Motivasiku datang kembali
Apabila kau kata kau menunggu aku
Aku ingat kau sudah lupa.Manalah tahu
Siapalah aku di hatimu
Mungkin kau ada teman baru.Aku mahu menyambung usaha
Supaya kau gembira
Supaya pertemuan pertama jadi nyata.Orang ramai berkata
Jodoh itu ketentuan Tuhan
Jadi aku berusaha dahulu.Aku terharu kau simpan memori lama
Ternyata dahulu kita banyak berkongsi rasa
Walaupun kini tidak banyak menyapa.Aku hargai ingatanmu itu
Sebab itu aku kembali berusaha
Supaya dirimu tidak kecewa.Aku berharap kau terus sabar
Aku akan menunaikan janji
Aku berdoa supaya diriku mampu.Aku bahagia mengenangkan dirimu
Sesetengah perkara kaulah motivasiku
Walaupun kau tidak bersamaku.Melodi kenangan bertandang kembali
Mengetuk rasa suka hatiku
Mekar berbunga taman sukmaku.
YOU ARE READING
TEPUK SEBELAH TANGAN
PoetryPuisi bertemakan forever alone, friendzone, dan loser, barangkali. Oh, dan sedikit harapan. Aku suka tulis puisi macam ni.