bab 2

633 9 0
                                    

"Assalamualaikum!" sesorang memberi salam dari luar. "Waalaikumsalam" aku menjawab dan membuka pintu. Aku terkejut. Afiq! Apa dia buat dekat sini? "Ehem, termenung apa tu? Tak nak jemput saya masuk ke?" Afiq berkata. "Tak" aku menjawab sepatah. "Mia, apa cakap dengan Afiq macam tu? Ajak Afiq masuk!" mama berkata. Aduh! Mama lah pulak. Afiq masih lagi berdiri didepan pintu. "Tak dengar ke mama cakap apa tadi? Masuklah" aku berkata. "Dah awak halang jalan saya, macam mana saya nak masuk?" Afiq berkata. Dan baru aku perasan yang aku telah berdiri ditengah-tengah pintu. Aku pun bergerak ke tepi, untuk memberi laluan kepada Afiq.

"Mia, kenapa tak siap lagi ni?" mama bertanya. "Siap? Nak pergi mana?" aku bertanya. "Lahhh kan mama cakap hari ni pergi keluar dengan Afiq, jalan-jalan" mama berkata. 'What the?????' "Alah mama, Mia malas lah nak keluar hari ni. Asyik keluar je. Lama-lama habis duit Mia ni" aku berdolak dalih dengan mama. "Duit mama boleh kasi. Lagipon mama baru masukkan duit dalam bank Mia. Tak kan dah habis?" mama berkata. "Dahh tak ada alasan lagi. Pergi siap, lepastu keluar dengan Afiq" mama sudah mengelurkan titah perintah. Makanya, aku memang tak boleh membantah.

Aku terus naik ke dalam bilikku untuk bersiap. Aku hanya memakai seluar geans berwarna biru pekat, baju bercorak tribal dan rambut, aku lepaskan.

Selepas 30 minit, aku pun turun ke bawah. Bukannya aku siap lambat pun, cuma saja lengah-lengahkan supaya tak adalah aku berlama-lamaan dengan Afiq.

"Hye Mia" Afiq berkata. "Hishh cepatlah" aku berkata kemudian berjalan keluar untuk memakai kasut.

Di dalam kereta,

"Kita nak pergi mana ni?" aku bertanya. "Kita pergi makan, lepastu pergi jalan-jalan, lepastu pergi tengok wayang, lepastu pergi makan balik, lepastu pergi jalan-jalan balik, lepastu..." Afiq berkata secara berterusan. "Okay okay. Cakap banyak. Jalan tak lagi" aku merungut. Yelah! Cakap banyak, jalannya tak lagi.

Maka dengan itu, kami pun memulakan perjalanan kami. Mula-mula kami pergi makan meatball dekat Ikea. Hmmmm sedappppp. Lepas habis makan, kami terus pergi ke The Curve, kata Afiq, dia nak beli baju baru. Hmm okay. Temankan ajalahh. Aku pun boleh tunpang shopping sekali •﹏•

Di The Curve

"Mia! Jom pergi masuk kedai tu. Wahhhh lawanya baju diaaaa" Afiq berkata dengan teruja. 'Aihh dia ni, mengalahkan perempuan pulak. Takat ni, dah 4 paper bag dah barang dia saja. Itu tak tengok lagi dalam satu paper bag tu ada berapa helai baju, berapa helai seluar and so on. Haishhhh' aku berkata dalam hati. Oleh itu, Afiq pun terus menarik tangan aku untuk membawa aku masuk kedalam kedai tersebut. "Mia, ni lawa tak? Yang ni? Ehhh ni lawakan?! Ya Allah ni lawanya!" Afiq berkata. Atas bawah aku pandang dia. Eeh lain macam je dia ni. Elok ke tak ni? Aku berteka-teki dengan diriku. "What?" Afiq yang perasan aku memerhatikan dia, berkata. Aku terus mengalihkan pandangan ku. Aku berjalan-jalan mengelilingi kedai tersebut. Sedang aku jalan-jalan, aku terlihat satu baju ni. Lawa. Dengan segera aku terus pergi ke arah baju tersebut dan memegangnya untuk mengambilnya. Tapi "oppss" aku terpegang baju yang sama dipegang oleh, "Zalfie!" aku berkata. "Huhhh? I know you?" Zalfie bertanya. "Ishh dia ni. Aku letopkan kepala kau ni pon okay" aku merungut. "Ni aku lah! Mia, your ex..." aku terhenti. Aduhh, sakit betul nak cakap perkataan tu. "Ohhh yes! Mia Airisya gedik right?" dia bertanya. "Choiiiii! Mulut tak jaga. Dah berapa lama tak bayar insurans ni huhh? Ni mesti dah banyak hutang insurans ni" aku berkata. Suka hati dia je nak cakap macam tu kannn! Hishh geram pulak aku. Kalau aku cekik nanti, jangan tanya kenapa.

"Hahahahahaha rilex sudah. Ehh kau buat apa dekat sini?" Zalfie bertanya. "Mia?" Afiq datang ke arahku. Aku pandang Zalfie, Afiq pandang aku, Zalfie pandang Afiq. Aduhh! "Ohh kau datang dengan suami kau ehh? Sorrylah kalau aku kacau" Zalfie berkata dan gayanya seperti mahu pergi meninggalkan kami. Aku pun memegang lengannya untuk menghalang dia. "Ehh tak tak. Ni bukan suami aku lah" aku berkata. "Tunang kan" Zalfie berkata lagi. "Nopp". "Haaa boyfriend kan" Zalfie meneka lagi. "Bukan, bukan, bukan. Ini aku punya kawan. Kami hanya berkawan. Kawan sahaja" aku menjawab. "Ohhhh, hahaha really? Aku ingat dia boyfriend kau ke, tunang ke, atau suami. Kalau suami kau, mahu aku kena tetak sebab kacau isteri orang kan?" Zalfie berkata. "Urmm yelah Fie, yelah. So, Afiq, ini kawan lama Mia, Zalfie, Fie, ni kawan aku, Afiq" aku memperkenalkan mereka. Mereka berjabat tangan. "Ehh aku nak kena gerak ni. Aku pergi dulu. Mia, Fie pergi dulu tau!" Zalfie berkata. " Hmm pergilah pergilah" aku berkata perlahan. "Fie boleh dengar okay" Zalfie berkata, seraya mencuit hidungku. Cis, habis merah pipi patik!

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now