"LA TROBE STREET... SWANSTON STREET... Hisssh Pearl! Dekatnya kita."
Pearl toleh ke kanan. Ya Allah! Lelaki ini, tak sudah-sudah lagi ke? Pearl buka helaian baru pada buku nota dan mula conteng sesuatu.
Kenal Khadeja? Myb junior u?
"Kha... de... ja?" Balas Rayn sepatah-sepatah.
Pearl angguk. Khadeja yang mana lagi? Khadeja pelajar jurusan seni juga. Cumanya, Khadeja berbeza pengkhususan dengan Rayn.
Deja budak senireka industri. Pelajar design pasti kenal dengan clique design. Pearl teleng sedikit. Rayn kelihatan berkerumut dahi, dan sekadar membisu. Gayanya seperti orang yang sedang berfikir.
"Deja. Khadeja Khalid? The forever happy-go-lucky girl tu, kan?"
Pearl angguk lagi. Iya, Rayn. Iya.
"But how do you know her?"
Dan Pearl tulis lagi...
My housemate.
Pearl toleh ke kanan. Lelaki itu sudah jegil mata sambil tergeleng-geleng pula. Apahal lagi, Rayn?
"Biar betul, Pearl. Ya Allah..." Rayn raup wajah sekali lagi. "Awak tahu tak, Kak Ann selalu lepak dengan Deja." Rayn toleh laju ke arah kanan. Bahu kakaknya dicuit.
Hanani menoleh, dengan mulut yang masih mengunyah. Dengan kening yang terangkat, Hanani jawab ringkas... "Hurmm?"
"Deja?"
Hanani angguk. "Uhuh. Why?"
Wajah Rayn masih kekal menghadap ke kanan, jari telunjuk sahaja menghala ke arah kiri. "Deja housemate dia."
"Seriously?!" Hanani dah tayang wajaha tercengang juga. "Kecilnya dunia!"
Pearl Ratna senyum berisi. Inilah rupa-rupanya crime partner Deja. Patutlah Deja selalu tak melekat dekat rumah. Mentor Deja, gaya serupa saja macam Deja. Full of rocket spirit.
"Jadi, Pearl..." Celah Rayn sambil tatap kembali ke arah Pearl Ratna. "Awak tak jawab satu soalan saya lagi. Macam mana awak nak balik ke CBD? Deja will fetch you?"
Pearl geleng. Deja ada ke dekat rumah? Budak itu suka merayap 24 jam. Apatahlagi waktu cuti musim bunga macam ni. Cuti beginilah musim paling seronok untuk berjalan-jalan. Cuaca sedang elok, tak terlalu sejuk, belum terlalu panas. Sememangnya dia tak harap kepulangan dia kali ini akan bersambut. Silap-silap haribulan, Deja sudah pusing separuh bumi kanggaru. Tanpa fikirkan dia langsung.
Pearl catat ringkas di buku nota, masih beralaskan pembahagi ruang duduk antara mereka.
Skybus
"Nope." Reynolds Hanafi geleng laju. "No way. Balik dengan kitorang. We have a friend waiting at the airport. Tak payah naik bas transit tu."
Pearl tayang senyum tawar. Oh my, lelaki ini bossy-nya! Dia baharu sahaja kenal dengan pasangan Reynolds ini. Dia segan nak berlebih-lebih berbalas budi. Tak mahulah.
Rayn turut balas senyuman Pearl. Tapi dia masih tak tahu apa yang difikirkan si mutiara. Mahu atau tak mahu pulang ke CBD bersama dia dan Kak Ann? Tak menjawab pun si dia ini. Tak mengapa, mereka ada masa lagi.
Selepas itu, masing-masing seakan tiada topik lagi untuk dibicarakan. Mereka diam membisu. Minuman disudahkan dalam diam. Hanya sesekali mereka mengerling kosong dan berbalas senyum.
YOU ARE READING
Pearl
ChickLitBLURB: PEARL "You define your own happiness. Kita tak perlukan lelaki yang sesuka hati tarik rasa bahagia kita semudah macam tu! Kenapa perlu bersedih hanya kerana seorang lelaki yang tak mahukan kita?" Ya Pearl, kenapa? Kenapa? Dan kenapa ayat-ayat...