Prolog

565 8 0
                                    

Dalam sebuah bilik hotel murah, empat lelaki berkumpul seperti mahu berurusan. Namun tidaklah seperti perbincangan meja mesyuarat syarikat, lebih kepada jenayah lebih berat - bunuh.

Muncung pistol di kepala atas telinga kiri terasa sejuk tembus ke otak. Putih diam, dengan tangan dan kakinya menggeletar perlahan. Di belakangnya Mat Pek dengan Man Beruang juga diam, namun keduanya juga dengan pistol di tangan masing-masing mengacu ke kepala lelaki yang mengacu pistol rapat di kepala Putih.

"Lu dah gila ke Mat," Mat Pek bersuara, jari telunjuk di picu pistol cuma menanti masa digunakan. Dalam kepalanya ligat memutar memori mencari siapakah yang mungkin adalah lelaki yang sedang mengacu pistol rapat di kepala Putih.

Man Beruang cuma berdiam diri dan bersedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku.

Tiga peluru timah dari tiga pucuk pistol dipegang tiga lelaki yang masing-masing sedang bersedia mungkin termuntah bila-bila masa, cuma detik menentukan siapa dari mereka jadi yang pertama.

"Lu apahal Mat, lu dah langgar sarang orang ni, kalau lu sempat kira berapa peluru masuk lu punya kepala pun gua tak goyang lagi mat," Mat Pek memecah suasana genting, masa tidak diketuahui entah sudah berapa lama berlalu dengan situasi yang tidak berubah.

Cuma Mat Pek selaku ketua antara Putih dan Man Beruang yang bersuara. Namun ada gentar terselit dalam nada suaranya yang tidak dapat disorok antara mereka berempat.

"Kalau lu punya cerita cantik, wa boleh cerita cantik sama lu, kalau lu dengan langsi lu mau cerita dengan pistol ni juga, belum tau siapa mati dulu, gua tengok lu punya langsi rugi kalau mati," Mat Pek semakin berani bersuara bila dia mengesan suasana tegang itu sudah sedikit mengendur.

Lelaki yang menekan pistol rapat di kepala Putih memandang ke wajah Mat Pek, namun pistol di tangannya masih bersedia tak kira saat.

"Masuk tempat kau ni aku dah tau komfem aku keluar tak bawa nyawa, tapi aku dah stenbai tukar dengan Si Putih ni, aku datang bawak pesan orang..." Lelaki sedang mengacu pistol di Kepala Putih mula bersuara bertentang mata dengan dengan Mat Pek. Pertentangan mata dua lelaki itu macam ada pergelutan secara kebatinan antara mereka.

"Gua tak kenal langsung lu ni Mat, lu datang sini nak ambil nyawa orang lu memang samseng gua salut lu punya samseng tapi gua tetap tak puas hati kenapa gua tak pernah kenal lu sebelum ni," Mat Pek cuba bermain kata dengan lelaki mengacu pistol untuk lebih memudah urusan. Gayanya seperti menghulurkan niat mahu bekerjasama. Jarang Mat Pek nak berkawan dengan orang yang berani buat hal dengan dia.

"Aku datang tempat Mat Pek bukan nak berborak, aku datang nak bagi nyawa, mintak nyawa dan balasan nyawa yang dia pernah ambik, Putih kau sendiri tahu, lepas aku mati Mat Pek akan cari siapa aku dan dia patut bersedia untuk mati lepas tahu siapa aku,"

"Bang!!!" Serentak dengan perkataan terakhir lelaki mengacu pistol, bunyi pistol pertama membingitkan sesuana.

Dan bunyi letupan pistol kali kedua dan ketiga menyusul.

TamatWhere stories live. Discover now