Bab 2: "Melayu bangsa yang hebat ?"

437 15 0
                                    

19 tahun melayari bahtera kehidupan,
Suka,
Duka,
Sedih,
Gembira,
Pahit,
Manis,
Tak tergambar di benak fikiranku untuk ku ketahui tentang sejarah bangsaku yang sepatutnya ku kenal terlebih dahulu berbanding bangsa lain. Malu, perasaan itu seringkali muncul bila bangsa lain ada 1001 kehebatan sedangkan aku tak tahu apa kehebatan yang bangsaku ada.

Di keheningan malam, jam menunjukkan 9.00 malam, aku meminta izin ayahanda ku untuk keluar ke rumah kawan untuk jumpa mereka setelah sekian lama tak bersua muka bertentang mata. Tepat jam 9.07 malam aku tiba di Din kerana rumah Din berdekatan dengan rumahku, jadi aku tidak mengambil masa yang lama untuk ke sana. Sampai saja di rumahnya aku terus memberi salam,

"Assalamualaikum, din ohh din"

Kemudian aku terdengar sahutan dari dalam rumah sambil menjawab,

"Waalaikumsalam, haa tunggu kejap, aku nak berdandan ni hehehe"

Lalu aku menjawab,

"Yelah, cepat sikit dandannya tu"

Din atau nama sebenarnya Aminuddin mempunyai perwatakan sebagai seorang yang kelakar secara semulajadi, apa saja tutur bicaranya bisa membuat orang geli hati dan tergelak. Kami saling mengenali antara satu sama lain semenjak tingkatan 1. Sejak itu, kami menjadi rakan baik sehingga sekarang. Kemudian telah datang rakanku yang lain. Rumah mereka tidak jauh juga sebenarnya, tapi mereka memilih untuk menunggang motorsikal ke rumah Din. Sampainya mereka, kami berdua sambut dengan salam dan sempat pula kami bergurau senda pada masa itu. Maklumlah, walaupun kami satu sekolah, baru sebulan tak bersua tapi riuhnya macam setahun tak jumpa. Hati kecilku ketawa. Semasa sedang asyik berbual, pandanganku teralih dan aku terlihat salah seorang rakanku yang bernama Amirullah tekun merenung tajam telefon pintarnya. Tanpa berkata apa aku terus menuju kepada Amir, dia sangat tekun melihat video di youtube. Video itu adalah ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz terkenal. Aku terpegun dengan tajuk ceramahnya iaitu "Kehebatan bangsa Melayu". Hati kecilku terus berbisik dan berkata,

"Adakah bangsaku mempunyai kehebatannya tersendiri ?",

Tanpa berfikir panjang aku teruskan menonton video tersebut. Satu persatu fakta di huraikan mengenai bangsa Melayu. Tumpuanku hanya pada video itu dan tidak pula pada rakanku yang sedang bergurau senda disertai gelak dan tawa. Setelah habis menonton, hati masih tidak puas dengan pencerahan yang diulas mahupun dibahas. Banyak persoalan yang berlegar-legar di ruang fikiranku. Selagi hati belum mencapai tahap puas, selama itu aku akan terus mencari jawapan yang ku inginkan.
Setelah itu...

-muhaf-

"Melayu"Where stories live. Discover now