Assalamualaikum dan hai! Sorry update chapyy memalam buta. Hahahaha. Sebab saya kata saya akan terus update kalau chappy dah siap and here you are! Chappy 44 in the middle of night. Enjoy!
"Wah.. panjang umur kakak kembar aku." Amina gelak.
"Kau nak tahu kenapa laki kau suka sangat kat aku dulu?" tanya Amanda serius.
"Sebab hati dia tak busuk macam kau! Yang sanggup bunuh anak sendiri!" suara Eddy bergema. Amina berpaling ke muka pintu. Muka Eddy jelas menahan marah.
"Wah, korang buat prank kat aku ke?" Amina pura-pura terkejut walaupun hakikatnya dia memang terkejut.
"Well, mungkin lebih tepat lagi.. perangkap kau?" Dani masuk ke dalam bilik Amina dengan Rihan di sisi. Rihan menunjukkan rakaman video pengakuan Amina dengan senyum senget.
"Kau mungkin ada kawan engineer yang bersubahat untuk hilangkan ingatan.. or should i say, kill my husband? Tapi aku ada kawan detektif. Yang tugasnya bongkarkan kerja keji kau tu." Amanda senyum sinis.
Sememangnya, Amanda berkerjasama dengan Rihan untuk siasat kes kemalangan Dani. Dan atas usaha Rihan juga, semua bukti menunjukkan bahawa Amina dan Shirr bersubahat dalam cubaan membunuh Dani. Dani yang bernasib baik hanya mengalami amnesia.
Walaupun Rihan dan Amanda masih lagi memegang gelaran pelajar, itu tidak menghalang mereka untuk menyiasat kes Dani kerana Rihan memang gemarkan cabaran dan cita-citanya memang untuk menjadi detektif.
Amina mula tunjuk muka gelabah.
"Err.. aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap tadi." Riak takut jelas di mata Amina.
"Dah-dah lah Mina tipu kami. Ayah tak nak terlibat lagi." Encik Fauzi bersuara, memasuki ruang bilik sambil memeluk bahu Puan Marlinah yang teresak-esak menangis.
"Ibu... percayakan Mina kan?" Mata Amina mula berkaca.
"Cukuplah sekali ibu percaya dengan Mina. Mina dah kecewakan ibu." Puan Marlinah tidak mampu memandang wajah Amina. Perasaan terkilan terlalu dirasai.
"Apa ni?!" bentak Amina.
"Takkan korang tak tahu kenapa Mina buat semua ni? Masih nak salahkan Mina. Yang salah sebenarnya Manda! Dia yang buat Mina macam ni!" Amina menunjuk tepat muka Amanda dengan juraian air mata.
"Berhenti cari salah orang lain, Mina! Jangan cari salah orang lagi. Just.. enough.." Arif perlahankan suaranya di hujung kata. Sungguh dia penat melayan sandiwara yang selama ini dimainkan oleh adik yang dia percaya selama beberapa tahun. Adik yang dia sanjung, sayang bagai nak rak.
"Abang.." panggil Amina meleret. Dia sudah terduduk di atas lantai. Tidak sangka apa yang dirancang selama ini akan memakan diri sendiri.
Suasana menjadi kaku buat seketika. Sunyi tanpa sebarang kata. Masing-masing melayan rasa kesal.
Amanda melangkah mendekati Amina. Duduk berhadapan Amina. Muka Amina yang putih dan dicemari air mata itu dipandang lama.
Mana perginya adik yang dia sayang? Mana pergi senyuman ikhlas Amina saat dia menghulurkan tangan apabila terjatuh? Mana perginya perangai Amina yang sentiasa diam apabila ditanya?
Pada mata itu Amanda mencari Amina yang dulu. Yang menjadi kembarnya selama 25 tahun.
"Mina.." panggil Amanda lembut. Amina masih teresak-esak menangis.
"Maafkan aku.." Amina perlahan-lahan mengangkat muka memandang wajah kakak kembar yang dia benci selama ini.
"Maafkan aku.. Aku yang salah.. Aku penyebab kau diabaikan. Aku penyebab kau disisihkan.. Semuanya salah aku.." Badan Amina dipeluk Amanda penuh kasih. Juraian air mata turut menemani.
Saat itu, semua mata yang memandang bagaikan tidak percaya dengan apa yang Amanda lakukan. Takkan semudah itu Amanda memaafkan orang yang selama ini memberikan impak terburuk bagi dirinya?
Tapi bagi Amanda sendiri, dia juga bersalah dalam semua kekalutan ini. Dan dia tidak teragak-agak untuk meminta maaf kerana baginya air yang dicincang takkan putus. Jahat macam mana pun Amina, itu adiknya. Darah daging dia. Orang yang berkongsi rahim yang sama dengan dia.
Amanda perlahan-lahan memegang bahu Amina. Bersama membantu tubuh longlai Amina untuk bangun bersamanya sebelum Amina tiba-tiba merampas gunting yang berada di atas meja berhampiran dengannya.
Amina pantas menarik belakang Amanda rapat dengannya dan dalam sekelip mata, gunting tersebut tepat berada di leher Amanda.
Mata masing-masing membulat.
Oh no! Apa yang Mina nak buat tu? Tak puas lagi ke hati Mina ni? Hmm.. apapun keep waiting for the next chappy. Hahahaha.
Guyss, thanks for keep voting and leave comment. And sorry for those yang tunggu chappy ni lama sangat. Cik penulis masih menaip. Mencari idea untuk jadikan ending cerita ni puas untuk readers. Heheh.. See ya? Good night!
YOU ARE READING
Awak Ada Saya!
Roman pour Adolescents"Saya tak layak untuk rasa bahagia ke?"-Tania Amanda "Kalau awak rasa awak sendirian, awak salah. Sebab.. awak ada saya.."- Dani Rashdan Sejak berumur 16 tahun, Amanda sudah tidak merasa kasih sayang seorang ayah, belaian seorang ibu, usapan seoran...