bab 5

475 9 0
                                    

"Bangunnnnnnn!" Zalfie yang berdiri di muka pintu bilik Iffa sudah menjerit bagaikan tarzan di hutan mencari girlfriend yang hilang. "Woi! Diamlah!" Iffa berkata dan aku pula mengambil tugas untuk membaling bantal ke arah Zalfie.

"Aduhh! Okay okay, baiklah cik gadis berdua, sila lah pergi mandi kerana pukul sembilan akan hadir dalam masa sejam setengah lagi. Jadi, silalah mandi ya?" Zalfie berkata, kdmudian berjalan keluar dari bilik Iffa.

"Sayang?" 

"Yes baby?" 

"Hari ni kita nak pergi honeymoon" 

"Yeke? Honeymoon dekat mana?" 

"Kita travel all around the world." 

"All around the world? Banyaknya duit sayang." 

"Ehh baby lah yang kena belanja sayang." 

"Haa kalau baby yang belanja sayang, kita honeymoon dekat rumah jelah. Kita beli madu banyak-banyak, makan di bawah sinaran cahaya bulan dan ditemani bintang malam. Tapi baby jangan risau, makan dan pakai, semuanya ditanggung beres."

*krik krik krik krik*

"Hahahahahahahaha!!!!" aku dan Iffa gelak dengan kuat. Kami yang sedang baring ni, terus menukar posisi kepada duduk.

"Wehh! Apa yang kita merepek ni doh?" aku menanya Iffa. "Mana aku tau, kau yang mula dulu, sayang sayang." Iffa berkata. "Ishhh! Kau balas kenapa?" aku bertanya lagi. "Hmm lama-lama macam best pulak. Apa salahnya kan, merepek di pagi hari yang ceria sentosa ni." Iffa menjawab. "Haihh yelah yelah, dah dah aku nak pergi mandi ni. Kau nak pesan apa-apa tak?" aku menanya Iffa. "Hmm setakat ni, tak ada apa kalau aku nak kirim apa-apa, nanti aku roger roger kau okay." Iffa berkata. "Okay darling." aku berkata, lantas berjalan ke arah bilik air.

♛♛♛♛♛♛

"Wahhhhh pantai. Best nya." aku berkata dengan penuh keterujaan.

"Hish kau ni, macam tak pernah tengok laut pulak. Buat malu je kalau bawak kau pergi jalan-jalan, nanti orang kata kau ni jakun." Johan berkata degan selamba, lancang dan lantangnya.

"Yelah, kau memang malu ada kawan macam aku ni kan. Aku sedar lah siapa diri aku. Lain kali tak payah dah bawak aku pergi mana-mana, ataupun, kau berhenti kan je aku dekat mana-mana, aku boleh pergi naik teksi atau bas, balik KL." Aku berkata rajuk.

"Hishh! You ni kan, cakap tu agak-agak lah. Kalau I cakap macam Mia tadi pon you nak kata I ni jakun lah? Malu lah nak tunjuk I dekat orang ramai? I ni pon tengah excited tau sebab dapat tengok laut ni. And I'm very sure yang semua orang pun enjoy this moment." Aliyah berkata. Johan hanya mendiamkan diri. Dan semua orang pun mendiamkan diri.

"Aku sedar, siapa diriku, aku dah tahu, siapa aku." aku menyanyi kecil, khas untuk pendengaran aku sahaja.

♟♟♟♟♟♟

Weh korang! Mandi swimming pool jom! Malam pon dia bukak kan? Jom lah!!" aku yang sedang berdiri seperti tugu negara berkata kepada ahli MIFAN yang lain.

"Alahh aku malas lah, kau ajak lah orang lain." "Aku penat ni, sehari perjalanan." "Badan aku sakit, asyik duduk dalam kereta lama. Biarlah kita kumpul tenaga untuk besok dulu." "Kepala aku pening, duduk bawah matahari lama sangat tadi."

Berbagai-bagai alasan dapat aku dengar dari mereka.

"Suka hati lah. Jangan kunci pintu pulak!" aku berkata.

"Ehh! Kau nak pergi mana?" Fieza menanya aku.

"Nak pergi lepak dekat pool jap." aku berkata, lantas keluar dari bilik.

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now