Cinta; Memusnahkan

42 2 0
                                    

Jujur, sejak aku merasa bagaimana sakitnya kehilangan cinta, aku nekad untuk tidak mempedulikan lagi soal cinta. Dan jujur, cinta adalah salah satu hal yang aku cuba campak buangkan jauh daripada hidup aku. Aku merasa cinta yang terlalu cinta. Merasa dicintai tetapi pada akhirnya hanya aku yang cinta. Hanya aku. Aku masih tidak lupa bagaimana aku pada tujuh bulan yang lalu. Masih tidak lupa bagaimana jatuhnya seorang aku. Masih tidak lupa bagaimana palsunya kehidupan aku. Ya,  cinta itu indah. Indah pada kamu yang sedang merasa dicintai bukan? Dan indah itu kan hanya pada awal cerita.. kenapa terlalu yakin bahawa kau akan merasa dicintai selamanya? Atau.. cuma aku yang masih belum jumpa dengan pengakhiran ceritera cinta yang indah?

Oh, mungkin juga ini  salah aku. Kerana aku terlalu inginkan jalan cerita hidup aku diubah. Tapi itu kan mustahil? Aku lupa, buta. Aku lupa aku bukan Tuhan. AKU BUKAN TUHAN. Sakit kau tahu bila kau meminta-minta pada Tuhan agar pinjamkan seseorang dalam hidup kau untuk sekali lagi. Sekali lagi mohon... pinjamkan. Kerna aku tak sanggup dan tak mampu berjauhan. Aku lupa aku bukan Tuhan.. tetap, memang begitu saja jalan ceritanya. 

Dan mulai saat itu, aku melihat cinta adalah suatu kemusnahan. Kan pada akhirnya nanti cinta itu sendiri akan hancur musnah. Lalu menghilang, mungkin juga terlalu sukar untuk dijejaki meskipun masih ada sedikit pengharapan. Haa tak mustahil juga cinta yang pada akhirnya nanti akan hancur musnah itu cuma terjadi dalam hidup aku. Ha Ha Ha

Ah, sudahlah. Lupakan saja soal cinta yang memusnahkan. Itu semua dulu. Sekarang aku lebih tenang mencintai mereka. Entah kenapa aku ambil langkah berani untuk mencintai ramai orang setelah berbulan lamanya aku cuba buangkan segala hal yang berkaitan dengan cinta. Biar saja aku dengan definisi cinta aku sendiri. Aku lebih tenang begini. Moga saja Tuhan tidak pinjamkan mereka dalam hidup aku cuma untuk sementara waktu. Misal saja kalau hal itu terjadi, maka anggap sajalah aku sudah dimakan oleh kata-kata aku sendiri dan benarlah cinta itu sebenarnya memang sesuatu yang memusnahkan. 

Akhir sekali, semoga saja rasa cinta aku kepada aku akan terus bertambah supaya aku dapat mencintai mereka tanpa ada sebarang rasa bersalah.

http://s5.favim.com/orig/69/hold-my-hand-love-sunset-Favim.com-659297.jpg

Catatan HatiWhere stories live. Discover now