4. Cikaro

467 4 0
                                    

"Halo," Putih terus letak telefon bimbit di telinga sebaik sahaja dia tekan sesuatu di skrin.

"Mane," bercakap sepatah-sepatah memang stail Putih. Aku perhatikan gerak-geri dia dari sofa, sementara tangan masih lincah menimbang barang dalam packing straw.

Entah berapa patah lagi dia bercakap aku tak pasti, masa dia letak telefon aku tengah timbang packing. Putih datang dekat aku lalu mengambil satu daripada banyak-banyak packing atas meja kaca depan aku.

"Ok ke,?" Aku berhenti dari menimbang lalu mendongak melihat muka Putih.

"Bolehlah, banyak ni lu ikut timbang?" Putih melihat barang dalam straw yang sudah diseal dan dipotong panjang seinci.

"A'ah, barang ringan kot," aku membuat kesimpulan biasa.

"Mat rempit nak mengejas ni lu pergi hantar jap gua malas betul nak keluar ni," Putih letak kembali barang ke meja lalu duduk di sebelah aku. Di mengambil straw yang masih belum siap aku packing atas penimbang.

"Rempit mana pulak," aku mengerut dahi. Memang ramai mat rempit pelanggan aku. Tak taulah kalau pelanggan Putih mat rempit seorang sahaja.

Putih mengerut dahi juga bila tengok aku lalu meletak kembali barang belum siap di packing atas penimbang.

"Budak yang duduk atas kedai tayar silvestone dekat industri tu, lu pergi hantar dekat sana lah," Putih memberi penerangan. Aku tahu tempat yang dia cakap tu. Kalau tak tahu pun memang aku kena cari sendiri. Makan kaki Putih la kalau aku minta pula peta dari dia.

"Berapa?" Aku bangun dari duduk lalu capai henfon atas meja yang bersepah dengan peralatan packing.

"Kosong lima," Putih jawab ringkas sambil mencapai dapur menghisap di meja. Dia ambil barang yang aku belum siap packing atas penimbang tadi dan meletak barang ke dalam tiub kaca perlahan-lahan. Dia capai lighter yang juga bersepah di meja lalu membakar barang yang sudah siap dalam tiub kaca. Putih letak straw di bibir lalu membakar barang dalam tiub kaca dengan api lighter yang sudah diubahsuai jadi kecil.

Aku pasang sebatang rokok, capai dua packing kosong lima atas meja dan terus berlalu dari melihat kelakuan Putih sekejap tadi.

.

Sampai depan kedai tayar Silverstone yang Putih cakap aku nampak seorang budak lelaki kurus tinggi pakai topi tercegat berdiri tepi tiang kaki lima kedai tengah main telefon.

Hari ni ahad. Bengkel tayar tutup. Senang urusan aku. Tak payah nak pergi tempat lain berurusan. Lagipun budak-budak rumah bujang ni aku dah kenal. Kalau orang ramai diorang memang dah siap tunggu dengan helmet aku bawa pergi pusing-pusing dulu naik motor.

Aku berhentikan motor betul-betul depan budak tu. Pandang kiri kanan takut ada orang perhati urusan aku dengan mamat ni. Dia melompat turun dari kaki lima yang kedudukannya tinggi sikit dari kedudukan jalan.

Aku dah kenal dengan mamat yang aku tengah berurusan ni. Banyak kali juga dia mengambil dengan aku. Dia ok, tak banyak cerita. Aku pun suka. Bagi barang ok-ok punya dekat dia.

Aku keluarkan dua paket barang dari poket. Dia capai dua-dua sambil senyum tengok muka aku. Dia tengok barang dua peket tu beria juga gayanya.

"Sama je dol," aku menegur bila tengok dia agak beria meneliti barang di tangan. Sambil tu kepala aku tak berhenti tengok kiri kanan. Takut tiba-tiba ada orang.

Dia pandang muka aku sambil tersengih. Satu paket dia masukkan dalam poket, satu lagi dia hulur semula pada aku sekali dengan duit.

"Payung sikit bro," dia berkata sambil menghulur duit. Aku masukkan duit dalam poket sambil menjegil bulatkan mata. Dah banyak aku kasi lagi minta belanja.

"Payung apanya, tu tak cukup," aku bersuara agak keras. Memang aku bengang kalau budak-budak tak puas hati. Benda dah ok sangat lagi tak puas hati.

