Special : Bob Marley

457 3 0
                                    

Flashback 2002.

Celaka betul jenis orang kena tunggu ni. Dia yang nak jumpa aku, aku yang kena tunggu dia. Apa punya law dia pakai pun aku tak tau.

Entah berapa kali dah tak terkira rasanya aku tengok jam dekat henfon. Mat dadah ni tak sampai-sampai. Susah kalau dah janji dengan mat dadah ni. Nak marah nanti dah nama pun mat dadah.

Aku tegakkan motor, nak blah. Banyak lagi kerja lain boleh setelkan daripada tunggu kutu macam ni.
Baru ejas kaki nak start motor, dari jarak tak jauh sangat 5,6 orang kutu berlari lurus ke arah aku. Aku ke?

Aku pandang belakang, tak ada orang yang mencurigakan. Rasanya memang aku yang diorang tuju. Cilaka. Sesaat lepas tu sebatang kaki terbang lalu tepi muka aku. Kalau kena terbang wo.

Aku elak sikit-sikit, mamat yang terbang tadi try dia punya terajang dekat badan aku. Apa cerita, tiba-tiba jadi bahan function ni. Masuk dua orang serang aku dah mula lelah. Mana boleh elak aku elak. Mana yang sempat singgah dua tiga das aku redhakan je lah.

Masuk orang ketiga hayun cota pula. Tak boleh jadi, ambil step sikit, elak kiri, elak kanan, blah. Gila apa nak lawan lima orang. Lawan seorang pun belum tentu aku boleh blah.

Dari tepi jalan parking motor aku lari masuk tempat ramai orang. Senang sikit nak menyelinap. Mana tau boleh pakai trick filem gangster cina tu, cilok-cilok orang dalam pasar dah boleh menyuruk.

Tapi realiti tak seindah filem, susah juga nak berlari celah orang ramai macam ni rupanya. Celaka betul cerita tu, nampak macam senang je dia buat. Rasanya macam dah bersepah sangat aku lari, budak-budak ni masih lagi ikut dekat belakang. Nak terbalikkan meja orang karang silap-silap geng pasar pula yang keronyok aku.

Cilok punya cilok entah berapa orang dah bersepah tak sempat aku nak kira, apatah lagi nak mintak maaf. Budak-budak ni macam ramai pula kejar aku. Tadi nampak macam 5-6 orang je. Masuk kiri ada diorang. Pandang kana nada diorang. Masak.

Dalam termengah penat, aku cuba juga cari tempat menyorok celah-celah orang meniaga tu, diorang pun buat tak tau je. Macam aku ni tak wujud pula. Seram juga, entah-entah aku dah mati, roh je yang tengah lari ni. Penat.

Dalam masa tersorok tu aku fikir juga kenapa budak-budak ni cari aku, pada muka sekor-sekor aku tak kenal. Budak mana entah ni. Dengan cota bagai kejar orang tengah-tengah tempat ramai orang. Gangster betul.

Entah apa suweynya, baru nak berehat tiba-tiba muncul seorang kuncu budak-budak tu, aku usha dia atas bawah. Ada samurai dekat tangan. Shit. Ni tahap nak bunuh dah diaorang ni.

Aku cuba menyusup celah-celah tempat orang meniaga, budak pegang samurai tu perasan.

"Woi!!!," kuat juga dia bertempik, panggil geng gayanya.

Celah-celah orang ramai dengan barang berniaga style uptown tu aku masih cuba lari cari tempat menyuruk. Mati kalau budak-budak ni dapat aku. Sudah la apa motif diorang cari aku ni pun aku tak tahu. Gila betul.

Tengah berlari-lari yang aku sendiri tak sedar dah laju ke perlahan, tiba-tiba aku rasa macam tengah terbang. Seketul objek entah benda hinggap dekat kepala aku. Berat. Keras.

Sekelip mata lepas tu budak-budak ni dah keliling aku. Aku angkat tangan nak surrender, tengah pening lalat cuba juga nak berdiri, nak tahu apa hal.

Tak sempat keluar suara aku nampak samurai berkilat tiba-tiba sampai dekat perut. Berdebar betul masa tu. Berdebar yang tak tahu tahap apa dah. Badan rasa sejuk pelik. Dari perut aku dapat rasa ada air mengalir kena tangan aku yang bertongkat atas jalan.

Sesaat lepas tu aku rasa pening macam nak overdose dan lepas tu aku tak tau apa-apa lagi dah.

***

Tiba-tiba badan rasa sejuk lain macam. Kepala berdenyut-denyut. Satu badan habis sakit-sakit. Aku buka mata perlahan-lahan. Cahaya putih masuk dalam mata aku dengan effect fade in. Tengok kiri, kanan, macam dalam rumah. Nak kata mati, macam tak kena pula dengan cerita-cerita orang jahat mati dalam kubur macam mana keadaannya.

