.
"Susah betullah kalau dah ada laki dengan anak ni." gumam Rihan. Amanda tergelak lagi.
"Kau belum kahwin lagi, memang lah. Cuba kalau dah kahwin.. entah-entah, keluar rumah pun tak nak." Makin galak ketawa Amanda.
"Choiii.. mulut kau..! Aku tak nak kahwin lagi lahh.." Rihan sudah memuncungkan mulutnya.
"Dah lah. Cakap dengan kau ni sakit hati jugak kan? Pasal laki kau tu, kau tak payah risau, dia tahu kau keluar dengan aku." kata Rihan.
"Hmm.. kita jumpa nanti ye sebab aku nak bawak someone special nanti." Rihan tersengih seperti kerang busuk.
"Hmm.. someone special ek? Okay, aku tunggu."Amanda senyum meleret. Rihan balik ke rumahnya untuk bersiap.
"Aku harap harini kau dapat lupakan kesedihan kau." kata Rihan perlahan di dalam keretanya. Iman dan dia bercadang untuk membawa Amanda keluar bersiar-siar dan bergembira untuk satu hari supaya Amanda dapat melupakan pengalaman pahit yang baru dialaminya. Rihan tahu, bukan mudah untuk terima bila orang yang kita sayang pergi sekelip mata. Lagi-lagi anak sendiri. Sebagai seorang kawan, dia akan lakukan apa sahaja untuk rakan baiknya. Apa sahaja.. termasuk nyawa.
Setelah lengkap bersiap, Amanda dan Aqira keluar dari rumah selepas mengunci pintu. Amanda hanya memakai skirt labuh berwarna hitam dengan blaus pink serta selendang lycra hitam. Aqira pula nampak comel dengan dress purple berbunga kecil dan rambut yang diikat tocang.
Jam tangan jenama Solviet di tangan dikilas sekali lagi. Amanda melilaukan pandangan di serata pusat membeli belah tersebut.
"Mana Ryn ni?"bisik Amanda pada dirinya. Wajah Aqira yang bosan menyapa pandangan.
"Mama, mana Aunty Ryn ni?" tanya Aqira polos. Kepala Aqira diusap Amanda sebelum berkata, " Mama pun tak tahu. Kejap lagi dia sampai la. Tunggu sekejap ya? Kalau dia lambat lima minit lagi, mama belanja aiskrim." Aqira mengangguk dengan senyuman manis.
"Manda!" Amanda dan Aqira serentak menoleh ke arah suara tersebut. Rihan dan Iman berlari anak ke arah mereka.
"Iman!" Sesaat, Iman sudah berada dalam pelukan Amanda.
"Akak rindu dengan adik akak ni.." kata Amanda gembira. Iman tersengih sambil membalas pelukan Amanda.
"Iman pun.. Maafkan Iman kak, tak jenguk akak kat hospital haritu. Iman dekat Perth." kata Iman bersalah. Amanda menggosok perlahan belakang Iman.
"Takpe. Akak faham."
"Manda.. aku pun rindu hang jugak.." Rihan mendepakan tangan untuk berpeluk dengan Amanda. Mereka bertiga akhirnya berpelukan untuk melepaskan rindu yang menggunung.
"So..? Apa yang kita nak buat dulu ni?" tanya Amanda.
"Movie...!!!!" jerit Rihan, Iman dan Aqira serentak.
Di pejabat Dani.
Dani terkejut apabila dia mendapat sepucuk surat yang berbaur ugutan. Gambar Amanda dan Aqira turut diselitkan bersama.
Kalau nak dorang selamat.. kita jumpa di Taman Titian jam 2 nanti.
Jam di dinding dipandang. 1.30 petang.
Telefon bimbit dicapai dan dia bergegas turun ke tingkat bawah. Enjin kereta dihidupkan dan meluncur laju ke Taman Titian.
Tanpa disedari, sepasang mata memrhatikan tingkah Dani yang kelam kabut. Selepas kereta tersebut bergerak, senyuman tersingkap.
"Settle."
Opps! Apa yang akan berlaku? Siapa pulak yang mengintai Dani tadi? Nantikan sambungannya pada minggu hadapan ( kalau tak ramai yang vote) hehe.. Enjoy!
YOU ARE READING
Awak Ada Saya!
Fiksi Remaja"Saya tak layak untuk rasa bahagia ke?"-Tania Amanda "Kalau awak rasa awak sendirian, awak salah. Sebab.. awak ada saya.."- Dani Rashdan Sejak berumur 16 tahun, Amanda sudah tidak merasa kasih sayang seorang ayah, belaian seorang ibu, usapan seoran...