Nafas ini bagai tersekat
Ucap kata entah terhalang
Roman jiwa menyanyi sepi
Hanya berbekal kenangan lama
Asyik terbayang wajah ceria
Lidah kelu seribu bahasa
Inikah tanda cetusan rasa suka?
Niat hati meluah segala
Alangkah baik jika lancar semua.Mampukah diri menyunting bunga?
Dalam diam berharap pasti.Yang menentukan hanya Tuhan
Usaha gigih lama bermula
Selagi azam masih membara
Obor takdir terus menyala
Fitrah kasih datang menyapa.
YOU ARE READING
TEPUK SEBELAH TANGAN
PoetryPuisi bertemakan forever alone, friendzone, dan loser, barangkali. Oh, dan sedikit harapan. Aku suka tulis puisi macam ni.