bab 7

398 8 0
                                    

Author's: Anda dinasihatkan supaya mendengar lagu-lagu yang sedih semasa membaca bab ini, sebab saya takut kalau cerita saya dalam bab ni tak dapat membuatkan anda 'tangkap leleh'. Hehehe. Semasa saya sedang menulis bab ini pun, saya mendengar lagu Ratuku-Awie ft. Adira, untuk dapatkan feeling sedih tu.

So, enjoy ;)

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Kini, sudah dua tahun aku meninggalkan universiti. Huhhh? Kenapa? Of course lah sebab I dah habis belajar. Yelah, dah dua tahun kemudian dah ni. Hehehe, baiklah.

Hidup aku pun sudah semakin bebas, bebas dari gangguan Afiq dan Hani. Yang si Afiq asyik kacau aku, walaupun dia dah ada tunang. Yang si Hani tu, tak habis-habis nak ugut aku macam-macam. Pernah satu hati tu, dia hampir langgar aku. Dan ada seorang hero Malaya yang tolong selamatkan aku. Nak tahu siapa yang selamatkan aku? Tunang si Hani tu sendiri yang selamatkan aku. Dan sekarang, Afiq dan dia sudah pun putus tunang setelah Afiq mendapat tahu tentang segala rancangan jahat Hani dan segala ugutan dan amaran yang Hani cakap dekat aku. Muahahahaha padan muka itu kakak tua. Kikiki jahatnya kau Mia. Afiq sekarang sambung belajar di UK. Ntah lah dia ambil jurusan apa pun tak tahu. Tak apa lah, janji dia bahagia dekat sana. Aku pun rasa gembira sebab Afiq tak jadi kahwin dengan si nenek kebayan Hani tu.

So, sementara nak menunggu keputusan penerimaan aku masuk ke universiti yang aku pohon, aku bekerja di kedai pastry kakak iparku. Ohh yeah, abang Syazwan dah kahwin. Dengan siapa? Dengan kakak ipar aku lah, siapa lagi. Hehehehe, haihh Mia, Mia, banyak betul kau mengarut kan.

"Kak Cha, ajarkan lah Mia macam mana nak buat biskut ni. Mia tak tahu," aku berkata sambil memakan biskut yang Kak Aisyah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Cha buat. Sedap gila woaaaa. Tengok lah kakak ipar siapa kan? Huhuhuhu.

"Nak kakak ajarkan? Adik pun kena tolong kakak," Kak Cha berkata.

"Aish Kak Cha ni. Macam tak tahu je, adik ni dah lah males. Kalau Kak Cha mintak adik tolong habiskan biskut atau kek yang ada dekat dapur tu tak apa jugak, tapi ni...." aku terdiam memikirkan sesuatu.

"Ni apa? Adik tahu ke apa yang Kak Cha nak mintak adik tolong?" Kak Cha bertanya.

"Hehehehe tak," aku mengunyah biskut.

"Haa tahu pun. So, Kak Cha nak adik tolong ambil buku, pen, duduk sini, dan catat setiap apa yang Kak Cha cakap, sebab dah empat kali adik makan biskut ni, empat kali adik tanya menu, empat kali juga lah Kak Cha bagitahu resepi dia." Kak Cha berkata.

"Haaaa kalau pertolongan itu, adik memang boleh tolong, kejap ye," aku pergi mengambil buku dengan perasaan yang malu. Kah kah kah, padan muka kena marah sebab pelupa.... Diam ah!

"Sayang," Abang Syazwan memanggil.

"Abangggg yohooo," aku menjawab sambil melambai-lambaikan tanganku.

Abang Syazwan pandang aku, kemudian dia menonong je jalan pergi ke arah Kak Cha. Erghhh erghhh ni yang aku nak mengamuk ni. Abang aku macam tak tahu je pantang aku, kalau aku senyum dekat orang, orang tu perasan, tapi tak buat apa-apa.

Aku terus menghempaskan barang dan berjalan keluar dari kedai tersebut, untuk berjalan-jalan di sekita pusat membeli belah itu, memandangkan kedai Kak Cha dekat dalam pusat beli belah ni, so boleh lah aku merewang. Ngeh ngeh ngeh.

"Mia Airisya nak pergi mana tu?" abang Syazwan memanggil.

Aku tidak mengendahkan pertanyaannya.

"Mia Airisya, abang tanya nak pergi mana tu?"

Diam.

"Mia Airisya!" kali ini abang meninggikan sedikit suaranya.

"What?!" aku menanya. Suara aku tegas. Tapi bukan menjerit ye, tegas.

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now