Cerita Cinta Kita

3.1K 23 5
                                    

"Mia! Mia! Bangun nak!" teriak Puan Razita. "Urmmmm, okay!" aku menjawab dari dalam bilik.

30 minit kemudian,

"Mia! Mia! Bangun lah, nanti kau juga bising, lambat pergi kelas lah, apa lah. Bangun!" abang sulungku, Syazwan, yang sedang berdiri di muka pintu bilikku, berkata. Aku dengan malasnya, menarik comforter, dan menyelubung seluruh badanku.

"Ishh budak ni." dengan segera, Syazwan, berjalan ke arah katil ku, dan menolak aku jatuh dari katil. 'Bedebush!' "Awwwww sakitlah!!" aku berkata, lantas membaling bantal yang berada di tangan ku, ke arah Syazwan. "Wlkwlkwlk tak kena" Syazwan berkata, lalu berjalan keluar dari bilikku. "Owch. Yang katil ni tak boleh tinggi lagi ke?" aku berkata dah menendang kaki katil. "Aduh aduh aduh, sakit " aku mengerang.

Dengan keadaan kaki yang sakit, aku pun berjalan ke bilik air, untuk membersihkan diri.

setelah 30 minit berlalu, aku pun keluar dari bilik mandi, bersiap dan turun ke bawah untuk bersarapan bersama keluarga tercinta.

"Good morning peop......" aku berkata. 'Krik krik krik krik' keadaan senyap sunyi, tiada sesiapa pun dia meja makan. Kemudian, aku terlihat kelibat abangku di ruang tamu, "Abang, where's everyone?" aku bertanya. "Semua dah keluar bekerja dik oi" abang keduaku, Nizam, memberitahu. "Aikk awalnya? Mama dengan papa ada meeting ehh?" aku bertanya. "Hmm yelah, awalnya diorang keluar. Kau fikir sekarang dah pukul berapa?" abangku menjawab soalan ku dengan soalan. "Alah, baru pukul.............. WHAT?! Dah pukul 7.45? Ohhhh shoooootttttt. Kenapa tak ada siapa yang kejutkan Mia tadi?" aku berkata, dan dengan pantas bin cepat nya, aku berlari kearah kereta, dan memandunya ke UiTM Shah Alam. Nasib baiklah rumah ku juga di Shah Alam. Kalau tidak, alamatnya memang aku pontenglah hari ini.

Oh tidak! Hari ini aku kena hantar kerja yang diberi oleh Miss Lisa. Dah masa Miss Lisa, waktu first. Habis lah aku.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Kelas start pukul 8.00, dan aku sampai pukul 8.45. Miss Lisa dah lah tak suka pelajar datang lambat. Sesampainya aku di universiti, aku terus berlari dengan pantas, masuk ke dalam kelas. Sampai saja aku di depan pintu kelas, dengan tergesa-gesa aku menolak pintu, dan masuk ke dalam kelas. Tapi malang tidak berbau, kakiku telah tersadung pada wire yang terdapat di lantai, dan aku terjatuh tersembam. Habis semua kertas yang diminta oleh Miss Lisa berselerak di lantai, dan dan dan perkara paling menyedihkan ialah, handphoneku, kini berada betul-betul di hujung kaki Miss Lisa. Hish, mengapa malang sangat nasib aku hari ni? Dan sekarang, Miss Lisa sudahpun berada di hadapanku. Aduh, tak sanggup aku nak berhadapan dengan Miss Lisa.

"Girl, get up." Miss Lisa berkata. Eh kejap kejap,kenapa suara Miss Lisa macam lelaki? Ohhh sore throat maybe. Okay. But, wait a minute, Miss Lisa, the sexiest teacher ni bukan suka pakai skirt and heels ke? Kalau heels tu tak lebih dari 3 inch, memang bukan Miss Lisa lah namanya. Tapi, hari ni dia pakai seluar. Then pakai kasut... lelaki? Eh, Miss Lisa ni buang tebiat ke apa? Hmm tak kisahlah, janji dia bahagia, aku bahagia. So, aku pun bangun, dah mengambil handphoneku yang sedang Miss Lisa pegang.

Disaat aku memandang 'Miss Lisa', "Arghh!" aku menjerit. Kerana orang yang berada dihadapanku, bukan Miss Lisa, tetapi, seorang lelaki. Perasaan ku pada waktu ini hmm seronok, sebab mungkin Miss Lisa tak datang, maknanya, aku tak payah nak hantar kerja yang dia bagi. Tapi, apa dia ni buat dekat sini? Aish tak apalah. Yang pentingnya.......... Wooohoooo handsome gila dohhhh! Kalau lama-lama pandang, mahu jadi air aku ni.

"Hello, hello, girl?" lelaki tadi melambai-lambai tangannya dihadapanku. "Ehh ehh yes? Oh yes! My phone. Thank you mister..." aku tercari-cari nama lelaki ini. "You can call me Encik Adi" beliau berkata. Tuih! Dah lah handsome, macam Adi Putra, badan pon gagah macam Adi Putra jugak. Nama pon dah dekat. Aishh.

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now