Bab 2
PEARL lepas keluhan. Mata dikerdip perlahan. Soalan lazim ini juga. Kenapalah ramai yang tak percaya itu nama dia. Mungkin ia satu nama yang jarang digunakan seorang wanita melayu. Tapi itulah kenyataannya.
Kata rakan sekelas dia di zaman sekolah-sekolah dulu, nama dia macam nama dalam buku cerita. Buku-buku cerita dongeng pula tu. Habis tu dia nak buat lagu mana. Ayah berkenan sangat dengan nama itu. Dan hakikatnya, dalam realiti kehidupan dia, ada dua lagi koleksi batu permata di rumah mereka. Kalau dia buka cerita, panjang salasilah keturunan batu permata yang perlu dia bentang.
Pearl Ratna binti Muhammad Idham
Reaksi lelaki itu membuatkan Pearl Ratna kulum senyum.
"Pearl. Ratna." Satu persatu disebut lelaki itu. "Klasik."
Pearl tulis lagi.
Typical reaction. I am so used to this...
Dan dia senyum sambil memandang lelaki itu. Senyumannya berbalas. Pearl tanya pula nama si dia di dalam tulisan seterusnya. Buku nota di hadapannya beralih ke meja yang baharu sahaja diturunkan daripada terkapit di hadapan lelaki itu. Tangan si 34C menggamit, meminta pen di tangan Pearl Ratna.
Reynolds Hanafi bin Hafiz Steve Reynolds
Giliran Pearl Ratna berkerut kening. Mak ai! Dia capai semula pen hitam di tangan lelaki itu.
Nama tu... panjang sangat!
Nak panggil apa?
Pearl telengkan kepala. Pandangannya kembali ke arah lelaki itu. Pen di tangan diputar-putar santai antara jari-jemari.
Reynolds Hanafi tergelak nipis. Matanya tancap kepada pena yang ligat menari di jemari Pearl Ratna. Hebat! Dia sendiri pun tak boleh putar pen selaju itu, secekap begitu.
"Nama sebenar saya pendek aje. Surname ayah tu yang buat nama kitaorang jadi panjang sangat."
Pearl Ratna angguk. Tapi kenapa nama keluarga lelaki ini yang terletak di hadapan? Bukankah sewajarnya jadi Hanafi Reynolds? Hati mahu saja menanyakan soalan itu, namun memikirkan tempoh perkenalan mereka ini bakal berakhir enam atau tujuh jam lagi, soalan itu jadi sekadar soalan minda.
"Panggil nama pendek saya aja. It's Rayn. Kakak saya tu..." Reynolds Hanafi toleh ke kanan, kemudian dipandangnya wanita itu semula. "Reynolds Hanani. Kawan-kawan panggil dia Nani, tapi saya panggil dia Kak Ann. Awak boleh pilih mana-mana yang awak suka."
Pearl balas sedekah yang terlarik di bibir lelaki itu. Dia menatap kembali tulisan di atas kertas. Gaya tulisan Rayn yang bulat-bulat, berlingkar bersambung antara setiap perkataan, tanpa putus, alah...hai. Skil tulisan berpintal-pintal itu, very cursive. Gaya tulisan anak berpendidikan Barat. Loghat si dia ini jelas slanga Aussie, tapi fasih pula berbahasa Melayu. Bingung jadinya dia.
Orang Malaysia ke? Bahasa melayu awak
Tulisan itu Pearl Ratna sambung dengan gaya ibu jari tangan tegak berdiri.
Rayn angguk laju. "Mak saya orang Muar. Ayah saya Aussie, dia berasal daripada Brisbane. Tapi, awak nak tahu, saya dan Kak Ann lahir di Johor Bahru."
Kening Pearl Ratna bertaut. Brisbane? Muar, Johor? Okay, sekejap.
Ikan di laut, burung di langit,
Ketawa kecil kedengaran di mulut Rayn. Pearl. Oh, Pearl. Kita nak main berbalas pantunkah? "Hmm, let's see..." Pen Pearl Ratna sudah beralih tangan.
YOU ARE READING
Pearl
ChickLitBLURB: PEARL "You define your own happiness. Kita tak perlukan lelaki yang sesuka hati tarik rasa bahagia kita semudah macam tu! Kenapa perlu bersedih hanya kerana seorang lelaki yang tak mahukan kita?" Ya Pearl, kenapa? Kenapa? Dan kenapa ayat-ayat...