WAP berubat disedut perlahan-lahan. Sesak di dalam dada Pearl Ratna mula reda. Sudah terasa longgar sedikit pernafasannya, lebih selesa berbanding tadi. Tapi keadaan di hadapan dia tetap buat detak jantung dia tak tenteram.
Reynolds Hanafi, sedang duduk bersilang kaki di sebuah sofa yang disediakan di bilik berlabel Asthma-Bay ini. Lelaki itu tegak bersandar menghadap dia. Cubaan Pearl untuk hembus-dan-sedut sedikit terganggu. Dia tak boleh nak fokus. Dia malu. Dia segan berhadapan dengan lelaki ini dalam keadaan lemah begini. Sedari tadi, pelbagai gaya sudah ditayang lelaki itu. Dia boleh senaraikan satu persatu...
Sesekali Rayn berpeluk tubuh, bersandar di daun pintu. Kemudian berdiri pula. Bersandar di dinding kosong, sambil tangan terseluk di dalam poket. Kaki itu tap, tap, tap... Tak geti diam! Berderap juga rentak jantung Pearl Ratna dibuatnya.
Sekejap kemudian, Rayn duduk pula. Duduk bersandar di belakang kerusi, kadang-kadang duduk di bahu kerusi.
Dan yang paling Pearl tak tahan, kini si dia duduk bertinggung di lantai di hadapan dia, berjarak selangkah sahaja. Allah...
Dan lagi, bibir itu? Bibir itu kekal tersenyum. That handsomely senyum! Tambah satu lagi label profil lelaki ini. Ah! Semakin bertambah rasa tak cukup udara dia!
Breathe in, breathe out...
Breathe in, breathe out Pearl Ratna!
Ratib dia berterusan dalam hati sehingga akhirnya, selesai juga sesi rawatan. Itu sesi setengah jam sedut-hembus yang Pearl rasakan paling panjang dalam hidup. Sesi yang tak pernah terfikir dek akal. Dia dibantu orang yang baharu dikenali selang beberapa jam. A group of total strangers. Dan salah seorang orang asing itu renung dia tanpa lekang sepanjang sesi rawatan. Harus dia buat memo di dalam diari!
"End of misty session. Alhamdulillah." Rayn hela nafas lega.
Pearl Ratna toleh memandang Rayn. Kenapa pula lelaki ini yang terlebih lega? Doktor sudah sahkan bahawa pernafasan dia lebih stabil berbanding tadi. Dia dibenarkan pulang.
Tapi saat dia pandang Reynolds Hanafi yang sibuk berbual dengan kakitangan klinik tentang butiran preskripsi, Pearl akui satu perkara. Rentak hati dia pula jadi tak stabil! Doktor, ada tak ubat untuk hati goyah macam ni?
"Alhamdulillah." Bisik si dia lagi sebelum Pearl digamit untuk beredar.
Pearl Ratna diamkan diri dan menurut sahaja. Sepanjang urusan di klinik, Rayn yang uruskan perbincangan dengan doktor. Sewaktu mereka singgah di farmasi, Rayn juga yang turun membeli ubat seperti yang disarankan doktor. Pearl, Jordan dan Kak Ann hanya menunggu di dalam kereta.
Dan ketika tiba di bawah apartmen La Trobe House, lelaki itu sekali lagi bertindak mendahului.
"Kak Ann bawa dia naik atas. Beg tu biar dulu, nanti Rayn bawa."
Hanani senyum. Kadang-kadang dia terlupa sama ada dia atau Rayn yang lebih tua. Rayn suka menguasai keadaan, dan Hanani suka turutkan sahaja. Senang begini. Jadi, dia tak perlu banyak beban untuk difikir. Urusan keperluan hidup mereka di Melbourne ini, sudah biasa diaturi Rayn. Hanya urusan kehendak sosial sahaja yang diatur sendiri. Yang itu, Rayn tak boleh masuk campur. Harus terbantut semua agenda sosial dia kalau si adik mula menceceh.
Pearl Ratna sandang beg galas.
Reynolds Hanafi tuding jari. "That bag too, Pearl."
Pearl terdiam. Sempat dia besarkan mata menala kepada lelaki itu. Ini tanda dia protes, lelaki ini faham atau tidak? Tak mungkin beg galas dia pun Rayn mahu angkut. Beg dia bukannya berat sangat.
YOU ARE READING
Pearl
ChickLitBLURB: PEARL "You define your own happiness. Kita tak perlukan lelaki yang sesuka hati tarik rasa bahagia kita semudah macam tu! Kenapa perlu bersedih hanya kerana seorang lelaki yang tak mahukan kita?" Ya Pearl, kenapa? Kenapa? Dan kenapa ayat-ayat...