Additional Chappy [5]

12.3K 539 33
                                    

Assalamualaikum dan selamat malam semua >_< Have a nice reading! Sorry update memalam. Hahaha

Amanda mendekati Dani yang sedang termenung.

"Abang.." panggil Amanda. Dani memusingkan tubuhnya menghadap Amanda.

"Abang tak pernah cerita pun kat Manda macam mana along abaikan Qira." kata Amanda perlahan. Dalam hatinya membuak-buak perasaan ingin tahu tentang itu. Sebelum ini, pertanyaan itu mahu diutarakan, tetapi Amanda risau jika soalan yang ditanya akan membuatkan Dani terguris.

"Manda tak pernah tanya." jawab Dani selamba. Amanda mencubit pinggang Dani. Tergelak Dani dibuatnya. Amanda hairan, takkan semudah itu Dani menukar emosinya? Tadi marah-marah, sekarang dah boleh bergelak ketawa?

"Bukan Manda tak nak tanya, Manda takut abang kecik hati je. Nanti abang ingat Manda anggap along abang tak bertanggungjawab."

"Memang dia tak bertanggungjawab pun." balas Dani dengan mendatar.

Amanda mula serba salah. Takut jika dia sudah membuat Dani kembali marah.

Dani yang melihat Amanda diam tidak berkutik, mencapai tangan isterinya dan diusap lembut.

"Abang tak marahkan Manda. Jangan la kecik hati dengan abang.. eh?" Dani menunduk melihat wajah muram Amanda.

"Ermm.. Abang, ceritalah macam mana Aqira boleh tinggal dengan abang. Manda nak tahu sangat.." pinta Amanda bersungguh.

"Hmm.. Okeylah demi intan payung abang ni." usik Dani.

Amanda mengangkat kaki dan bersila di atas katil, bersedia mendengar cerita Dani.

"Dua belas tahun lalu.."

Dani yang baru pulang dari kerja dikejutkan dengan berita perkahwinan mengejut abangnya.

Dia bergegas pulang ke kampung untuk mengesahkan berita itu.
Dan malangnya, berita itu disahkan sendiri oleh abangnya.

"Along, kenapa buat umi dengan babah macam ni? Tak boleh ke along bincang elok-elok dulu? Bukannya umi bantah pun along kahwin dengan Kak Adda." Dani meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Qalif. Kakak iparnya, Adda masih menunduk.

"Along bukan tak nak bincang elok-elok. Tapi keadaan yang memaksa along untuk kahwin dengan Adda."

"Keadaan? Keadaan apa? Kak Adda dengan along dah terlanjur?" soal Dani kasar.

"Dani!" Haji Izwal dan Hajah Raizah menegur percakapan Dani yang dirasakan kurang sopan itu. Apapun, penjelasan daripada Qalif perlu ditimbang secara rasional.

"Along bukan lelaki macam tu. Angah ingat along ni tak ingat agama ke?" Qalif mula berang dengan tuduhan Dani.

"Habis tu? Pergi dua tiga tahun, balik-balik bawak anak bini. Orang lain pun akan fikir macam tu." luah Dani.

"Orang lain tu lantak dialah. Along cuma perlukan kepercayaan keluarga along je." Jujurnya, Qalif terasa kesal apabila Dani menanam prasangka buruk terhadap dirinya walhal dia paling rapat dengan Dani. Cuma dia seorang yang gelarkan Dani sebagai angah.

Dipendekkan cerita, Qalif terpaksa berkahwin dengan Adda kerana Adda dipaksa oleh keluarganya untuk berkahwin dengan Karim, duda di kampung Adda. Sebagai kawan baik, Qalif sanggup mengambil risiko tersebut demi menyelamatkan Adda. Akibatnya, Adda dihalau dari rumah. Qalif tidak sanggup membawa Adda pulang kerana takut akan penerimaan kedua ibu bapanya.

Qalif berusaha keras bekerja di Kuala Lumpur untuk menyara Adda. Adda pernah menyuarakan hasratnya untuk menolong Qalif, tetapi Qalif tidak mengizinkan kerana waktu itu Adda disahkan mengandung.

Apabila kekuatan dan keberanian dikumpul, Qalif membuat keputusan untuk bersua dengan keluarganya. Lagipun, dia punya permintaan yang memerlukan persetujuan Haji Izwal dan Hajah Raizah.

"Along nak tinggalkan Qira dengan umi dan babah, boleh kan?" Hampir terkeluar biji mata Dani mendengar permintaan Qalif.

'Kahwin tak bagitahu. Hilang dua tahun tanpa berita. Bawak balik anak bini. Lepas tu nak suruh umi denga babah jaga anak dia? Banyak cantikkk??'

"Along ingat umi dengan babah ni apa? Bila along susah, along minta tolong umi dengan babah. Tapi sebelum ni, along hilang tah ke mana, along tak fikirkan perasaan umi dengan babah pulak?" Makin membara perasaan marah Dani buat Qalif. Budak perempuan yang berada dalam ribaan Adda dijeling sekilas.

'Kesian budak ni, kecik-kecik lagi dah diabaikan..'

"Along nak pergi mana pulak lepas ni? Tinggalkan umi dengan babah lagi?" tanya Hajah Raizah dengan sayu. Agak kecewa dengan keputusan Qalif, anak sulungnya.

"Bukan macam tu, umi. Along dapat tawaran kerja di Amsterdam. Tapi, Qira tak boleh ikut. Syaratnya, tak boleh ada anak sampai lima tahun kerja." jelas Qalif. Memang tak masuk akal syarat tersebut, tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan Qalif.

"Merepek! Mana ada kerja macam tu. Kalau ada pun, sanggup along tinggalkan anak along ni demi kerja?" sinis kedengaran suara Dani. Qalif menggeleng. Sudah penat berbicara dengan adik yang tidak memahami dirinya.

"Bila angah dah ada anak nanti, baru angah faham kenapa along buat macam ni." Itu sahaja yang mampu Qalif katakan kepada Dani.

Dan akhirnya, setelah mendapatkan persetujuan daripada Haji Izwal dan Hajah Raizah, Aqira ditinggalkan di kampung sementara Qalif dan Adda berpindah ke Amsterdam.

Sampai ke sudah Dani tidak setuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Qalif.

Dani kasihan melihat uminya berpenat lelah menjaga Aqira, jadi Dani mengambil alih tugas uminya menjaga Aqira. Setiap minggu dia pulang ke kampung untuk menjenguk Aqira.

Lama kelamaan perasaan sayang tumbuh buat Aqira. Diambilnya Aqira untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur sehinggalah sekarang.

So, semua dah tahu macam mana Aqira boleh diabaikan oleh parents dia. Kan? Kan? Ke masih ada yang perlukan pencerahan? Boleh tinggalkan komen :)

Next chappy, ada story lain pulak. Stay tuned and see ya!

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now