Bab 4
"OH, NO NO NO NO... NO!" Pantas Rayn kembali duduk. Tangan kiri mula menongkat dagu antara dua kerusi. "Kak Ann, nanti dia balik semula, leceh. You balik semula kat tempat tidur tadi."
Hanani mencemik. "Sedar diri sikit ya. Kerusi yang awak duduk ni, tiket asalnya nama siapa?"
"Hello, makcik-" Reynolds Hanafi pandang tajam mata kakaknya. "Tempat tidur second class awak tadi tu, siapa yang sedekah ya?"
"Terima kasih atas ihsan pakcik." Hanani sengih. "Tapi sekarang saya dah segar, pakcik. Mata dah besar dah ni. Tukar, please."
"Sama-sama. But no way."
"Kenapa pulak?"
"Once switched, considered ditched."
"Oh, macam tu ya. Kerek rupanya dia ni ya? Pakcik Rayn, I demand, you pulangkan balik tempat duduk I." Hanani tuding telunjuk ke kerusi seberang. "Immediately."
Rayn geleng. "Nope. Muktamad."
"Sampai hati tau." Hanani cebik mengalah. "Kak Ann mengantuk sangatlah tadi. Dah tak boleh tahan."
Rayn tatap wajah kakaknya. "Rayn dah bagi tahu kan, malam kita nak fly, cuba sebelum tu jangan pergi kelab. Boleh tak? Apa yang susah sangat?"
"Shussh." Hanani kemam bibir. Kemudian dia peluk tubuh dan toleh ke ke arah tingkap.
Rayn hanya menggeleng. Kak Ann memang tak makan saman. Tak kira mereka di Malaysia ataupun di Australia, aktiviti tunjuk langit itu memang tak boleh dihentikan agaknya. Dia tahulah kakak dia power. Kak Ann kalau togak air itu bergelas-gelas baharu dapat kesan bintang-bintang. Tak macam dia. Kalau dia, tak usah dibezakan tahap mabuk dia dengan Kak Ann. Buat malu aje.
Rekod lama dia dulu, paling high satu German mug sahaja. Selepas itu, Kak Ann perlu tukar status jadi babysitter dia pasca setiap aktiviti qalabul-malami mereka. Tapi itu semua kisah lama dia. Kisah, suatu, waktu, dahulu. Kisah pra-sejarah dia. Terasa sudah lama dia tinggalkan gaya hidup bodoh itu.
"Sepatutnya malam tadi dah boleh tarik brek, berhentilah sekejap kalaupun tak boleh nak berhenti langsung." Tapi Rayn tahu, Kak Ann tetap nak keluar berjumpa kawan-kawan. Katanya kawan-kawan yang belanja, parti selamat tinggal. Selamat tinggal apanya! Hujung tahun nanti, waktu cuti Hari Krismas dan Tahun Baharu, mereka akan pulang semula ke Johor.
Rayn pandang wajah kakaknya yang kekal berdiam diri. "Cuba Kak Ann tengok muka Kak Ann, dah tak serupa orang. Serabut!"
"Rayn!" Cepat-cepat Hanani betulkan bunjut cekak rambut.
Betulkah apa yang Rayn cakapkan tadi? Dia toleh semula ke kiri. Tingkap kecil berlatarbelakang langit gelap dijadikan cermin untuk belek wajah. Mak ai! Garis hitam di bawah mata dia memang nampak ketara! Tapak tangan mula laju buat urutan refleks pada segenap wajah.
"Tak payah nak tepuk-tepuk, Kak Ann. Makin banyak Kak Ann teguk benda tu, makin kerepot muka you. Kalau tak percaya apa Rayn cakap ni, kita tengok setahun dua lagi ya. Kita tengok..." Reynolds Hanafi lepas keluh. "I yang remain muda, atau you yang makin tua."
Bukannya Rayn tak pernah pesan pada Kak Ann tentang kesan alkohol ikut pandangan logik. Sudah berbuih mulut dia. Kalau sentuh bab dosa pahala, kakak dia terus tutup telinga. Hanya kesan kecantikan luaran itu sahaja yang menarik minat Kak Ann. Alasan fashionista yang dia gunapakai. Alasan murahan sungguh. Tapi itulah realitinya.
Hanani lepas keluhan perlahan. Dia tahu ada kebenaran dalam kata-kata Rayn, tapi memang payah dia nak tinggalkan tabiat yang satu ini. Sudah banyak kali dia cuba, bukannya dia tak cuba langsung. Rekod insaf dia yang paling lama setakat 36 jam sahaja. Dia tahu tahap risau Rayn macam mana. Adik dia. Dia faham luar dalam. Tapi...
YOU ARE READING
Pearl
ChickLitBLURB: PEARL "You define your own happiness. Kita tak perlukan lelaki yang sesuka hati tarik rasa bahagia kita semudah macam tu! Kenapa perlu bersedih hanya kerana seorang lelaki yang tak mahukan kita?" Ya Pearl, kenapa? Kenapa? Dan kenapa ayat-ayat...