Aku amat gembira
Kau sungguh menghargai pemberianku
Sempena hari lahirmu.Jadikan hadiah sebagai penguat memori
Janganlah kau lupakan aku
Kerana aku berusaha sedaya-upaya
Untuk tidak melupakan janji
Untuk bertemu dengan dirimu
Pada suatu hari nanti
Buat pertama kali
Di tanah kelahiranmu.Jika aku diberi peluang
Ingin aku luahkan rasa hati ini
Yang sudah lama aku simpan
Dengan begitu kemas dalam sanubari.
YOU ARE READING
TEPUK SEBELAH TANGAN
PoésiePuisi bertemakan forever alone, friendzone, dan loser, barangkali. Oh, dan sedikit harapan. Aku suka tulis puisi macam ni.