"Ok dah ni bro, hehe.. Saja minta belanja banyak dah mengambik ni," kata dia sambil tergelak kecil, serba salah agaknya bila aku tinggikan suara sikit tadi.

"Budak-budak ni bukan pernah cukup bro, bagi 4 set pun tak cukup masing-masing tekak naga," dia menyambung cakap sambil tersengih. Banyak cakap pula budak ni, kawan-kawan dia dekat atas tu dah sasau menunggu barang lagi nak berborak dengan aku. Nak mengayat payung la tu. Tahu sangat dah budak-budak ni punya taktik.

"Ah, aku bagi cun-cun tu kira payung la tu," aku berkata sambil kepala berpusing menengok kiri kanan. Budak-budak ni ok juga. Aku fikir lain kali bolehlah aku payung.

"Ko ade karo dol," aku memang panggil Dol dengan setiap orang yang berurusan.

"Muka sikit punya hensem, duit banyak lagi nak cari karo," dia menjawab sambil tergelak kecil. Tangan dua-dua dia masukkan dalam poket seluar.

"Hensem ni la makwe taknak, ko payung aku sorang karo, aku payung ko kembang punya," aku membuat tawaran suka-suka. Lagipun aku bukan main betina sangat. Memunah masa, memunah duit. Tak ada untungnya main betina, menyemak lagi adalah.

"Ha cun, cun.. Aku memang banyak karo, nanti ada aku pas sorang kat ko eh bro," dia jawab bersemangat. Aku senyum melihat perlakuan dia tiba-tiba macam gembira. Budak-budak memang gembira kalau dengar perkataan payung.

"Orait, nanti ada hello aku, ko payung aku leng-leng aku pun bagi leng-leng punya," kata aku sambil berdiri membetulkan hendal motor, bersedia ingin berlalu.

"Chow lah," aku angkat tangan dan terus berlalu meninggalkan budak tu.

.

Atas motor dalam perjalanan balik peha aku rasa bergetar, getaran telefon bimbit. Bunyi memang tak dengar tengah motor dan aku memang sangat alert dengan rasa rasa getaran telefon kalau tengah tunggang motor. Aku berhenti sekejap tepi jalan nak tengok mesej ke call yang masuk.

1 miss call, Bob Marley.

Kawan aku, selalu menyambar ganja. Aku pun selalu lepak port dia pekena ganja. Dia punya bong buluh memang power.

Tapi budak menyambar ganja memang tak ramai sangat. Aku ambil pun stok sendiri dengan kutu yang aku panggil Bob Marley ni dengan tiga empat orang lagi budak luar, ada dari Pahang dengan Melaka. Jauh gila usaha datang sini nak menyambar ganja.

Aku teruskan perjalanan kembali ke rumah. Barang semua ada dekat rumah. Lagi-lagi ganja memang aku tak bawa berjalan. Sangkut ganja komform ke tali gantung. Tak ada orang nak tolong, nak bagi lepas pun kaw-kaw kena bayar upah. Aku jalan ganja ni atas berani sendiri, tauke memang tak nak tanggung kalau sangkut.

Sampai dekat rumah aku call semula Bob Marley.

"Bob, apahal," tanya aku sebaik dia angkat telefon.

"Assalamualaikum," suara serak-serak basah Bob Marley ala-ala Ramli Sarip mengaucap salam di telefon memanah telinga aku. Kutu ni bukan macam mat dadah lain. Mat ganja yang memang hisap ganja lama-lama sopan dia memang lain macam.

"Hehehe," aku ketawa kecil, "nak mengejas ke Bob," aku bertanya di hujung cakap.

"Ah, serat weh ada budak kampung aku nak datang, ko pun datang la lepak sekali port aku malam ni."

"Malam ni ke pukul berapa aku nak pergi tempat ko?"

"Lepas isyak la,"

"Orait, lepas Isyak aku sampai," memang tak ada masa lain dah budak ni deal. Mesti lepas Isyak punya. Jenis mat ganja beriman. Aku syak Bob Marley ni jenis tak tinggal sembahyang juga. Tapi hisap ganja kuat, seratus juga seminggu sekali dia menyambar.
"Oklah weh aku tengah kerja ni, assalamualaikun," tak sempat aku jawab dekat telefon dia dah letak. Salam Bob Marley aku jawab dalam hati.

TamatWhere stories live. Discover now