Tanpa berlengah lagi, pada keesokan pagi tepat jam 10.19 pagi, aku minta izin ibuku untuk keluar untuk ke kafe siber. Aku kucup mesra tangan ibuku sambil memohon restu. Selepas itu, aku terus bergegas ke tempat yang dituju dan terus mencari maklumat mengenai perkara semalam. Satu per satu artikel aku baca melalui laman sesawang Google untuk mencari baki jawapan yang hanya berbaki tidak begitu banyak bagi diriku untuk melengkapkan pengetahuanku tentang bangsa keturunanku yang selama ini aku tidak tahu langsung mengenainya. Pada mulanya aku mencari tentang asal usul bangsa Melayu. Antara maklumat yang aku jumpa ialah:
Menurut kajian yang telah dilakukan, sejarah bangsa Melayu tidak bermula dengan pembukaan Melaka oleh Parameswara. Orang Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara beribu-ribu tahun lagi awal daripada pembukaan Melaka. Kerajaan-kerajaan kuno yang diwar-warkan
sebagai permulaan sejarah Melayu seperti Kerajaan Kedah Tua dan Empayar Melaka adalah kerajaan yang moden jika dibandingkan dengan permulaan bangsa Melayu.Sejarah telah membuktikan bangsa Melayu menjadi tumpuan dunia kerana keupayaan tanah-tanah di Nusantara yang menghasilkan emas yang banyak. Oleh itu ia menjadi impian semua empayar kuno untuk menakluki Nusantara yang penduduk asalnya adalah orang-orang Melayu. Dikatakan pada ketika itu takrifan kawasan Nusantara adalah sebegitu besar. Lingkungan Alam Melayu dari timur ke barat bermula dari Pulau Easter, Hawaii dan Madagascar. Dari Utara ke Selatan pula ia bermula dari Pulau Farmosa, Filipina Champa, Funan, Siam Malaysia, Indonesia, Pulau-Pulau kecil di Pasifik dan juga New Zealand. Hakikatnya pada ketika itu, semakin jauh ke Selatan Nusantara, semakin kuat sesuatu kerajaan Melayu di awal sejarahnya.
Namun begitu, dek terlalu kaya dengan hasil bumi yang mewah, ditambah pula dengan kecekapan pemerintah-pemerintah Melayu dalam menguruskan sumber, kekayaan orang Melayu amat dicemburui oleh empayar besar dunia. Ini termasuk Negeri Cina. Kegiatan emas dan bijih-bijih berharga dari perut bumi Melayu telah mengundang kedatangan bangsa-bangsa asing.
Bermula dengan pencerobohan dan rompakan emas Kerajaan Melayu Champa oleh seorang Gabenor dari Cina yang bernama Tan Henzhi. Satu gerakan seolah-olah dilaksanakan untuk menawan keseluruhan Tanah Nusantara yang menjadi pusat pemerintahan orang Melayu. Gerakan ini dinamakan sebagai Nam Tien atau dalam bahasa Melayu "Gerakan ke Selatan". Gerakan ini diusahakan oleh golongan penakluk, untuk mengepung dan menolak orang Melayu hingga ke 'penghujung dunia'.
Berikutan dari ledakan penambahan orang Cina di Thailand, Kemboja dan Vietnam sehingga mereka menubuhkan bangsa keturunan mereka sendiri yang digelarkan sebagai Dai Viet telah menyebabkan orang Melayu semakin dipinggir di negeri sendiri. Kini mereka berevolusi menjadi bangsa Khmer (Kemboja), Thai (Siam) dan Hmong, Mong dan Miao (Vietnam). Walaupun kini mereka memanggil diri mereka sebagai orang Thai, Kemboja atau Vietnam, mereka masih lagi berpegang teguh dengan ideologi asal kedatangan mereka ke Nusantara. Mereka terus berusaha hingga sekarang agar orang Melayu pupus dari muka bumi dan mereka berjaya menakluki Nusantara.
Nampaknya bukan bangsa Cina sahaja yang benar-benar ingin menakluki Nusantara, ini kerana bangsa-bangsa hibrid dari keturunan Cina juga terus berusaha untuk menolak dan menghancurkan kekuasaan orang Melayu. Kerajaan Melayu jatuh merudum apabila sedikit demi sedikit tanah mereka diambil oleh kaum lain.
Contoh yang paling dekat adalah penyewaan Pulau Pinang oleh kerajaan Kedah. British menipu Sultan Kedah lantas memberi peluang untuk orang Thai menakluk dan menjarah Kota Alor Setar pada tahun 1821 sehinggalah pada tahun 1842. Pada ketika Kesultanan Melayu (Selangor, Kelantan dan Pahang) ingin membantu Kedah, British mengeluarkan askar-askar mereka untuk mengepung Kedah dari menerima apa-apa bantuan.
Ini membuktikan, tiada satu bangsa lain pun yang akan menyelamatkan bangsa Melayu kecuali bangsa Melayu itu sendiri. Sedihnya lama kelamaan penduduk bumi Melayu semakin tersepit dan sungguhpun telah merdeka secara fizikal, sejarah Melayu telah diputar belitkan agar anak-anak Melayu tidak tahu akan kehebatan bangsa mereka sendiri.
1511 merupakan titik tolak kerajaan Melayu menjadi terlalu lemah apabila dikalahkan oleh Portugis dengan mudah. Namun begitu, umat Islam di Malaysia masih boleh berbangga kerana walaupun dijajah oleh pemerintah Kristian dan agama lain, umat Islam pada zaman dahulu menolak langsung apa jua peluang untuk di murtadkan oleh pemerintah baru mereka. Jika penjajah berjaya pada waktu itu untuk menyebarkan Gospel mereka, Malaysia akan jadi tidak ubah seperti negara Filipina yang pada dahulunya adalah sebuah negara Islam. Kini Filipina diterajui oleh orang Kristian yang telah didoktrinasikan untuk mengagungkan dunia Barat.
Kejatuhan Empayar Melayu Champa, Kerajaan Melayu Maylina, Kerajaan Melayu Tondo (Selatan Filipina) dan Kerajaan Melayu Lamayan (Utara Filipina) harus kita kenangi. Ini kerana mereka telah tumbang disebabkan oleh kerakusan bangsa asing yang sentiasa tidak kenyang sungguhpun telah meratah tanah Nusantara ini.
Akhirnya, aku buat kesimpulan pada akhirnya aku dapat tahu asal usul Melayu. Dalam artikel yang sama juga aku mendapat maklumat tentang kerajaan Melayu Kuno dan Moden serta kerajaan Melayu yang lain. Rupa-rupanya seluruh negara Asia Tenggara kecuali Singapura merupakan Tanah Melayu termasuk Filipina, Laos, Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam, Timor Leste, Indonesia dan Malaysia. Pulau Easter, Madagascar, Hawaii, Pulau-pulau kecil di Pasifik dan New Zealand merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu. Kepulauan di atas, pada masa kini sangat jauh dengan Asia Tenggara iaitu tempat mereka yang sepatutnya. Ini kerana pulau-pulau tersebut mengalami proses hanyutan benua dan hanyut ke serata dunia seperti yang kita ketahui kedudukannya sekarang. Lalu pencarianku diteruskan dengan...
-muhaf-
YOU ARE READING
"Melayu"
RandomKita akan tahu siapa kita, Dari mana asal kita, Sumbangan Melayu pada dunia, Kenapa kita dicemburui, dan bermacam lagi tentang hebatnya ketamadunan dan pemerintahan bangsa yang bernama "Melayu" suatu ketika dahulu.