Bab 5: Bangkitlah bangsaku! Bangsa Melayu!

441 19 8
                                    

Selang beberapa hari, aku mencari lagi maklumat tapi kali ini maklumat itu diibaratkan seperti nota tambahan pada diri aku sendiri. Sampai saja di rumah aku merasa riuhnya rumah dengan adik-beradik, dengar ibuku membebel, meminta untuk ambil itu ini, geli hati aku melihat suasana rumah yang seperti pasar khamis riuhnya. Tanpa berfikir panjang aku terus meluru ke bilik dengan niat untuk beristirehat. Dengan menghembus nafas lega akhirnya aku memilih untuk lelapkan mata sebentar. Badanku rasa lemah, mungkin sebab teriknya matahari sewaktu aku pergi dan balik ke kafe siber. Bak kata pepatah, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri".

Walaupun panas mencecah 29°C sehingga 32°C setiap hari, tapi ini tanah kelahiranku, tanah di mana darahku mengalir di atasnya, tanah pusaka yang mana nenek moyang kita sanggup bergadai nyawa untuk warisnya, berharap dengan harta yang ditinggalkan dapat beri manfaat pada anak cucunya untuk memanfaat dengan sebaik mungkin.

Lalu aku melelapkan mata...

Kedengaran azan Asar di mana dalam kawasan perumahan aku ada masjid yang berdekatan. Laungan azan berbunyi,

"Allahu akbar, Allahu akbar..."

Aku bergegas mengenakan wudhuk dan berpakaian t-shirt dan seluar track bottom berwarna hitam, untuk ke masjid untuk solat jemaah bersama.

"Alhamdulillah, selesai sudah aku berjemaah",

Bisik hati kecilku dengan penuh rasa ketenangan di jiwa setelah selesai berurusan secara langsung dengan Sang Pencipta.

Hari semakin beransur petang, seketika itu aku duduk di laman rumah sambil melihat anak-anak kecil bermain dengan penuh keriangan, aku turut tersenyum disertai tawa. Hanya hal itu yang mengisi masa lapangku di petang hari.

Kelihatan juga adik bongsuku turut main bersama rakan sebayanya. Selang beberapa minit datang adik bongsuku seolah olah mahu minta sesuatu.

Kemudian, dia menarik tanganku menandakan disuruhnya aku membongkok sebab si kecil ini berkehendakkan sesuatu. Dua tangannya yang comel menutupi cuping telingaku sebelah kanan sambil gunakan nada berbisik,

"Abang, eyas(Elyas) nak seringgit boleh ?",

Aku bertanya pula pada dia,

"Eyas nak buat apa seringgit ?"

Dengan muka "selambe" dia jawab,

"Eyas nak beli airlah bang, eyas haus sangat ni..."

Adik bongsu ku lantas membuat muka kesian untuk mendapat pelepasan dan tak mahu dibebel oleh aku. Aku hanya mampu menggeleng kepala atas tindakan nakal dalam kecomelan adikku itu. Betapa bijaknya Generasi Y ini. Seperginya adik bongsuku untuk membeli air, aku kembali ke laman semula. Aku duduk pada kerusi kayu buatan ayahku yang mempunyai seni ukiran halus, sambil aku bertanya pada diriku sendiri:

1. "Bilakah bangsa yang suatu ketika dahulu disegani dan dihormati ingin bangkit semula?"

2. "Adakah generasi muda pada masa akan datang dapat didedahkan tentang kelebihan bangsanya yang masyhur suatu ketika dahulu di persada dunia?"

3. "Adakah mereka akan tahu asal usul mereka sebagai bangsa Melayu ?"

4. "Bila mereka akan tahu bahawa bangsa mereka setanding dengan bangsa-bangsa yang lain di dunia ini ?"

Persoalan ku tinggalkan,
Bukan untuk suka-suka,
Jika kau inginkan jawapan,
Kaji dan selidiklah semula.

Ingat itu, wahai generasi muda.

-muhaf-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

"Melayu"Where stories live. Discover now