Morningggg!! Assalamualaikum readers semua.. Hehe.. mood saya totally baik today. Ok, takde kena mengena =.= Sejak saya post Chappy 35 semalam, readers semua suruh update, huhu.. Vote pun banyak saya terima.. so, yeah. I post the next chappy today. Happy reading and happy holiday to you guys especially to #Nanasheryn :D
Cukup 3 hari Haji Izwal dan Hajah Raizah di KL, pagi Sabtu itu mereka berdua pulang ke Kedah. Penat jugaklah Amanda melayan perangai Dani yang tak semenggah. Ada ke tengah makan suruh suap-suap. Alasannya, 'Manalah tahu boleh pulihkan ingatan balik,' konon nye lah. Padahal dalam tempoh perkahwinan mereka, Amanda tak pernah menyuapkan Dani. Dani suap Amanda, adalah. Alahaii,, betapa sweetnya Dani ni.
Itu baru satu kes. Belum lagi kes nak makan itu ini. Orang nak melayan umi dengan babah datang, tak pasal-pasal kena layan dia pulak. Walaupun begitu, Amanda rasa senang kerana Dani sudah boleh bergurau dengannya. Takdelah kena sindir je memanjang. Bolah dikatakan Dani selepas kemalangan ini lebih nakal dari Dani yang sebelum ini- sopan, baik, lemah lembut.
"Umi dengan babah nanti selalu-selalu lah datang sini ye. Lepas ni, Manda janji Manda masak makanan kegemaran umi dengan babah." ujar Amanda sambil matanya melirik kepada Dani. Dani sengih dan mengangguk.
"Yelah, ada masa lagi, umi dengan babah datang sini lagi. Manda jaga Dani baik-baik ye. Umi tak kisah kalau Dani tak dapat memori dia balik. Asalkan anak umi ni sihat, umi dah bersyukur." kata Hajah Raizah. Amanda memegang tangan tua milik Hajah Raizah. Sungguh, pada Hajah Raizah lah dia menumpang kasih seorang ibu.
"Insyaallah umi. Umi dengan babah jaga diri baik-baik ye." Amanda mengucup tangan kedua orang mertuanya. Dani dan Aqira juga.
"Dani jangan suka susahkan Manda pulak. Kesian dia. Mana nak uruskan kamu lagi, Qira lagi.."pesan Haji Izwal pada Dani.
"Aye aye, abah!"
Amanda menghela nafas berat. Penat mengemas rumah yang sebesar istana. Ecewahhh.. Dani la punya pasal. Beli rumah besar macam ni buat apa? Yang tinggal cuma 3 orang je.
"Jom pegi rumah ibu dengan ayah?" Mata yang baru hendak terpejam kembali celik. Amanda membetulkan duduk.
"Nak buat apa?"
"Saja. Nak jugak saya jumpa dengan ibu dan ayah mertua saya. Sepanjang saya keluar hospital ni, ibu dengan ayah tak datang pun rumah kita." kata Dani sambil menukar siaran televisyen.
"Memang dorang tak nak datang sini pun.." gumam Amanda halus tetapi masih boleh didengari oleh Dani. Dani mengerutkan keningnya.
"Apa awak kata?" tanya Dani sengaja. Amanda menggelengkan kepala.
"Tak ada apa. Cepatlah siap. Saya drive." putus Amanda. Dani senyum suka dan terus bersiap. Sekali lagi Amanda mengeluh.
"Aku dah nekad tak nak balik rumah tu. Kenapa sekarang jadi macam ni? Apa reaksi yang patut aku bagi kat dorang. Apa pulak respon dorang pada Dani nanti?" Amanda berkata pada diri sendiri. Jujurnya, sangat berat untuk dia melangkah balik ke dalam rumah yang terlalu banyak kenangan pahit untuk dia ingati. Terlalu banyak. Tidak mahu dirinya terleka mengingati kenangan hitam tersebut, Amanda menuju ke bilik Aqira.
Dani terdiam seribu bahasa. Kata-kata yang baru dia dengari dari mulut Amanda menjentik tangkai hati. Pelbagai persoalan mula bermain di minda. 'Apa maksud Amanda cakap macam tu?', 'Kenapa pulak Amanda macam berat hati nak balik rumah ibu dengan ayah?'
Setelah hampir setengah jam berebut membawa kereta, lima belas minit menunggu Dani bersiap, sepuluh minit menunggu Aqira membuang hajat dan tiga belas minit menempuh traffic light yang asyik menyalakan lampu merah, mereka bertiga akhirnya sampai juga ke rumah keluarga Amanda. Kedatangan mereka tidak diberitahu terlebih dahulu, Amanda bimbang Puan Marlinah dan Encik Fauzi tidak mengalukan kedatangan mereka tiga beranak ke sana.
YOU ARE READING
Awak Ada Saya!
Novela Juvenil"Saya tak layak untuk rasa bahagia ke?"-Tania Amanda "Kalau awak rasa awak sendirian, awak salah. Sebab.. awak ada saya.."- Dani Rashdan Sejak berumur 16 tahun, Amanda sudah tidak merasa kasih sayang seorang ayah, belaian seorang ibu, usapan seoran...