Aku sentuh kepala tempat yang rasa berdenyut sangat. Bengkak. Nak bangun duduk, tak lepas. Perut aku berbalut dan rasa sakit sangat.

Aku cuba ingat scene last yang aku alami sebelum celik mata dekat sini.

Ada benda hentam kepala, terbang, duduk, budak keliling, samurai. Aku pegang perut yang sakit. Kena tikam dah gaya kecederaannya ni.

Tengah berfikir-fikir tak tau nak fikir ke apa dulu tiba-tiba hidung aku menangkap bau asap ganja. Tak masuk akal betul scene yang tengah aku alami sekarang. Aku cuma juga berkuat nak bangun dari atas tilam atas lantai dalam bilik tak tahu dekat mana ni.

Sakit betul perut berbalut ni, dengan berjalan tertunduk-tunduk tahan sakit perut, aku kelur dari pintu bilik. Di tengah ruang tamu, seorang lelaki muda tak muda mana, tua tak tua mana, tapi lagi tua dari aku dengan mendapur ganja depan tivi. Aku datang dekat dia perlahan-lahan.

Tengah ralit dia setting bong, kadatangan aku mengejutkan dia. Brader tu berhenti setting, bangun dan papah aku sampai duduk dekat tempat dia mengadap bong ganja.

"Bangun dah kau, ok tak," brader tu tiba-tiba bertanya lepas aku dapat setting duduk paling selesa yang tak mengganggu sangat perut berbalut tu.

"Ok dah sikit ni, aku dekat mana ni bang?" Aku usha bong buluh setinggi dada kalau dalam keadaan duduk tu. Di lantai ada ganja dah siap cai dalam talam tembaga.

"Rumah aku, semalam kau kena rembat dengan budak-budak tu," brader tu menerangkan secara ringkat situasa aku sekarang. Aku dapat part rumah dia tu je cukup lah.

"Kau buat hal apa dengan budak-budak tu, tak kena gaya mati kau semalam mat," aku rasa macam banyak benda brader tu nak tanya. Tapi soalan pertama dia je aku dah tak boleh nak jawab.

"Entah, aku ada janji dengan budak, budak tu tak sampai tiba-tiba diorang sampai," penerangan yang aku rasa boleh diterima, walaupun tak berapa jelas sangat.

"Kau kencing aku mat," brader tu tarik satu benda dari bawah rak tivi tepi dia. Dia campak dekat aku. Beg, aku buka zip tengok barang dalam ada lagi. Nampaknya macam tak berusik. Semalam sepatutnya aku pas ganja dua bata dekat mamat yang tak datang tu.

"Beg kau ni tercicir dekat tempat aku niaga, aku bukak la tengok ada dam banyak," brader tu bangun menuju ke meja dalam ruang tamu tu juga. Entah benda dia ambil. Dia duduk, letak air Tropicana Twister Orange sebotol dengan cawan kecil, dengan wallet aku.

Aku masih diam. Tak tahu macam mana boleh jadi macam ni.

"Aku tengok dam banyak tu dah boleh agak kau buat apa mat, duit kau aku pakai sikit buat bayar klinik kau, teruk kau kena tikam tu," dia menerangkan serba-sedikit apa yang jadi lepas aku pengsan.

Aku geleng kepala.

"Budak-budak ni bukan nak samun kau, kalau nak samun memang clear wallet tu," brader tu masih mahu mencari punca budak-budak tu nak game aku.

"Tak tau la, terima kasih la brader susahkan kau banyak ni," aku urut sikit kepala kawasan bengkak. Brader tu tengah setting bong.

Prapppp!!!

Bunyi ganja kering diracik halus terbakar lalu masuk ke dalam penapis air kejuruteraan bong. Dia hembus asap berkepul dari mulut ke atas. Sikit-sikit keluar dari hidung. Seketika ruang udara dekat sini diselaputi asap tebal. Dia hulur bong dekat aku.

Aku capai.

"Keluar asap dekat perut bocor tu nanti, kah kah kah," aku senyum dengan kelakar brader ni. Boleh tahan juga dia.

Prapppp!!!

Aku pula hembus asap ke atas. Aku pandang brader tu tersengih-sengih pandang aku. Aku balas sengih dia. Aku hulur tangan, nak salam. Dia sambut.

"Aku Syahid, panggil Yid je," lepas pekena sedapur dulu baru ingat nak perkenalkan diri. Bodoh dah aku ni.

"Hehehe, aku Bob," dia pula kenalkan diri tersengih-sengih. "Kau tak sebab apa aku ejas juga kau sampai sini, sebab dam dua bata tu la."

TamatWhere stories live. Discover now